Thursday, 23 August 2012

:: Syawal ::

Assalamualaikum semua.



Currently takde masa nak update pasal raya lagi kan. Bz raya. hehe. Padahal kat rumah aritu berebut broadband mama dengan adik coz broadband sendiri tertinggal kat umah Ampang. adoyai. sape suruh balik malam raya , semua nak tinggal. sobs.


Apply cuti 18 and 22 August coz nak raya. Approved 2 ari tu. Sekali engr Nadia nak balik kg husband die kat Kota Bharu. dah la baru kawen , kesian lak kat die. Sama2 setuju and bagitau Chua boleh ganti tempat Nadia. ( padahal da deal dengan Nadia nanti kalau yana macam die , die kena ganti yana lak. haha ). Lagipon dis year , mama semua kueeehhhh tunjukkk je. rumah pon panggil orang kemaskan. kire takde keja la nak buat. so , takpe balik lambat pon. rumah nenek lak setakat 10 minit tu je. 



# model kueh raya tunjuk #



Tapi  haru gak la last day tu. tym rest , orang gi bazar , drive laju2 pegi McD beli siap2 nak makan dalam keta berbuka nanti. Tepat je kul 7pm , teros punch card kuar and terus drive straight masuk LPT ( Highway Pantai Timur ). Kental gile rase makan berbuka sambil drive. Baru rase ade kampung. kui3.


Alhamdulillah dah x jem. Nama pon malam raya , orang semua da main mercun kat kampung da. =p


Cake jangan cakap. resipi je ade salin aritu. buatnye tak sempat. hahaha.


Of coz ler salam2 di pagi raya. tapi dis year lain sikit. keh3. salam raya dengan abah sempat pssstt kat abah yg ade orang nak datang. ( idea Siti Nabilah la ni. terima kasih chekgu. haha. mama la ni tak nak tolong bagitau abah. puas bodek2 pujuk pon mama suruh bagitau sendiri. adesss. ). tapi yang tak bape nak bestnye, abah tak dengar lak yana psssttt2 tu. Boleh lak tanye " Sape nak datang?? ". confem la semua aunty + nenek + atuk + kazen sume pandang... terus cakap kat abah " later2 akak story balik ". kelakar lak ingat. haha.




# with my dear yg selalu dibuli #



# mms di pagi raya. sayang lak nak makan kalau tembikai camtu #



Raya macam biasa berjalan la. Raya kedua kunun nak pegi beraya rumah cikgu. sekali da parking depan umah cikgu , mama call suruh balik on dat tym jugak. sebab sedare jauh datang sampai 9 bijik keta. banyaknyeeeee. berkejar la balik umah , dah la mama sorang2 je kat umah. ( mujur la cikgu tak perasan da sampai umah cikgu ..haha ). Lepas melayan tetamu , memang takdela nak kuar beraya da. tertido depan tv. elokkk sangatt.






# tym raya kena tunaikan janji untuk belanja cake SR #



# culik anak mak ngah si Sofinna ni jap. hiks #



Raya seterusnya memang duk melayan tetamu je. Ramai betul kenalan abah and mama. rumah Fatiah je mampu jejak raya ni. Sori kawan2 semua. Raya ke-4 da kena balik k.l da demi tanggungjawab. Masuk bilik je kat company teros Chua and Y.P tanye duit raya and kueh raya. Dah la macam takde keja sangat kalau shift malam ni. Arini da Khamis. Sabtu pagi da balik Jerantut semula ( tak puas raya lagi kan. haha ). Padahal da nervous sangat ni nak tunggu Ahad. lagi 3 hari. Tu tunggu next entry. kalau rajin update. haha. Semoga dipermudahkanNya. 


tak terlambat lagi rasenye. baru hari raya ke-5.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN



Okla. nak tido sat. kumpul energy nak masuk kerja. thanks for reading story raya yana dis year. muah2. as-salam people.

No comments:

Post a Comment