Tuesday, 22 April 2014

REVIEW : Restoran Jepun Miyagi Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum semua.

Hai , last entry hari tu dah janji nak review restoran jepun miyagi ni and so keluar entry ni. hehe. Btw , makan ni time last week dah. Okey kite nak review sikit.


Location : Bandar Baru Bangi
Address : Lot 24, Ground Floor & 1 st Floor, Medan PBI, Section 9, Bandar Baru Bangi, Selangor Selangor Postcode 43650
Phone number : +60 603-89263533


Masa restoran ni dibuka dalam 2 sesi iaitu pada jam 11.30 pagi until 2.30 petang and sesi kedua start jam 5.30 petang until 9.30 malam. Kami berdua pergi time malam dalam area kul 8 malam cenggitu. Its decoration sangat jepun kire kalau sekadar nak rasa suasana jepun boleh datang sini tapi kalau nak fefeeling ada salji memang tak dapat la nak tolong.. haha




Tuala kecil lembap untuk lap2 tangan , chopstick and jeruk as appetizer. Chopstick tu haa memang kelam kabut nak guna sebab tak reti guna. =p


My jantung hati

And kami order 2 main course dengan nama yg dah tak ingat. Ingat harga and makanan apa je. kiki. Banyak sangat variety makanan dia. Ada untuk set , ada untuk ala carte. So far , makanan dia in set sangat banyak. Kalau 2 orang boleh makan 1 set je pun cukup tapi coz kitorang dua ni selalu tertipu dengan buku menu kat kedai-kedai yang tayang gambar macam banyak tapi sebenar sikit. But , kat Restoran Jepun Miyagi ni memang banyak gile portion dia. Puas hati dan terlebih puas. hik3



Macam nak ketuk dram je gaya =p

See ... ingat kan sikit , rupanya banyak. Kami makan secara slow motion untuk menikmati makanan jepun ni. Sedap!



Husband's set : RM 39/set


Yang picture atas ni husband order. Tak tahu nama. Yang putih2 macam puding tu macam taufu telur and dalam dia ada crab..And shushi dia sangat marvellous. sedap and kalah Shushi King yg kite pernah makan dulu. Udon tu husband kata a little bit muak coz ada telur. Next time memang nak order shushi lagi. Very oiishi !



Wifey's set : RM 38/set

Kite punya soft crab , udon , miso sup , ayam tu macam masak halia. Soft crab dia better makan in da first place. Coz nanti rugi kalau tak habis. ngeh3... Nasi dia pon yummy. Udon macam kite ni tak muak coz takde telur. Macam makan sup tapi memang sedap. 


Husband's set + Wifey's set + 2 air ( tak ingat ) = RM 99 ( total )


Memang harga dia a bit pricey but memang worth sebab portion banyak. And sesekali makan camni takpelah coz selalu kite makan pasembor kat kedai bismillah tu je. kiki. And sesuai for romantic dinner , anniversary ke , birthday ke. Kite treat husband kat restoran jepun ni coz my husband yang selalu menjadi tulang belakang kite dalam business dari awal lagi. Time orang lain tak percaya , husbandlah tempat kita nangis2 dulu awal-awal. hehe.. Ada rezeki lebih sikit memang yana lebih suka jelan-jalan or try makanan baru. Reward selepas penat bekerja kann. hehe. 


before balik

Time ni bawa perut yang kenyang je. Next time nak datang lagi nak makan shushi! Address dah bagi kat awal entry, boleh guna Gps  je cari. See u olls in da next entry!

As-salam.

Wednesday, 16 April 2014

Wedding 12-13 April 2014

Assalamualaikum and selamat malam.

Huuu.. ngantuk and badan tak sihat , sakit tekak tapi gagah kan diri jugak nak menjenguk blog ni. Demam akibat kepenatan and terjangkit pulak dengan husband kite. Mula-mula husband demam time balik Pahang 2 hari lepas , dia dah sihat , kite pulak kena. 

