Tuesday 16 December 2014

First Preparation

Assalamualaikum w.b.t


Baby dah masuk 4 months 3 weeks 1 day today! Orang cakap awal lagi untuk prepare barang2 baby but aku jenis tak suka last minit preparation maka dari awal masuk 4 bulan dah masuk kedai , mall survey barang apa. Orang cakap tengok-tengok pilihan yang ada. Anak first kannn perasaan tu lain sikit...


So far , ni antara yang WAJIB punya barang perlu ada : 


- Pakaian baby ( baju tidur , rompers , baju jalan , mitten , socks , barut , napkin )
- Beeding ( tilam baby , selimut , bantal , kelambu )
- Mandian ( bekas mandi , sabun , shampoo, Non slip mat , bedak2 semua , lotion , towel )
- Feeding ( breast pump , botol susu , alat nak basuh : berus )
- Pampers
- Travel ( stroller , carrier )
- Set selepas bersalin
- Kain batik , bengkung , alat bertungku ( *nasib baik mama ada )



Tu yang wajib eh , yang tak wajib boleh guna cara tradisional pun boleh. Sebab ada yang keperluan , ada yang ikut hawa nafsu mommy2.. haha 



Untuk pakaian , my parent dah pesan beli jangan banyak sebab diorang tau perangai rambang mata anak dia. hiks. But , color I prefer color putih je untuk newborn sebab nampak suci and bersih gitu. So , semua baju nanti memang nak beli color putih je. Brand Anakku memang jadi pilihan sebab macam comel and high quality kain dia, sebab tak nak la baru basuh bape kali dah berbulu-bulu. Padahal color putih je pun dah cerewet kan pilih. haha 


Jangan lupa jugak barut baby , socks , mitten dan kain lampin untuk lap-lap susu kat mulut baby. Orang dulu pakai kain lampin , tapi sekarang pakai pampers je. Dah habis pantang , baru la boleh beli baju ikut suka hati sebab dalam pantang je pun nak pergi mana kan , just pergi clinic je nanti. Kena sabarkan diri tengok baju comel-comel. 


Antara yang penting jugak , untuk feeding. Bukan nak bagi makan lagi tapi even breastfeed pun , nak mudahkan kena ada breast pump and botol susu. breast pump banyak pilihan. Ada yang manual , ada yang pakai electric. Ikut mana yang selesa dan mampu milik. Botol susu tu memang jenis cerewet sikit. Anak sendiri memang nak bagi yang terbaik. Kena pilih yang high quality , BPA-free , anti-colic etc. Banyak brand , ada yg glass , ada botol ikut color tu sebab ikut jangka hayat botol. 


So far , memang dah aim jenis Dr Brown sebab baca review Avent , susu macam meleleh keluar. Dr Brown semalam tengok harga twin pack around 89 harga dia tapi memang bagus. Rajin-rajinkan diri baca review ya sebelum beli mommy-to-be sekalian sebab nak beli harga yang mahal tak nak la kena tipu ke apa ke. nasib baik kedai kat Taiping ni ada 20% less if masih preggy. hehe.


Untuk travel tu kena survey tengok yang mana selesa , senang , practical , selamat. Carrier pun sama kena pilih yang soft structured carrier ( SSC ). For me , macam senang guna stroller sebab nanti time husband takde , nak handle baby dengan dukung pakai carrier with my body yang cinonet ni macam tak larat. So far dah suka kat SCR 12 sebab criteria dia sesuai dengan keperluan. Harga pun not bad. Carrier suka jugak tapi SSC hanya boleh dipakai time baby umur 4 months. Carrier boleh beli nanti-nanti kan. Yang penting stroller dulu. Nak beli stroller time tengah contraction sebab boleh dapat less 20% kat kedai tu. ngeh3.



gambar SCR12 curik kat Google 



Ada yang macam tak perlu , jangan beli. sebab for me , katil baby tu macam tak penting. Sebenarnya malas nak bangun malam-malam , jenis nak main-main dengan baby time tidur. Hubby pun sama. Jangan terpenyet dah la. haha. Kena pilih dengan cermat , senaraikan list , survey , bertanya dan menabung lah. Nak yang terbaik untuk anak memang harga mahal sikit tapi demi safety kena sediakan budget. Sebab kita pun menabung nak beli barang baby. Mama la ni mengajar prinsip ni dari kecil sebab dulu parent x gaji besar time kite baby tapi keperluan anak memang first priority. Jangan cakap takde duit nak beli yang elok untuk anak padahal maknya shopping baju sendiri kat butik-butik and bapaknya smoking. Duit beli tu boleh. untuk anak kemain. *Dah banyak kali jumpa orang camni.



