Sunday 27 May 2012

:: Hopefully ..... ::

Assalamualaikum.

Schedule yg agak bz sampaikan macam takde masa nak berfoya2. sobs3. mane nak kejar thesis lagi , final exam lagi , presentation project lagi , nak masuk keja and training lagi at da end of June and nak tengok Snow White lagi. * kemain yg last tu nak jugak *


cuti pon macam takde. sobs3. 


Pastu nak fikir orang tu nak datang raya lagi. berdebar lagi... my mum memang la cakap suruh datang. tapi yg anak die ni macam nak putus urat jantung. segan tu lagi laaa . tak penah pulak bersembang face to face lama2. dulu time die masih di utem , jumpa pon setakat terserempak kat kedai ttu 2 ni je and cubic ( zaman masih mentah - first year or second year kalau tak silap. beselah , i nyanyuk sikit.. die je yg ingat details ).  agak2 ade tak yg tersimbah air tym hidang?


pastu cakapla tak payah nak rushing. and then he said :


" Bukan nak rushing. Tapi tak elok rapat lama2 .. sambil2 tu kukuhkan lah ilmu rumahtangga and ilmu munakahat."


makin kecut perut bile dengar.  Hopefully , yana tak buat perkara2 yg memalukan diri sendiri macam yana biase buat dengan housemates kat tempat awam. karang ade yg kena jegil dengan mama. heee..





Alhamdulillah, Allah masih sayangkan yana lagi. yana cuma harap , kawan2 dapat doakan kerjaya yana , hidup yana , jodoh yana , and semuanya tentang yana. I really appreciate it.


salam people!



Friday 25 May 2012

:: iNOTEK FKEKK 2012 ::

Assalamualaikum.

Akhirnya hilang sudah beban iNOTEK 2012. ape tu? iNOTEK adalah hari pameran project2 final year student. me as a final year student confem2 la wajib hadir. ( kalau tak , ilang bape percent fyp marks. ) 




sape la yang nak sangat datang lab paling tinggi dalam UTeM ni I guess. tingkat 3 Lab Mikroelektronik. yg datang panel and lecturer pelawat je. aman bahgia boleh online facebook bagai kat atas ni. hiks.


Jom layan pics2 my frendz yg kat lab2 lain. sume pantang hala camera. tapi tak leh lawan yana yg camera sensor ni. =p




Mereka di lab C++. tingkat paling bawah. comels semua ni.




Ini tangan2 milik budak darjah 1. haha. semua pakat nak detectkan sensor traffic light tu. tym ni yana takde. ni project one of my coursemates yg bertempat di foyer faculty. kemaskan nampak project ni?


Then, time lunch break, we have a photoshoot session! 


Venue : Padang Hoki UTeM


yang tak bestnye, tym ni padang ni agak2 lembap. maybe ade orang basahkan padang ni bagi jangan rosak. so , tak boleh la nak photoshoot duduk bajet artis kan. layannzz...









Kak Atiqah pon ade . akak ni sedang me'master'kan dirinya di UTeM. selalu tolong kami tym class UIDP ( User Interface Design & Programming ). terima kasih kak tqah coz memanjakan kami yg macam adik2 ni. hehe. if ade rezeki kita jumpa lagi. InsyaAllah.



Tym ni 2 orang hilang tanpa dikesan. ni mesti main kejar2 ni  kan. haha. tak cukup ni. ade 10 orang je dalam gambar.


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” 

(Riwayat Abu Daud)


Hopefully our friendship never ends even lepas ni masing2 sibuk dengan haluan masing2. yana pon akan bekerja bulan July ni insyaAllah and some of my frendz yg akan continue master. gambate semua!


Don't walk behind me ,  I may not lead. Don't walk in front of me , I may not follow. Just walk beside me and be my friend.


                                                    jom tido. nyte people and as-salam. =) 

Monday 21 May 2012

:: Bulan Rejab ::

Assalamualaikum.

