Wednesday 24 June 2015

5 Mitos Semasa Berpantang

Assalamualaikum


Dah habis bersalin, mesti lalu fasa berpantang. For me , pantang ni taklah teruk mana cuma memenatkan je la. Sebab bab makan tu yana makan je macam takde perasaan apa yang mama masak untuk orang berpantang. Takde pulak rasa nak makan shushi ke , pasembor ke , patin tempoyak ke. So , makanan berpantang tu bakar and sup je la. Orang lain makan depan - depan pun releks je. Time akhir-akhr pantang tu je lah keinginan nak makan dessert tu membuak-buak , tapi tak makan jugak sehngga habis pantang. Takut anak kembung perut karang naya je.


Termelalut pulak , actually time pantang ni yana banyak observe mitos-mitos orang tua lama and membuatkan my nenek fed-up. Pastu membangkang , and tak buat. kih3


1. HICCUP


Hiccup or sedu. Mitos letak tisu basah kat dahi baby boleh hilangkan sedu. Takde kaitan pun sebenarnya. Macam kita jugaklah , sedu  je gi dapur ambil air segelas minum. Takdepun kita tempek tisu basah kat dahi kan. So , yana kalau anak sedu , bagi susu sikit buat hilang sedu tu. Or kalau Aufa dah kenyang tapi sedu , terbalikkan badan dia and tepuk-tepuk sikit belakang badan. So far , Aufa hilang je sedu bila buat camni. 


2. JAUNDICE


Ini memang merunsingkan yana sebab Aufa prolong jaundice. Doctor cakap sebab yana darah O. So , risiko tinggi la kuning tu lama sikit. Tapi sebab first time jadi mommy ni , yana nangis depan doctor tu. hahaha. But doctor pesan breastfeeding je sebab kuning ni takde ubat. Orang tua-tua cakap kena minum susu kambing la ( susu kambing panas tau , bahaya kat baby ) , titis air anggur la kat baby ( yana yg makan anggur tu ) . Yana bab bagi baby makan minum sebelum 6 bulan memang tak laa nak bagi. Nasib baik abah and mama camtu gak tak bagi. Kalau setakat mandi dengan air daun or air ubat sinseh kira accepted lagi. Sebab usus baby sangat laa fragile.


My rule : Hanya susu je boleh untuk Aufa sehingga umur 6 bulan. 



3. BEDUNG


Bedung ni yana accept cuma separuh je la acceptnya. Bedung ni bagus untuk melenakan baby time tidur agar tak tersentak-sentak bangun. Cuma yang tak bagusnya if bedung terlampau ketat sampai ke kaki, Tak elok untuk tulang baby if terlampau ketat. If my nenek bedung Aufa ketat camtu , ada je alasan yana nak bagi buka and bedung style yana. Nenek bedung siap ikat kat kaki. Bedung seeloknya bahagian ruangan kaki tu bagi lepas bebas , means kaki boleh gerak. Alasan nya , nak cek pampers la , hari panas la. Lastnya nenek give up. 



Recommendation : If untuk bedung , belilah bedung yang material dia cotton flannel. Ada jual kat instagram , cari je guna hashtag #bedungbaby. Sebab material dia comfy and bila bedung , lilit camtu je and baby tak dapat buka ,  tapi bahagian kaki boleh bebas



4. COFFEE


Time pantang , nenek benarkan yana minum coffee , susu and air suam je boleh. Based on pemerhatian  , bila yana minum coffee baby susah nak tidur. So yana kurangkan coffee , minum susu and air suam je. Alhamdulillah baby dapat tidur nyenyak. Bayangkanla sepanjang pantang minum susu dengan air suam je. Air milo risau poo-poo keras lak , nanti sembelit naya ke diri sendiri and baby. Konsep redha amat penting di sini. Hadap je la sehingga habis pantang susu tu. hihi. 



5. CUKUR JAMBUL


Cuma adat orang lama ni kena cukur jambul hari ke 40 la , kena ada kelapa ( macam budaya hindu ) nak letak rambut baby la. No no no. Hari ke 40 tu adat melayu je , sunnah hari ke 7. Cukur rambut sehingga botak ya. Supaya rambut yang keluar lepas ni rambut yang sihat and dapat membuang rambut yang dari dalam perut lagi. Yang cukur rambut Aufa is my uncle. Nasib baik uncle yana ni ustaz and memang dia ambil upah cukur rambut kat Johor Bahru sana. Cucu sedara sendiri taklah uncle yana ambil upah. Lega jugak takde ikut adat-adat melayu ni. Alhamdulillah.








Tu je lah mitos yana jumpa sepanjang pantang. Nasib baik jugaklah mama and abah jenis tak ikut sangat mitos-mitos orang lama , lebih lagi berkaitan makan minum baby. And setiap orang yang ada anak perlu ada pendirian sendiri. If dah tau something tu boleh memudaratkan your baby , why nak ikut jugak , sebab takut kecil hati or sebagainya. Just explain it by words or your act. InsyaAllah orang akan faham.


Your baby is your rule.


apa la mama cakap ni...



First time mommy - Yana

Thursday 11 June 2015

Zara Aufa Melihat Dunia

Assalamualaikum.


Alhamdulillah lahirnya puteri kecil pada 13 Mei 2015 yang lepas di Hospital Taiping ( currently berpantang di Pahang ). Sebab kekangan masa maka tak terupdate pun blog ni. Hari ni pun dah hari ke 28 berpantang. hik3.


Let me share my experience. Obviously my first experience delivery a baby! Weeeeeee....