Kite cuti dari hari sabtu lepas until selasa ( 12-15 April ) coz abang ipar kite kawen and balik kampung kat Pahang. wink3. Bila tengok tarikh dalam kalendar macam dah agak akan bizi sangat on that time coz sehari sebelum tu ( Jumaat ) bizi settlekan stock baju yg dah siap untuk post pada customer. pastu nak packing baju lagi , nak cari barang and chocolate untuk hantaran lagi. wuwuwu.. 

Pagi Sabtu tu bersiap cepat-cepat pergi breakfast kat kedai makan. hik3.. Then pergi PlazaTaiping cari fresh flower , pastu tunggu kul 8.30am nak postkan baju customer untuk first batch pengeposan. Lastnya gerak kuar dari Taiping jam 9am. Abang long dah whatsapp tanya sempat ke sampai before Zuhur ke Serdang. InsyaAllah sempat. Kite jadi mak cik jpj tak bertauliah je duk pantau husband drive sambil buat hantaran chocolate. Kite suka sangat fresh flower. Wangiiiiii.... =D


Sekuntum semua singgit. meh2 beli.

Haaaa... lagilah tak betul bile bunga semua murah camni. Maybe dekat dengan Cameron kot. 


Rambang mata

Dengan kos yg murah , kita mampu berjimat cermat amalan mulia malah puas hati sebab cantik. haha. kite beli roses , carnation , daisy and bunga ape tah tak tahu nama. =p

ingat sikit beli

Then gubah-gubah la main cucuk-cucuk kat span yg dah kite basahkan tu. Semua coklat kite beli malam before pergi and gelabah ajak husband temankan. Kite rasa nak makan semua coklat tu. Kite beli Beryl's Strawberry , Cloud 9 , Hershey's , Toblerone , Vochelle. Semua tu coklat kesukaan kite. Sape nak bagi bolehla belikan kite coklat camtu. hihi.


Dah siap!

" Bawa slow sikit bang "

Ni sebab duk boring dalam keta , kite selfie sikit sambil pantau orang drive. Kite tak naklah kena AES , dari kena AES tu baik gi belanja kengkawan makan kan , tak gitu? Doakan kite murah rezeki so boleh belanja orang ramai sikit. Amen .. Amen...

Dah sampai area Serdang tu dalam jam 1.15pm. Even hanya berpandukan kepada waze tapi apesal ramai sangat manusia atas jalan ni haa. Tension tau bila banyak keta and jem. huarghhhhh. Penat je iron baju kurung konon-konon nak pakai time akad nikah tapi nan hadoo. Tak sempatkannn..Tanggalkan batwing blouse tu and just tinggal a plain dress nak bagi tak casual sangat. Ini gambar dengan adik-adik ipar kite yg comels. Tapi akak ipar diorang yang nampak adikkkk sangaattttt. rendah. haha =p


Imi , kakak , daebak and kak ngoh

Alhamdulillah selamat sudah urusan pernikahan. Welcome to our family kak long. May Allah bless both of you. Time ni tak terperasan pulak terduduk sebelah kak long. Dapat lah snap pic dekat-dekat sikit. Maybe muka kite banyak termasuk dalam pic pernikahan. hik3.


Kak long =)



Esoknya , wedding reception kat Dewan Banquet UPM. teringat pulak kat member sorang ni yang khawin kat sini jugak , kina. hehe. Kitorang adik beradik semua enjoy da food and macam segan lak aih time ambil pic atas stage. Tapi sebab suka bergambar rase happy pulak. ngeh3






Berkompang time masuk dewan. Pekak pulak rase telinga kite sebab duk belakang barisan time ni dengan husband. heeee ... Time jalan atas karpet merah tu terberhenti2 coz protokol dewan kan , setiap beberapa step akan stop. Orang yg duk belakang macam kite ni tak jalan-jalan pun. Tak kira pulak berapa stepnya. hiks. Sampailah meja makan terus makan. Lapo dah time tu.... =D


Peace bang long , peace!