Tonight I want to share something. something yg useful if we share among others boleh membawa manfaat kan? 




dapatlah kita menambah pahala sendiri yg memang kurang ni. Bulan Rejab sudah tiba!


salam people.

Sunday 20 May 2012

:: Diamond ::

Assalamualaikum. 

evening yg da macam sauna. heee.. meh ler datang Melaka. 





macam comey lak quotes atas ni kan. kui3. 

okes. jom buat ape yg patut tym petang2 nih. =)

salam people.

Wednesday 16 May 2012

:: Alhamdulillah. I Got It ::

Assalamualaikum w.b.t

Already tired but alhamdulillah masih kuat untuk meneruskan hidup. Isnin baru ni yana pegi K.L to attend an interview. I got a call from them last Thursday and terus inform mama yg nak pegi K.L. and my mum juz go on je dengan her daughter punye idea. 

Becoz both of my parent have to work on that day, so I have to go there by my ownself. nak drive dari Melaka memang sampai ke sudah la tak jumpa Texas Instrument tu. So , have a story- mory ciket dengan cik Mijah ( aras-mate tym kat matrik Kuala Pilah). Sanggup die take a leave hari tu semata-mata nak accompany me to the interview. Thanks mijah!

permulaan survival. kunun la kann.. keke..




kemain kan. Ini my housemate yang bagi. first tym kot pegi K.L alone. ALONE you know. selalu ade mama or ade kawan as peneman di kala keseorangan. Coz my mum percaya kat yana , why not I'm not believing  myself right?


Then,  selepas turun bus kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS), yana naik lrt straight to Titiwangsa nak jumpa Mijah. weeee... pastu have a night at kondo kawan Mijah , rupenye they olls ni semua satu skul. very2 friendly. siap masakkan lagi for dinner. segan. hik3. 



View dari atas. bikini je boleh pakai kat sini.. huk3

Malam tu Mijah ajak survey kat mane la bangunan Texas tu kan. first2 , Google. senang je ni kalau tengok Google. cewaahhh.. sekali hamek ko yana , jalan Google tak sama dengan jalan realiti. waaaa... SESAT... ade gps dalam kereta pon cannot search Jalan Jelatek. nasib baik la Mijah ni cekap drive. die main agak2, jumpa jugak Texas punye building tu kat mane. fuhhh... lega. boleh tido dengan aman. hik3.


Tym interview yana last sekali kena. sorang2. cuak tapi ingat pesan orang yg kena confident. Bismillahirrahmanirrahim. masuk. my interviewers ialah 2 orang lelaki chinese. Fortunately , mereka muda and mudah tersenyum. tapi paling tak boleh lupa ade satu incident yg yana rase quite kelakar. camni ...


Engineer tu : wait for a while. I want you to look something. 

me  : okes.. ( sambil senyum )

Engineer tu  : can you tell me about this circuit? 

me  : owh dis circuit... it looks complicated. ( dalam otak , ape la nak merepek ni )

Engineer tu   : no , this is the simplest one.( sambil mereka berdua menggelakkan yana )



yana pon gelak jugak la sambil marah ke diri sendiri sebab ade ke patut cakap camtu. nampak sangat tak penah tengok circuit complex2.. keke.. btw , tym interview tu tak rase stress. maybe sebab 2 orang tu muda. hik3. and ade jugak suh buat coding depan2 tym tu. mujur lah tangan and otak ni macam bekerjasama untuk menulis coding. sempat la yana mengaku , " I'm not good enough in programming ". It's okay , nevermind . itu jawapan mereka sambil senyum. 


Then , go to Sunway Piramid with Mijah. lunch. lapo da time tu. pastu da puas borak , I have to go back to Melaka. esok ada class. Jam 6 petang hari yg sama di interview, kak Alia ( officer Texas call ).


