Thursday, 16 February 2012

:: Apa yang ada pada 5 jari di tangan? ::

Assalamualaikum & salam penghulu hari. 




Apa maksud di sebalik 5 jari anda tu ya? yana baca artikel ini dalam majalah and I really want to share it with u oll's.


JARI IBU 

Ia jari yg besar dan pendek. Lambang kematangan & kehebatan , simbolik kepada orang yg banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Ia peringatan untuk kita supaya menjadi manusia yg berguna & membimbing masyarakat sekeliling ke arah jalan yg benar.


JARI TELUNJUK

Jari yg 'mengungkap' satu & keEsaan Allah s.w.t when we are praying. Ia melambangkan ketokohan sebagai penunjuk & menjadi contoh teladan kepada yg melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yg benar tanpa berselindung di sebalik maksiat. 


JARI HANTU 

Jari yg paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan & alam dewasa menjengah. Sekitar 30-an ke atas, kehidupan telah stabil selalunya. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah mulanya 'hantu-hantu' yg cuba mengacau. Hantu Hasad , hantu ego , hantu tamak & pelbagai jenis hantu yg samseng. Di sinilah keimanan banyak diuji. untuk menghindarinya, gandakan amal ibadat. 


JARI MANIS

Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Di sebalik kemanisannya , tersimpan cabaran & tanggungjawab. Telah dipertanggungjawabkan segala amalan yg wajib. On dis time , diperingatkan kepada kita untuk 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.


JARI KELINGKING

Kecil & kerdil. Lambang seorang manusia yg bermula daripada kecil. Ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yg mentah dan perlu dibimbing. 



credit to Gen-Q ( isu no 5 ) for dis info. =)


salam everyone.

1 comment: