Monday 15 February 2016

RESIPI : KEK MARBLE SENANG

Assalamualaikum w.b.t


Malam ni macam ada semangat sikit nak berblog bila Zara Aufa dah sleep , encik suami pun dah tertidur kepenatan. Ada sedikit masa terluang dapatlah menaip. Nak berkongsi resipi marble cake yang baru dibuat tadi. Dengan blog ni bagi yana dapat search resipi di lain masa bila yana perlukan. Yana ada juga buku resipi yang yana salin resipi dari mana-mana yang dah buat and yang akan buat. Tapi dengan blog lebih senang , taip sahaja dah muncul apa yang nak dicari. Hehe



Resipi ni yana halfkan dari adunan asal.Yelah kan , makannya 2 orang sahaja , maka yana guna loyang 6 inch. Dapatlah encik suami bawa bekal sikit ke ofis esok selain nasi dan lauk. Seronok dapat memasak untuk bekalan suami setiap hari. Air tangan seorang isteri gituuu. Cuma bahan-bahannya sahaja kena prepare awal ( malam ) untuk dimasak esok paginya. Kalau beli di Cyberjaya , mahal pula kan. Jimat dah di situ untuk zaman ekonomi negara meleset ni.



Marble cake 


Panjang pula bercelotehnya. Yana sharekan resipi ya.



KEK MARBLE ( Loyang 6 inch )



1 cawan tepung gandum
½ st baking powder
2 biji telur Gred A
½ cawan minyak
½ cawan gula castor
4 sb susu krimer pekat
Pewarna
1 st Perasa nenas
1 st esen vanilla



Ayakkan dahulu tepung gandum + baking powder ( ketepikan )
Pukul bagi kembang telur + gula. Kemudian , masukkan esen vanilla + susu krimer +  minyak + perasa nenas.
Ambil spatula , masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup bagi rata. Boleh juga guna mixer sekejap.




Masukkan dalam loyang yang telah digriskan. Bakar suhu 150 darjah Celcius dengan masa 30-40 minit. Guna api bawah dulu. Half way baru guna api atas bawah. Cucuk dengan lidi untuk cek dah masak ke belum. Ikut juga pada jenis oven ya.




Ada yang dah hilang. hihi


2 colors


Boleh buat banyak colors kalau rajin. Yana guna color ungu and color asal je. Hihi. Selamat mencuba kek yang simple dan mudah ni.


As-salam

Thursday 11 February 2016

RESIPI : RED VELVET CAKE

Assalamualaikum semua. 


Hurmmm.. Azam nak rajin berblogging tapi dengan adanya Aufa yang dah makin aktif and cergas maka bila si kenit tu tidur malam , mamanya pun collapse jugak lah. hewhewhew.


Penat mental bila ada baby tapi bahagia bila tengok dia gelak takde gigi tu. Even esok masuk 9 bulan tetap gigi tak tumbuh lagi. Jadi nenek tua la bila makannya. hehe. Semalam ada buat red vevlvet cake. nyummm. Haritu dah buat kat Jerantut , tapi macam kek coklat sebab pewarna merah mama sipi-sipi je. So , bila balik K.L try lagi. hehe



Si Baldu Merah


Nampak menggiurkan anak tekak ke? And bahagian topping , yana guna cream cheese frosting. Tapi sebab anak duk bergayut kat kaki , maka bunga rose tu jadi kecik besar. Nozel no 190 yana guna. hurmmm bila tengok rose tu , kecik besar kecik besar je tengoknya. And sebab adunan yang macam banyak , yana guna loyang 8 inch and 6 inch. Kalau nak buat kecil je , halfkan adunan resipi. 


Terima kasih kak Azlita masam manis di atas resipi yang menjadi ni. Adalah derhaka sikit resipinya. hehe. Banyak tips yang beliau share di blog , semua awesome. 


BAHAN-BAHAN


360 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonate
secubit garam
1 sb serbuk koko
400 gm gula halus
250 gm butter ( kalau guna 1 cawan minyak jagung pun boleh )
2 biji telur gred A
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + sesudu lemon , biar 5-10 minit )
2 st esen vanilla
1 sb pewarna merah 
1/2 cawan air Nescafe ( untuk moistkan )

Griskan loyang and panaskan oven.


CARA-CARA


Ayakkan dulu tepung gandum + baking powder + soda bicarbonate + serbuk koko + garam ( ketepikan )
Pukul ( guna mixer ) sampai kembang gula + butter
Then , masukkan telur , buttermilk , esen vanilla , pewarna merah
Tambahkan air Nescafe tu , kacau guna whisk
Tambahkan tepung yang diayak tu. ( Kalau tak nak tepung beterbangan , time masukkan tepung tu kacau guna whisk or spatula dulu )
Kacau bagi sebati and rata semua baru masuk dalam loyang.



Bakar pada suhu 160 darjah celcius and 30-40 minit. Ikut pada oven masing-masing. Mula-mula yana guna api bawah , bila dah half way , yana open api atas bawah. So , kek naik cantik je. Takde merekah-rekah. Ikut oven memasing ya. 



Naik cantik je kan?


Untuk Cream Cheese Frosting pulak yana guna brand Tatura je untuk topping.


250 gm cream cheese
100 gm gula castor
80gm butter
1 st esen vanilla


Guna mixer , pukul sampai fluffy. Then , ikut suka la nak hias camne pun. hehe



Red Velvet Cake


Haha. nampak comot kan? Nasiblah. Yang penting sedap and puas hati makan sendiri. hehe. Selamat mencuba!



As-salam.