Sunday 12 April 2015

Teluk Batik , Lumut

Assalamualaikum.


So far hari ni rasa badan sakit , kaki lenguh sebab semalam meletihkan diri pergi ke Teluk Batik , Lumut. Orang cakap Lumut ni tempat pelancong. Ok , rasa nak terjah. Tapi akhirnya hampa sahaja yang dapat coz for me , it is not worth.



Bertolak dari Taiping after lunch. Tengok jarak macam dekat je ni. Ikut highway Utara Selatan tu and exit di Tol Jelapang. And then dah mula terasa kenapa jauh sangat ni... huhu. Sampai  pantai Teluk Batik tu jam 4.30 petang okay even bertolak jam 2 petang. Time tu badan dah lenguh dah. Pergi solat di Marina Island. And ternampak Coconut Shake. Okey , nak try. Stop di situ.



Coconut Shake



So far mengubat rasa rindu coconut shake kat Melaka tu. Sedap jugak. Minum air kelapa ni nak bagi baby keluar bersih , mulus-mulus gitu. Orang tua cakaplah. RM 4/ each. Kedai ni tepi bridge Marina Island tu je. Kedai memang ramai orang. Marina Island tu tempat jetty nak pergi Pulau Pangkor. 



Then , pergi area pantai Teluk Batik. Sebab ramai sangat cakap best pergi Lumut. Teluk Batik tu area Lumut ya. Hurrmmmm ... sampai je tengok sampah banyak jangan cakaplah. Pasir pantai pun tak cantik sangat , al maklumlah pantai area sepanjang Selat Melaka. Prasarana dah lengkap and bagus cuma cara pelaksanaan tu tiada. Mood kat situ memang tiada. So , gambar ambil sikit je. 






Kedai yang jual-jual banyak. Tapi macam suram. 










Suami tak teringin langsung nak mandi pantai area sini. Tapi tengok memang ramai yang mandi and ada jugak banana boat. 5 minit je kat area ni lepas tu both of us terus patah balik gerak ke kereta. haha.








Ada jugak jual makanan kering camni. Tapi tak nampak pulak yang jual makanan goreng-goreng ( ikan goreng tepung , sotong celup tepung , udang , keropok ikan  keeee ) macam kat Tanjung Lumpur , Kuantan tu. I is sad.








Okey , so pastu kitorang dua balik Taiping. haha. Tak best langsung rasa. Jujur ni. haha. Tak nak pergi dah Teluk Batik ni. Cukuplah sekali. Itu membuatkan kerinduan kepada pantai area pantai timur yang cantik. Bukan rindu kat pantai je , rindu kat makanan goreng-goreng area sana pun ya jugak. Lepas bersalin la gamaknya baru boleh pergi. huhu. 



Conclusionnya , Kecewa + Penat badan yang dapat.


Time balik tu jumpa jalan dalam ke Taiping. Dekat okay lalu sini. Sampai Taiping dalam 1 jam suku je perjalanan. Nyesal lalu highway time pergi tu. Ingat lalu highway lagi dekat.



As-salam.

No comments:

Post a Comment