Husband/wife



After reception ni habis , terus balik Pahang. Birthday abah kite kan. Then balik rumah nenek esoknya sebab nak lunch. Balik berdua je dengan husband ke rumah nenek sebab abah and mama sekolah hari Isnin. Nenek masak banyak. full perut , sampai tertidur-tidur. Nenek masak bubur jagung , gulai ikan , hati masak berlada , pecal , kuih karipap. Heaven betul bab makan. Sedap. 

Esoknya lagi kita balik taiping dah. Singgah k.l jap. Saje mengimbau masa time bujang dulu. haha. Gedik pulak gi TudungPeople beli shawl. Happy sebab dapat shawl yg kite nak sebab hari tu tengok kat website dah sold out. mujur ada lagi kat boutique dia. ngeh3.


Kat tangga

Okey , nak rest sebab Jumaat ni nak balik Kelantan pulak for majlis Kesyukuran. Hopefully demam ni recover la kan. So , tido awal. Nunyte semua! 


Good night and as-salam.


Note : Review untuk Restoran Jepun Miyagi next entry okay! 

Tuesday, 18 March 2014

Dreamedge Family Day_2014

Assalamualaikum.

A hectic weekend passed happily. Last Saturday , my husband's company had a Family Day at Penang. Specific. Holiday Inn Resort Penang. 

WARNING : Entry ni agak panjang and full of pictures.



1st day : SATURDAY ( 15 March 2014 )



On that day , I'm very busy to settlekan semua post baju-baju yang customer order. Dreamedge ada 3 cawangan di Cyberjaya , Puchong and Taiping. Mostly ramai lagi yang bujang-bujang. 2 bus disediakan sebagai pengangkutan ke Penang. Coz yana  busy , maka husband decided nak naik bus dengan ofismate. I'll follow them by car after settle semua proses pengeposan. Kirenya yana lambat laaa. And lagi satu sebab bawa keta sebab nak merayau lepas habis aktiviti. hehe.

Unfortunately , dapat berita 1 of the buses ada problem high temperature. Kesian. Coz staff kena tunggu bus lain. 1 bus lagi ambil staff kat Taiping. Dugaan. And rupanya yana yang terpergi dulu. coz time dah sampai tol tu tanya husband dah gerak ke. Husband cakap belum. Erkkk. Tunggula tepi highway sebab malas nak cari hotel tu sendiri. =p

Lalu Jambatan Penang Kedua yang baru tu. Best jugak and panjang. Bila dah lama atas jambatan tu dah boring. haha.

Taiping ke Jambatan Pulau Pinang kedua  punya rate tol : RM7.10




Husband capture gambar ni time yana potong bus diorang. huhu. Bus 2 tingkat. Nampak baby Imaan kat tingkat bawah.


Pastu terpaksa follow bus diorang sebab tak tahu arah nak gi mana. Agak lambat jugak pakcik bus ni bawa , kaki dah geram nak pecut. huhu. Then , singgah for lunch kat restaurant mane tah. Lupa dah nama. Tapi best sebab makan ramai2. Lauk pauk pun perfect. Setiap meja akan ada kari kepala ikan , telur dadar , kerabu mangga , kangkung goreng belacan , sotong goreng , paprik udang , siakap masak 3 rasa and lauk lain tu kalau tak ingat tu maaf la. Sebab memang lupa. haha =p


Depan restaurant time lunch. Angin kuat.