Semoga baby selamat dilahirkan time due bulan 5 2015 nanti. Ameen. Cepatlah 23 hb , nak scan ni. Pastu baru nak shopping sebab sekarang kan Year End Sale. Yeay , dapat less!



As-salam semua.







Monday 8 December 2014

Pernikahan Nik Syazwi

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah lama tak menulis. Idea ada tapi sejak hormon ibu mengandung ni ada , nak duduk depan laptop pun bercinta. Tapi , for today nak update sikit tentang majlis perkahwinan seorang kawan. Majlisnya di Kelantan , sambil balik rumah mother in law , boleh ke kenduri jugak. 2 in 1. sebab sekarang memang takde mood nak harung perjalanan jauh yg mengambil masa 6 jam lebih ni. Kenapala flight takde kat Taiping ni and harga tiket naik banyak pulak time tu. Cek rates flight hari tu dalam 800++ for 2 persons pergi balik Penang-Kota Bharu. Rates sama macam pergi Bali dah kan...


Sabtu pagi gerak and sampai K.B dalam jam 11pagi terus ke Nasi Ulam Cikgu yang area bawah muzium kraftangan tu. Tekak ibu mengandung ni susah nak kawal. Lepas tu baru balik rumah mak mertua. Member semua masih bujang so diorang dah sampai sehari awal. Life orang dah married ni berbeza sikit , x boleh ikut jadual diorang dah. hehe. Sampai je berborak2 dengan mil and terus tertidur kepenatan sampai petang sebab perjalanan yang jauh tu. 


Malam tu bersiap ke majlis akad nikah. Pakai baju kurung cotton and tudung square emerald green. Just a simple outfit. Sebelum pergi memang dah pulun makan dulu kat rumah sebab perut ni tak kira masa laparnya. 4-5 jam mula nak makan. hehe. 


Tepi sekali tu kite

Dengan Pengantin





Settle akad nikah , ke rumah pengantin , Wiwi untuk dinner nasi kerabu. Perut dah x boleh handle sebab kenyang and then balik. Tengok2 balik dah ada anak sedara si Rizqi kat rumah tengah tunggu. Gomol dia dulu. Next year bulan 5 dapatlah Rizqi cousin , InsyaAllah. 


Esoknya , dah janji nak breakfast sama-sama member2. Bersiap awal then dengan bantuan GPS dapatlah cari homestay diorang. Berpeluh jugaklah sebab drive sorang kat negeri Kelantan ni. ( *rumah mil pun tak ingat jalan , ada hati drive sensorang kan ). Redah breakfast kat Hayaki. Sempatlah muntah kat kedai tu sebab perut ni tak boleh lewat breakfast , kalau tak , memang ke sinki la jawabnya. 








Pic atas ni makanan kite order. Tapi dalam hati menyesal tak order nasi. haha. Air tu tak ingat , tapi nama berries2 sebab mocha , latte semua diberhentikan sementara until deliver. Nasib air tu sedap jugak , maybe sebab rasa masam2 sikit untuk hilangkan loya lepas muntah. 




Dalam jam 11 lebih tu terus balik rumah mil and iron baju. Tahun ni last jadi bridesmaid. Tahun depan resign. Siap cepat-cepat and then cakap kat suami pakai baju nipis-nipis je sebab hari tu memang panas terik. Pastu hadiah pengantin pun suami yg tolong balutkan. Nak pening rasa. Sekarang dah jadi macam dracula sebab tak suka cahaya matahari. Kalau boleh nak hari-hari hujan lebat. heee



Kami


Seat cop sebelah Wiwi sebab kalau duduk bawah , rasa perut senak sebab perut tersepit. haha. Member2 semua lawa-lawa dabomm habis aku tengok. Time study dulu tak make up sekarang aku tengok dah ramai pandai make up. Weewiittt. 


Gambar bawah ni with boys classmates pulak. Diorang datang lambat sikit tapi aku tak nak bagi seat aku tu kat orang. Malas nak gerak. haha










Lepas je gambar ni kesian tengok suami dah teman dari kul 12 lebih lagi. Dengan kepala dah terasa berdenyut sebab panas terik , maka balik la. hehe. Semoga berjumpa lagi in the future. Aku menunggu setahun lebih baru one of them kahwin. Lepas ni harap tak tunggu lama lagi untuk habiskan mereka-mereka ini punya turn. hehe.


Wiwi , baca je ucapan dalam kad kat hadiah tu ya. =)


Thanks a lot untuk segala moment 2 hari tu. Terima kasih jugak kat suami sebab layan karenah kite yang memang ikut mood tu. Nak makan  ni la , makan tu la , xnak kena panas la. hehe. Jangan salahkan ibu mengandung , salahkan hormon dia. haha. Sedang menunggu Izah update pulak. Your turn Izah.


As-salam semua.