jadilah wanita yg bijak berfikir.
untuk masa depan mu and anak2 mu.
anda yg akan memilih.
anda diberikan pilihan.
bukan hanya menunggu, malah anda juga berhak ditunggu.
wahai wanita...
jangan terpedaya dengan janji manis and hadiah yg belum sama nilainya dengan dirimu.
apatah lagi hinaan and makian yg diterima.
berfikirlah sebaiknya.
kerana dirimu begitu berharga.
jangan diberi hatimu yang ikhlas menyayangi itu pada insan yang mensia2kan dirimu.
berilah pada insan yang akan menjagamu.
benar kata orang...
Cintailah orang yang mencintai dirimu.
wanita itu letaknya bukan di kepala untuk dijunjung.
bukan di kaki untuk dihina & disia2.
malah ia dekat dengan hati agar disayangi , dicintai & dilindungi.
wanita itu sifatnya rapuh...
sekali ia pecah ia tidak mungkin kembali pada bentuk yang sama.
Tika memilih.
Biarlah secara berfikir.
agar kelak dirimu bahagia.
bukan berduka.
Wanita itu kuat kerana dia menjadi pendamping suaminya kelak.
ibu pada anak2nya.
kini wanita juga bekerjaya.
Jagalah diri agar dirimu dihormati.
pada yg sudah memiliki.
jagalah dia.
kerana sekali dia pergi , dia tak akan kembali.
percayalah. kerana...
sekali wanita itu terluka , dia akan mengingati luka itu dan berlalu meninggalkanmu.
salam sayang dari Nur Dayana untuk semua. =)
No comments:
Post a Comment