Ootd : Yusra Jubah ( code: Y3 ) by Boutique Dayana

Dah settle lunch gerak ke hotel. Tapi tau je la Penang kan. Jem. I hate stucked in da jam. Haihh. Follow bus. Tak taula lalu ikut mana tapi yang pasti tepi bukit-bukit ala-ala Bukit Putus kat Kuala Pilah-Seremban tu. Hujan renyai-renyai. And ada pokok tumbang! mujur sekejap je stucked kat situ. huhu.


time pokok tumbang

After check in , dapat bilik family sebab dah khawin. ngeh3. Best sebab hadap laut. 





Sebab pergi Family Day of couselah free kan. Yang yana and husband stay ni type : Beach Wing Seaview. And baru cek website RM520 including breakfast for 1 night. Rate tu berbeza-beza ikut hari. If weekend semua hotel akan upkan rates. 

Selepas solat , jalan-jalan kat pantai and sekitar hotel. Anyone yang nak naik kuda pon ada. RM30/head. Kat Taiping naik kuda RM5 je sorang. Harga tourist kannn.. Sebab kat sini memang bersepah tourists yang berbikini je kat pantai. Yang tua-tua pon confident je bikini. ekeke.


Style lompat bintang
Swimming pool

Swimming pool ni only for yang pakai pakaian renang SAHAJA. Anyone yang pakai tshirt biasa memang prohibited laa. Mujur yana tak suka berenang. ( Actually tak tau berenang pun. hahaha )






Accomodation memang lengkap. Staff hotel pun sangat friendly and sabar layan pengunjung hotel. Malam tu pergi makan kat Becha Lama restaurant. Makanan boleh tahan and agak banyak. Yana makan bertambah 2 pinggan. Macam tak malu je kan. haha. Meja yana semua couple yang dah khawin , Azeem with her wife , Aisyah and Wan dan isteri. Happening even hujan dah turun agak lebat. 


Lepas membaham. Pic sebelum tak sempat nak ambil sebab semua kat meja ni Piranha.

Malang bagi yana coz jadi point of attraction disebabkan besi  mane tah jatuh kat bahu ni. Punya la kuat. Tapi mujur bahu tak de lebam or sakit. Even time besi tu jatuh semua orang pandang.. Aaaaaa.. malu sampai rasa nak nangis. Tapi lebih nasib baik sebab husband time tu pergi basuh tangan , kalau tak , hempap kepala dia kot. Yana tak salahkan kedai tu pun coz for me , menda tu nak jadi. Kita tak tahu kann.. Qada' dan QadarNya. And disebabkan peristiwa tu , sampai hari nak balik , ramai yang tanya " Bahu okey? "

Alhamdulillah bahu okey. don't worry semua =)

Balik hotel semula jalan kejap kat Night Market kat sepanjang jalan bersebelahan hotel. My own opinion "Jonker Walk kat Melaka 10x lagi best ". Sorry sebab jujur. hik3

Tidur dengan nyenyak coz katil memang cozy sangat.


2nd day : SUNDAY ( 16 March 2014 )


Start our day with breakfast. Banyak pilihan makanan macam kat hotel-hotel lain jugak tapi tak taulah nak jugak makan nasi dengan daging rendang. Sedap. Pilih meja nak hadap pantai. Tapi husband je la yang hadap pantainya. Bagi chance.




Cafe yang menghadap pantai

Our table for breakfast



Yang ni anak abang Dzulhisham , senior kat UTeM dulu. Kenal sebab rumah sewa tu yana dan housemates ambil alih lepas abang Dzulhisham habis study. Husband pun senior UTeM jugak. haha

With baby Imaan

Comel gile kannn? Dahla tak takut kat orang , senyum je. Mak ayah budak kecik ni senang hati je breakfast tanpa gangguan sebab ramai tolong jadi babysitter. =D

Pastu bermula la Sukaneka. Yana tak join pon sebab lupa nak bawa seluar track and sport shoes. Duduk and berborak dengan wife and ibu2. Tapi seronok sebab boleh gelak-gelakkan orang. haha. Layan picture sukaneka pulak okey?







Lepas tu naik Banana Boat pulak. Time tu yana dah naik bilik sebab dah panas. hiks. 


