Assalamualaikum w.b.t
Malam ni macam ada semangat sikit nak berblog bila Zara Aufa
dah sleep , encik suami pun dah tertidur kepenatan. Ada sedikit masa terluang
dapatlah menaip. Nak berkongsi resipi marble cake yang baru dibuat tadi. Dengan
blog ni bagi yana dapat search resipi di lain masa bila yana perlukan. Yana ada
juga buku resipi yang yana salin resipi dari mana-mana yang dah buat and yang
akan buat. Tapi dengan blog lebih senang , taip sahaja dah muncul apa yang nak
dicari. Hehe
Resipi ni yana halfkan dari adunan asal.Yelah kan , makannya
2 orang sahaja , maka yana guna loyang 6 inch. Dapatlah encik suami bawa bekal
sikit ke ofis esok selain nasi dan lauk. Seronok dapat memasak untuk bekalan
suami setiap hari. Air tangan seorang isteri gituuu. Cuma bahan-bahannya sahaja
kena prepare awal ( malam ) untuk dimasak esok paginya. Kalau beli di Cyberjaya
, mahal pula kan. Jimat dah di situ untuk zaman ekonomi negara meleset ni.
Marble cake |
Panjang pula bercelotehnya. Yana sharekan resipi ya.
KEK MARBLE ( Loyang 6 inch )
1 cawan tepung gandum
½ st baking powder
2 biji telur Gred A
½ cawan minyak
½ cawan gula castor
4 sb susu krimer pekat
Pewarna
1 st Perasa nenas
1 st esen vanilla
Ayakkan dahulu tepung gandum + baking powder ( ketepikan )
Pukul bagi kembang telur + gula. Kemudian , masukkan esen
vanilla + susu krimer + minyak + perasa
nenas.
Ambil spatula , masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup
bagi rata. Boleh juga guna mixer sekejap.
Masukkan dalam loyang yang telah digriskan. Bakar suhu 150
darjah Celcius dengan masa 30-40 minit. Guna api bawah dulu. Half way baru guna
api atas bawah. Cucuk dengan lidi untuk cek dah masak ke belum. Ikut juga pada
jenis oven ya.
Ada yang dah hilang. hihi |
2 colors |
Boleh buat banyak colors kalau rajin. Yana guna color ungu and color asal je. Hihi. Selamat mencuba kek yang simple dan mudah ni.
As-salam
No comments:
Post a Comment