Wednesday, 18 January 2012

:: Sharing Is Caring ::

Assalamualaikum.



syukur alhamdulillah masih bernafas arini sama macam bunga dalam botol air kat atas ni. sweet kan pic tu?  Yana just want to isi masa lapang setelah masa sempit telah berjaya diharungi even macam rase diri ni under pressure like kena tekan dengan jentolak yg ratakan jalan raya tu. isk3.

when berfacebook , yana nampak quotes ini. 




Kalau kita rase kita pandai , still masih ada orang yang LEBIH lagi pandai. macam kisah Nabi Musa a.s and Nabi Khidir a.s tu. Allah menegur sikap Nabi Musa. itu kisah para nabi. inikan pula kita as hambaNya yg lemah ni kan.

That's why when people ask u to teach them , if mampu silalah berkongsi kepandaian yg Allah berikan tu dengan sebaik-baiknya. pahala yg berterusan when ilmu itu diajar and digunakan. tak perlu if kedekut ilmu or sorok2 ilmu. Alhamdulillah , my classmates are not like that. kalau facebook class tu dekat2 test or final exam , penuh dengan sharing2 input , tips. berusaha untuk ambil gambar soalan and jawapan and post kat group fb class. thanks my classmates. even class yana ade banyak kaum. semua ada. mesti after habis sem depan confem rindu nak dapat notification from BENC 2008/2012. hik3.



Udang nak expose lebih cikit. kerang lak main nyorok di celah2. 

itu sepatutnya char kuey tiaw but kuah tetibe ilang lesap and teros jadi kuew tiaw goreng. first tym la katakan nak buat char kuey tiaw nih. yana masak untuk 3 orang. selalu tengok orang masak kat kedai satu-satu. but , yana teros masak untuk 3 orang sekaligus. pemalas kan. dahla kuey tiaw tu banyak. memang lesap la kuah die. haaa ... makan je la yat dengan yas ya. kih3.

HAPPY SEMESTER BREAK! 

salam from yana...

Tuesday, 17 January 2012

bace sila senyum okey!

Assalamualaikum. 

for my future-husband to read this.. who? yana pon tak tahu.



BUT....
Then , you will realized dat...






nyte and salam.

Friday, 13 January 2012

:: Part 1 : Please putarkan semula memori bersama mereka ::

Assalamualaikum.

I'm officially 22 years last few days. ( 10 Januari ). back to 9 years ago yana bile umo 13 tahun. jom kembali ke mesin masa tym2 yana rindu sangat friends yana and SMKA TAHAP dulu. serius rindu! school tu kat Jerantut je. merase laaa first tym yana duk berjauh dengan mama & abah. tak penah jauh dengan mama. padahal 10 minit je pon dari umah. and tiap2 ari wajib tengok keta abah lalu depan TAHAP nak gi tempat keja. ( motip? nak cakap school yana tu dekat la ) haha.

Awal2 daftar tu tak nangis lagi ... balik je mama , mengalir teros air mata tu. bukan setakat mengalir , menangis macam ilang ape tah. minggu orentasi tu kat dewan makan nangis , dalam bilik nangis , tym activiti orentasi pon nangis. sampai satu sekolah kenal.. cikgu kaunselor ape tah ag ( ingat lagi cikgu kaunselor tu nama cikgu puteri ) ... muahaha

mane taknye , mama tiap2 ari datang melawat dalam seminggu tu. HOMESICK. sampai kawan yana , si Nadiah ni penah r cakap kat yana tym form 3 dulu. 



Nadiah : " aku ingat lagi ko nangis dulu tym Form 1. ko nangis kat toilet. aku ingat ko duk PENANG "
Yana : " hahaha.. padahal umah dekat giler "

cess. mesti die ingat orang jauh2 je nangis. orang dekat pon boley. hahaha ( Nad , sori aku amek gambar ko yg cantik nih. ak tahu ko mesti sengih2 ..hoho ).

teringat dengan Nadiah dulu tym awal2 Form 4 sebelom pindah sekolah. class Arabic yg sangat wat kami cuak. ustaz suruh sorang classmates bace ayat  and then salah nahu ( sebutan ). ustaz tu jerit " Iftoh qomus " banyak kali sambil pukul meja sampai class sebelah dengar.  mahu tak berdebar yana dengan si Nadiah ni kat belakang. dah la tak bawa kamus. on da spot capai buku rujukan Mathematic yg berbalut and pura2 selak macam cari word dalam kamus.. haha.. bayangkanlah betape takutnya kami dulu. =D

Rindu kat mereka2 yg kat gambar bawah ni sumer. sobs3.




Yana yg color pink tu. Rindu kat Aisyah , Adilah , Ijat , Azila , Aini. Najihah ( color ungu tu ) je loss contact teros. facebook die pon xde. tanye orang pon ramai tak tahu. sape2 yg pernah school Kolej Tunku Kurshiah tahun 2005-2006 plez bgtau die kat mane. rindu. huhu 

penah la sekali tym prep malam tu , black out. so , apelagi kelam kabut la abang and kakak senior suruh semua balik asrama. sebab class 2 Ibnu Rusydi tu jauh dari orang , tak dengar la. disebabkan member meja sebelah yana tu anak pengetua TAHAP ni. yana panggil die Adilah. kawan dari sekolah rendah agi. Die ajak gi umah die yg tak sampai 500m pon dari class. yana , aisyah and ijat pegilah umah die. hehe. siap makan and minum agi. then , warden call umah die tanye ade tak kami 4 orang kat situ. kami ni musykil la. rupenye diorang kat asrama kira orang cukup ke tak. ade 4 orang ilang. kami la tu. muahaha..warden takut la ape2 yg buruk. tengok list name. cehh.. ade anak pengetua. mestilah warden syak kami kat umah die. memang betol pon. haha.