Us

Bersiap-siap nak check-out dalam kul 1.45pm. Dah settle semua , yana and husband pergi merayau. Pergi Gurney and Paragon Mall. Before tu stop kat Tesco makan nasi kandar. Apesal murah pulak harga nasi kandar ni berbanding kat Melaka dulu. Alhamdulillah kenyang baru boleh merayau. Mula-mula pergi Paragon Mall. Hasrat hati nak makan cake Secret Recipe. kat situ takde , ade kat Gurney Plaza ( rupanya Gurney Plaza next to Paragon Mall jee ). Sebab tak tau , try tanya a group of chinese woman ni. Then , diorang tak faham cakap melayu. Hellooooo , MALAYSIAN kena faham cakap melayu even tunggang terbalik pun. Dah lebih setengah abad dah Malaysia ni merdeka , tak faham cakap melayu jugak. Haihh. Terpaksa lah speaking. 


Buku comel.

Yogurt Cheese and Choc Indulgence

Then rasa dah happy makan cake and beli barang-barang comel , we were heading to our home. Sampai rumah jam 9malam. Pheewwww... Penat jangan cakap. Balik terus tidur. ZZzzzzzz....


Thanks Dreamedge and staff yang semua peramah. May Allah bless us.


As-salam.

Monday, 24 February 2014

THROWBACK : Hantaran Tunang

Assalamualaikum.

Kali ni my post nak share pasal hantaran tunang. Even dah 9 bulan dah khawin. Just untuk idea bakal2 tunang if nak buat hantaran sendiri. My theme is tradisional with maroon and orange peach colors. Just for sharing my idea ya lovelies. Keep smile.


Sejadah

Kain untuk dibuat baju melayu time akad nikah


Macaroon dalam bekas kaca

Set wallet and belt


Cupcake by Fresh  From Oven


Actually bekas kayu tu semua beli kat SSF. Alas dulang hantaran berusia 24 tahun dah. Recycle mama punye dulu-dulu. Jimat.


Dengan nenek.


Pic kat atas ni with my beloved nenek. Nenek belah ayah. Manjakan cucu. Tym belajar kat Utem dulu kalau balik umah nenek je confirm dapat duit. hek3.. And if nak makan apa2 je cakap je kat nenek. Nenek boleh masakkan. Sampai dah kawen , if husband kite nak makan , nenek akan masakkan. Sayang nenek. hehe.

Btw , my engagement outfit ialah baju convo sahaja. Shawl je beli kat Semua House. RM50 je. Takde lah cecah sampai ratus-ratus pun. Pelamin tunang pun takde. Make up pun by kawan mama. hehe. Jimat. 


Okey , yang penting ikutlah kemampuan kan. As-salam.

Monday, 17 February 2014

Bukit Merah Laketown Resort - Ecopark

Assalamualaikum.

Last Sunday both of us pergi Taman Ecopark , Bukit Merah. Tapi , dapat discount 30% secara tak sengaja. Alkisahnya , yana kena saman parking. Duk Taiping dah 9 bulan , 4 kali da kena. Aiyooo... Dipendekkan cerita , berkejar ke tempat bayar tu jam 4.15pm , kaunter bayaran tutup jam 4pm. Cisss... Sebab nampak berusaha nak buka pintu tempat bayar tu , pakcik2 yang ada kat situ cakap " Kalau nak bayar jugak hari ni pergi kaunter tiket Zoo Taiping ". 

Okey , fine sambil mengucapkan thanks pakcik! haha.... sebab dekat je antara 2 tempat tu maka cepat2 pergi zoo ( Zoo Taiping berada di dalam kawasan Taman Tasik Taiping... kau dah kenapa promote zoo pulak ni. haha ) Sebab peramah borak2 la time bayar parking kat kaunter tiket zoo tu , aunty tu cakap kalau nak kupon diskaun ambik je kat depan kaunter die. Sambil pejam2 mata nampak kupon diskaun Bukit Merah. Tipula pejam mata kannn... haha.. Ambik 2 keping je sebab segan dengan aunty kaunter tiket tu. Ikutkan hati nak ambik sebundle bagi sedara mara. 