She tells me that I got da job. Mereka tunggu even yana habis exam at da end of June. masuk keja bulan 7.  Alhamdulillah. teros call mama. then bagitau housemates. =)





Di kesempatan ini , yana nak ucap terima kasih kat mama and abah yg doakan akak. housemates yg mendoakan jugak. saudara Mohd Hafiz coz bagi tips2 berguna tym interview ( orang paling cuak tym yana sesat , siap nak Google bagai jalan .. chill bro...) , my senior tym school , saudara Naqiuddin yang bagitau camne nak prepare , kak Moon yg printkan semua document interview yana , Mijah as my driver kat K.L , my kazen yg memang sentiasa meng'up' kan semangat di kala down.. and semua yg mendoakan yana. terima kasih. =)

okes. have to prepare for my INOTEK day. salam people.

Sunday 6 May 2012

:: My weekend is awesome ! How about you ? ::

Assalamualaikum and happy weekend!

rasenye yana da lama tak taip entry baru. it's not about no story but currently I'm really do not have much time to share something new with you people. hik3. 

* Final year student u know *

okeyh, back to my weekend just now, yana rase sangat awesome. even keja macam nak jerut leher ni tapi still have to spend my precious time with my housie and classmate. I love it!

sebab tiap kali hari Jumaat , maka class yana cuti umum. ( next week je TAK ! tetibe ade class ganti pulak kan ) , maka yana and housemates yg comeyl2 ni semua have a picnic at Air Terjun Gunung Ledang kat Sagil. 





So, kami bawa sekali ayam nak bbq , salad buah , sandwich , air , nasi lemak ( nasi lemak ni je kami beli ) and jajan. first tym kami hidupkan api sendiri nak ber'bbq'. kalau tak , memang tak penah buat. Pasang api dapur gas pandailaa.. keke.




* ini ayam kami punye *



* perasan nak macam Puteri Gunung Ledang. heee *



After penat bermain air and berendam like a hippo , so kami kena berangkat pulang ke Melaka jugak. balik tu tahu je la kan. Collapse teros. semua tido macam tak penah tido. heee.


The next day nye , kami menghadiri wedding Aini's brother. jemputan ke Muar. semua perut lapar , maka bersiap pon kena cepat. iron je baju mane yg rase sesuai untuk pegi wedding. so , sebab semua tak ingat jalan ke rumah kenduri , maka perlu bijak bertindak. We need to find 'pemandu pelancong'. hehe. makanya , kami telah singgah di rumah Farahin ( one of my classmates yg every weekend akan balik ke Muar ). sempat la layan cite Barbie kat Tv sambil2 tunggu si Farahin ni bersiap. =D




* when we arrived at Aini's home *


Confem la ade gambar pengantin kan kalau da pegi wedding orang. pics ni pon yana snap je. tak sangka pulak both of them pandang camera. thanks bride and groom!

pastu as usual , makan merangkap lunch la kan. sedap2 makanan. Alhamdulillah kenyang. 




* okeyh.. tuan rumah buat muka *




Time ni waiting for taking some pics with bride and groom. sebab nak usik niece si Aini ni , maka yana telah merampas botol air yg color merah tu. nampak kan botol air tu??  nak usik je. sekali budak kecik si Ipa ni nangis. dalam hati cuak je la mampu , nak pujuk tak pandai. haha.

Ipa yg pakai baju merah ni haaa. mujur la die da tak nangis da time amek gambar sama2 ni. hehe..





okes people , jom la balik ke Melaka semula nak mengadap keja2 yg bertimbun tu. sebelum balik , meh amek pic kat pintu gerbang kenduri. hehe. 


Semoga pengantin berbahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. ameen. 


Sabda Rasulullah s.a.w:


"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)


maka, sesiapa yg dah bersedia maka percepatkanlah urusan nikah. preparation dari segi agama , kewangan , mental & fizikal  amatlah penting. bukan kerana kita suka je kena nikah tapi ia memerlukan preparations. Semoga yana and kawan2 semua diberi jodoh yg baik. ameen.

as-salam people =)