Assalamualaikum w.b.t
Selepas habis pantang haritu , dah dekat nak raya. Mama suruh buat cake banyak sikit sebab nak bagi nenek , my mother in law sebab tahun lepas first day raya bukan kat Pahang. Contract cake sahaja tahun ni yang yana buat. Contract rendang , mama suruh adik buat. cewwaahhh adik , belajar buat rendang dengan mama. Mama jadi mandur. Sejak kecil mama dah train anak perempuan dia buat menda-menda camni. Nasib ada adik beradik sikit , Tak tolong kesian pulak tak sampai hati.
Semua kena buat dari kemas rumah , prepare untuk raya , masak semua lah. Disebabkan my mama ni pengemas orangnya , sampai garaj belakang rumah pun mama suruh sapu padahal banyaaaakkkkk lagi kerja tak siapppp ni. Terpaksa yana dengan adik cakap " Mama, takde orang pun nak tengok garaj belakang ni , kita skip mana yg boleh , buat yg penting dulu , makanan ". haha.
One day tu macam nak tercabut badan. Ada anak bukan alasan bermalasan , anak nak susu je mama bagi pelepasan sekejap. So , adalah 6 biji cake kena buat. Cheesecake Apple , Rainbow cake and Victoria Sandwich Cake. Nasib biskut raya buat seminggu awal.
Banyak pulak cite pasal raya ni kan. Meh nak share 1 resipi coz yang cake Victoria Sandwich ni yana ambil resipi dari blog
Victoria Sandwich Cake masam manis . Terima kasih pada owner blog coz jadi cakenya itu bila yana try resipi tu. Esok dah raya kot , mana sempat kalau nak ada failure time saat genting camni.
BAHAN - BAHAN
220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam
Rajinkan diri ayak 3 kali bahan yang kat atas ni.
250 gm gula castor
250gm butter
2 sudu besar golden syrup ( yana letak madu )
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur gred A
CARA - CARA
Campur gula castor , butter dan golden syrup/madu and pukul sampai kembang , gebu gebas.
Masukkan telur sebiji demi sebiji ( jangan lupa basuh telur tu sebelum guna )
Tambah esen vanilla and pukul kasi rata lagi
Masukkan tepung yang kita dah ayak 3 kali tadi tu sikit demi sikit.
Kaup sekeliling bekas kasi rata.
Loyang make sure dah griskan. If cake nak tinggi guna loyang 8 inch. Yana guna yang 9 inch. So , tak tinggi sangat.
Untuk hiasan cream , ada yang guna whipping cream. yana guna buttercream + blueberry syrup. So bau and rasa buttercream yana macam blueberry. Buah strawberry tak sempat nak beli , tabur je rainbow rice yang colourful tu. Yang penting cake jadi. hahaha.
Ni gambar raya time petang Raya Pertama with belah my mama punya family. Even macam terlambat , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin !
Ok. Goodnyte. As-salam.