5 pagi 


Owh crap ! Coz seriously tak dapat tidur langsung. Mandi kul 2 pagi tu dah , makan dah , pusing-pusing pun dah. Tapi kenapa sakit macam pelik je ni jam 5 pagi ni. Suami dah asyik kena kacau je dengan isteri sendiri sampai kesian nak kejut. Whatsapp si Zahidah , mommy si Zaim ni tanya. Application Contraction timer kat phone time ni la berguna coz catat selang masa contraction tu. Bloody show memang tak kuar pun. Harapkan contraction selang 10 minit je time ni. Subuh suami bangun tanya nak pergi hospital ke. Memang tak laaaaa nak serah diri awal kat hospital. Serik haritu pasal sakit SPD tu doctor cek jalan. Selagi tak nangis tak nak pergi hospital.



7 pagi


Time ni suruh suami pergi je ofis sebab sakit contraction tu macam boleh tahan lagi. Time ni dah selang masa 8 minit. Makan kurma , minum air zam zam , and sambil menahan sakit. Sakit tu macam senggugut cuma kuat lagi. Member-member yang pernah tengok yana senggugut time study dulu and kerja memang tau camne diri ni dengan berpeluh menahan sakit and ambil MC tak pergi lecture and kerja. Dahlah jenis tak tahan sakit. Time ni terfikir dah , mampu ke nak bersalin normal ni. wuwuwu



9 pagi


Suami dah sampai rumah dari ofis. Sebab dah rasa sakit sangat minta suami balik. Padahal baru je 15 minit camtu kat ofis. ngeh3. Suruh suami urut-urut pinggang and nak minum milo. Time ni dah selang masa dalam 7-6 minit camtu. Suami ada buat air yassin and minum. Buku pink semua and kelengkapan nak masuk wad nanti semua dah ready. Tinggal ready nak pergi hospital je yang tak rela lagi. Tahan lagi tahan sakit tuuu.



12 tengahari


Fine. Dah tak tahan dah ni sampai nangis. Jomla pergi hospital sekarang! 

Start kereta semua pergilah ke hospital yang jarak 5 minit tu je. Even 5 minit pun tapi rasa macam nak langgar je semua kereta kat depan. Kalau pakai Hummer kan best. hehe. Tapi even sakit-sakit tu sempat lagi cakap kat suami " Jaga sikit kereta kat depan tu ". Memang pantang sikit kalau kereta or motor dekat-dekat dengan kereta sendiri. Sempat lagi kan sakit-sakit tu...


Sampai hospital terus pergi labour room. Daftar dulu. Ada ruangan menunggu and ada 3 orang mommies lain tengah daftar jugak nak bersalin. Tapi dengan muka tak malu bawa bantal ayam kuning tu and menonggeng kat kerusi tu. Orang lain duduk elok je , yana camtu siap bawa bantal. Muka dah tak malu sangat. keh3


Doctor cek dah 4 cm bukaan. Okey , boleh terus masuk labour room. Tak yah masuk wad lagi. Salin baju and masuk labour room. Suami kat luar time tu. Hospital Taiping punya labour room yang lama suami tak boleh masuk teman wife , yang bahagian baru kat bangunan baru tu belum guna lagi. Maybe bila dah pindah bangunan baru , boleh la kot teman wife bersalin macam kat Hospital Jerantut ( salah satu faktor tak nak bersalin kat Hospital Jerantut sebab abah and mama cakap nurse and garang ). Sebab dah sakit sangat maka pergantungan kat Allah tu tinggi , rasa takde orang boleh tolong. Just minta suami doa je.



2.30 petang


Doktor cek bukaan dah 7 cm. Nak pecahkan air ketuban. Owh lupa nak bagitau , even government hospital , boleh je request doctor perempuan sebab kat labour room tu nampak ada je doctor perempuan. Labour room hanya dipisahkan dengan tirai , maka kau dengarlah suara perempuan tirai sebelah. Tengah sakit tu tengok jam and dengar orang bersalin. Pengalaman jugakla tu.


Then , selepas dikeluarkan air kencing guna tiub maka air ketuban dipecahkan. Panas tau air ketuban tu. Nurse kat situ baik , siap ajar camne nak push even yana ada jugak study push2 ni tapi bila dah sakit separuh nyawa tu almost hilang la ilmu tu. haha. Borak-borak dengan nurse and doctor kat situ. 



6 petang


Rasa sakit sangat sampai bergegar katil tu pegang and panggil nurse. Doctor cek bukaan dah almost 10 cm. Ready nak teran je ni. Kat fasa ni sakit macam nak terberak tapi tak boleh keluar. Macam hilang tenaga jugak la sebab seharian tu makan kurma je. Nasi tak lalu nak makan sebab sakit tengahari tu. Push punya push dengan bantuan ajaran doctor and nurse keluarlah baby jam 6.23 petang. Kena episotomi. Tapi jahit sikit je sebab doctor cakap jangan angkat punggung time teran and masa kena jahit tu sekejap je. Episotomi tu tak rasa sangat jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. 


Dah settle tu , doctor cek baby semua and bawa baby jumpa suami. Then , baby diletakkan semula kat yana untuk bonding or skin to skin breastfeeding. Time tengah jahit tu la baby diletakkan kat yana. Bonding time di labour room , doctor bagi 1 jam sebelum ditolak ke wad. Bestnya dapat peluk baby sendiri , rasa terus keibuan camtu.



8 malam


Masuk wad.

Selepas 24 jam di wad , baby dah poo poo semua maka boleh dis-charged. Terima kasih doctor and nurse yang baik-baik di Hospital Taiping. Service pun cepat. Nasib baik bersalin kat Taiping. hehe.





Alhamdulillah. Our beloved daughter , Zara Aufa bt Mohd Hafiz. Mama and daddy dah tunggu almost 2 years. =) 





As-salam.