Assalamualaikum
Weyh jam dah tunjuk jam 11 malam dah ni. Memalam camni Aufa
dah sleep baru la sibuk dengan kerja and baru nak mengupdate blog. Update blog
pun sebab nak simpan memories and gambar. Mana tau tetiba gambar hilang dalam
simpanan. Ngeh3.
Last weekend pergi ke Melaka. Saje nak mengimbau nostalgia
and makan. Aah , kerja aku memang makan pun. Pastu booking hotel last minute.
Stay kat Ramarama designer boutique hotel ( area depan Aeon ). Okla untuk yang
jenis tak tinggal sangat dekat hotel , jenis berjalan je keja or jenis booking
last minute and hotel yang lebih best dah habis promo orang rembat. Aku la tu
yang jenis lambat booking. Haha.
Husband cakap nak pergi Big Bad Wolf kat Melaka. Okey , aku
follow je cadangan tu. Dalam kepala ni fikir MiTC tu tempat first kami
terserempak. Mengimbau memori manis. Hihi. Beli buku untuk Aufa. Sampai hotel
dia koyakkan. Nasib baik buku lain beli yang board book yang keras tu. So
sepanjang minggu ni aku kena bacakan buku “ That’s not my teddy. Bla bla bla...”
“ D for duck … Green color , Blue color , Red color… bla bla bla ”. Aufa suka
bila orang bacakan buku kat dia.
After dah beli buku kat Big Bad Wolf , terus pergi check in
dan ke Aeon , tempat aku and kawan2
menghabiskan masa dulu-dulu. Balik hotel mandikan Aufa and keluar balik sebab
nak pergi Berkat Salam makan asam pedas. Puas hati makan asam pedas and
otak-otak kat sini. Dulu harga 1 set RM 6.50. Sekarang dah RM9/set. Selepas a
few years and gst , terus naik harga sampai RM 9. Teruk betul zaman pm sekarang
ni. Okeyh , gambar kat Berkat Salam ada kat instagram. Hewhewhew.
Cendol depan bangunan merah pun pergi jugak. Ramai ya
manusia. Aku pun kena tunggu meja. Banyak pilihan. Cendol durian sedap! Sebab
ada anak kecil , tempat favaurite aku memang tak dapat pegi la kan , how I miss
you Jonker Walk. Ntah kenapa aku suka tempat tu. Maybe aku suka tengok kedai
Jonker Gallery tu sebab unik barang-barang dia. Jalan-jalan tepi sungai Melaka and depan Casa
Del Rio tu ada satu hotel baru yang cantik. Quayside Hotel. Cantik , lain kali
pergi Melaka kena awal-awal booking. Pergila survey kat Agoda or Booking.com.
Kalau takde credit card , minta tolong kengkawan yang ada. Aku la tu yang kena
minta tolong kat orang sebab credit card takde. haha
Lepas dinner memang ngantuk and tidur awal. Zaman remaja
dulu-dulu balik tengok wayang and karok memang takde dah. Haha.
Esok nya breakfast nasi lemak. Rindu nasi lemak yang ada
kangkung. Haha. Then kami gerak ke Freeport yang macam JPO kat Johor tu. Exit
kat tol Simpang Ampat and ramai jugak pergi. Murah jugak barang kat situ. Beli
mainan Aufa and husband pun dapat jugak beli kasut sukan dia. Tak sabar letteww
nak berfutsal and main badminton. Kih3
Singgah sekejap Cendol Bakar kat Simpang Ampat ni. Macam
food court dah haa..sebab macam-macam ada selain cendol. Ada coconut shake ,
yong tau fu , pisang goreng cheese , western food , tauhu bakar , keropok and
macam-macam lagi. Nak drive thru pun ada. Aku tak tipu weyh. Bagi aku sedap la
untuk tekak aku.Orang lain aku tak tau. Then , gerak balik Puchong. Sepanjang
jalan Aufa tidur. Penat agaknya.
Aufa dah makin besar boleh la jalan lagi. Jom tidur. Good nite everybody!
As-salam.
No comments:
Post a Comment