Rezeki dapat diskaun



Tiket : RM16 ( Dewasa ) kanak-kanak around RM8-RM10 kotss... lupa...
Sebab ada diskaun around RM24 je for 2 persons.

So dalam jam 9.30am hari Ahad geraklah ke sana. Dalam 18km je dari rumah. Dekat sangat sebenarnya. hihi. Entry ni malas nak taip panjang-panjang , so akan bagi details yang penting dan best je. haha.


Nampak pintu gerbang camni masuk je jalan tu tau.



He always makes my life full of his love. Our marriage is da best thing that I have. Sedar tak sedar almost 9 months dah kawen. Semuanya bukan mudah , tapi jika sama2 work towards it , InsyaAllah the Almighty bless us. Perkahwinan itu bukan kalah atau menang , salah atau betul tetapi sama-sama nak menang. Teamwork!


Before masuk Ecopark


Junction of mind. 

Berlatar belakang kan Kampung Air

Time nak masuk Ecopark tu boleh beli makanan haiwan. Sebab silap dengar ingat orang tu cakap just boleh bagi makanan kat beruang , buaya dan ular je.. except okey ..except.. hahaha... 

Makanan binatang : RM 5


" Rusa , kau je lah makan sayur ni , my wife tu kurang makan sayur "

Da crown makes me scared. haha


Sampai berdiri2 dah haaa kambing ni. Taula I ada makanan kan. Kalau tak memang takde nya nak dekat-dekat kann kambing? heee..


Landak putih ni dah boring tengok orang. Tido je keja.



Rama-rama ni semua cantik. Tapi dah diawet. haaa... tak ingat la nama binatang macam picture bawah ni. kumbang tahi kan? sebab kumbang ni orang cakap suka buat 'biskut bebola'. hahaha





Shawl : Qalaqisya 
Baju Kurung : De'Alfa 


Time ni tak masuk pun area Tropical Trek ni sebab buka pintu nampak helang besar tengah duk pandang kita. Tutup pintu terus. Kang tak pasal2 kuar paper lak kena terkam..haha.


Peacocks yang cantik sangat. Baling roti semua serbu.  Macam piranha makan.

Pastu , husband I mesti menyesal bawa sini sebab penakut sangat. mana taknya peacocks tu semua terbang naik atas depan kita , ada je budak2 kejar binatang ni. keadaan dah tak terkawal.. haha

Bagi makan bernai , nak pegang tak berani.



Kampung air ataupun tempat penginapan yang cantik. dah view da website and tengok accommodation dia. If suka nature boleh la kan untuk orang jauh2. Tak silap for 1 night around RM390++.  


Kampung Air

Okey , dah penat tengok haiwan-haiwan , main-main dengan haiwan , time for lunch. Macam biasa kalau tempat camni harga makanan dia mahal sikit. Air milo ais pon RM3.50 tau. Sobs. Sape suka main air macam kat Sunway boleh pergi waterpark.

Waterpark for adult RM30

Next time je laa main air. Tak sempat den.

Keluar dari Bukit Merah jam 2.15pm coz pastu nak pergi cari rumah sewa lain. Doakan agar dimurahkan rezeki nak beli rumah sendiri. Ameen. Alhamdulillah dah dapat kat Taman Suria. RM500 untuk 4 bilik , 2 tingkat , dekat dengan air terjun , dekat with my husband's office , area Taman Tasik Taiping. Tapi tengah memikir nak buat apa dengan 4 bilik sebab 2 orang je. Main kejar-kejar. haha.


Okey , jumpa lagi di lain entry. As-salam.