Tuesday, 30 August 2016

REVIEW : THE GRAND BEACH RESORT PORT DICKSON

Assalamualaikum ( entry kali ni banyak gambar )


Kali ni punya entry untuk review hotel The Grand Beach Resort di Port Dickson yang pergi last week. Dekat je sebenarnya dari Puchong ke exit Port Dickson tu Cuma dari tol ke pantai almost 30km jugak lah.


Swimmping Pool


Booking by call je 2 weeks before pergi. Bila sampai Sabtu tu as usual nak check in , rezeki hotel upgrade ke Deluxe and seaview. Bersyukur je la kan. Hehe. Hotel ni antara salah satu hotel bawah Felda. Baru ku tahu. Antara hotel under pengurusan Felda ialah :





Felda Residence Tanjung Leman , Mersing
Felda Residence Trolak , Perak
Felda Residence Hot Springs , Perak
Felda Residence Tekam , Jerantut ( kalau yang ni yana tau laaa… heee )
Felda Residence Kuala Terengganu
Seri Costa , Melaka
Felda Residence Sahabat , Lahad Datu
Grand Borneo Hotel , Kota Kinabalu
Grand Plaza Kuching
Grand Beach Resort , Port Dickson
Grand Plaza Kensington , London
Grand Plaza Serviced Apartments , London



With husband


Buah hati












senibina Minangkabau

Rate 1 night dari 280MYR hingga 1500MYR. Including breakfast. So far , hotel okey , bersih and cantik dengan senibina Minangkabau. Dan hotel ini hanya ada 3 tingkat , lengkap dengan private beach , pool and bila petang boleh tengok orang main jet ski and banana boat. Tapi jauh di sudut hati memang tak boleh lawan pantai di area pantai timur yang memutih. Di Port Dickson , kami hanya main pasir sahaja untuk memperkenalkan pasir pada Aufa.







Aufa takut daddy!






senduk-senduk pasir





Aufa menangis takutkan pasir. Memang tak jejak sampai habis. Duduk main pasir pun atas paha suami. Takpelah Aufa , besar nanti umur 5 tahun ke atas nanti takdenya takut kat pasir tu. Hehe.







suasana hotel


Lobi sempena Merdeka

Dari segi breakfast seperti jugak di kebanyakan hotel ada nasi , bubur , goreng-goreng , roti canai , omellete , mi sup , kuih , buah , cornflakes semua tu. Memang lepak kali ni di hotel sahaja untuk release , rehatkan badan , rehatkan minda. Hari Ahad balik Puchong dah.  Maybe lain kali boleh datang lagi. Hehe.





Untuk lebih info boleh cek website : http://grandbeachresortpd.com/ 


As-salam.

No comments:

Post a Comment