Ini pic tym first day of PMR. ce cari yana yg mane? hik3. 

Tahu tak ape yana paling rindu kat TAHAP

  1. BLUEHOUSE. haha.. mesti korang semua tak tahu kan? tu merupakan port kul 5 until 6 petang setiap ari. tempat mandi terbuka. tapi adela tembok tinggi. kat sini mandi sejam main air. baling2 air. havoc gile tempat ni. sampai kecut habis jari2 ni. tempat gosip paling meriah. paling ingat. sape nila baju putih jadi paling ungu. haha.. 
  2. Subuh kat surau pagi2. ingat lagi. ade satu kejadian. ngantuk gile tapi gagahkan diri pegi surau. budayanya , aspuri memang akan siap2 pakai telekung then jalan 200 m gi surau. minggu tu kecoh jugak ade anjing dalam kawasan sekolah tapi wat dunnoo je memasing. malas nak heran selagi tak kacau. tym nak gi surau tu nampak da ade anjing tu kat depan. die macam nak gi arah bertentangan. COOL jalan lagi. sekali pusing belakang, anjing tu wat U-TURN macam nak kejar kitorang, anjing tu apelagi kejar r bile nampak kami lari..haaa.. korang bayang la kitorang pakai telekung lari pecut sampai masuk surau. selipar memang tercampak habis.. hahahha... ilang ngantukkk.. kah3
  3. DEWAN MAKAN. haaa... ni memang adik2 junior kena buli kot. korang bayangkan. if dalam satu barisan tu ade Form yang lebih besar. memang xde harapan la nak makan awal. sebab kawan2 akak tu akan memotong barisan ( istilah lain: MENYENTOT. ). habis satu batch masuk line. memang turun temurun. hahaha.
  4. SURAU. memori kot dalam ni memasing. siap ade port2 ag. belah kiri port Form 5. belah kanan port Form 4. Depan tu port budak2 Form1 and Form 2. belakang dorang lak port Form 3. al-maklumla, Form 3 tu memang tak leh nak cakap hape la. nakal kemain. pastu bile besar menyesal. hadoiii... tym ustaz2 bagi tazkirah kalau ngantuk sangat tu tido. sorang tido cium lantai pastu yang lain sambung tido sandar kat belakang die sampai la yg seterusnya. kadang2 tu, sampai bergaris2 muka tido.. bangun tym nak solat isya'... tapi cube abang2 senior yang kitorang suke bagi tazkirah , segar terosss. gatal betul sensorang nih sumer. =D



After habis exam PMR, sekolah tu macam wat sekolah sendiri. balik hostel after time rehat. pastu tido kat bilik. then balik umah memasing sampai berminggu2. orang lain sekolah , budak Form 3 school yana yg nakal2 nih sumer duk goyang kaki kat umah, x mo balik hostel. yang baik2 je still duk kat hostel tu. even ade yg nakal and yg baik2 but kami memang rapat. assabiah form orang cakap. jangan nak kutuk2 la form ni. nanti perang dingin dengan form lain. haha

Then time Form 4, ramai yg pindah sekolah sebab dapat tawaran. menangis bagai nak rak kat pagar aspuri tu time salam2 satu batch. sedih tahu. siap pasang lagu lagi. lagi kuat lak melalak sedih nak tinggalkan diorang sume. huhu. okay , nanti next entry. yana story mory lak yg Part 2 bile pindah sekolah baru. heee...

nyte and salam =)

Wednesday, 11 January 2012

~ Serius suka EXAM sebab ?? ~

Assalamualaikum.




ni entry tym rest sebentar bersama malam yg dingin + sejuk. owh exam...

Alhamdulillah settle sudah 2 paper. satu kira2 and satu lagi theory yg berguni2. theory itu la yg lemahnye.  terbace post status kawan kat facebook yg cakap lebih kurang camnilah maksudnya, bila makin banyak dosa, makin susah  la ingatan. sobs3.

pic di atas adalah port study yang sangat best bagi yana kat rumah sewa ni. katil tu bawa dari Pahang okay. ( padahal abah suh angkut dari dibiarkan duduk dalam stor tak guna2. apelagi.. angkuttt ). sebab ape yana cakap suke EXAM? antara sebab2 yg rase best adalah: 

  1. Rase menjadi pelajar yg rajin. haha. al-maklumlah , nak cover subject satu sem ni dalam a few days memang cabaran. so, push diri agar jadi rajin. kalau tak , nayo. selama ni memang jarang nak rajin. haha.
  2. Nota2 bnyakkk sangattt. ni pon satu hal. kalau tak, nota nampak sikit je tak print2. datang class salin dalam buku pastu tutup. da dekat exam RASE BEST TENGOK NOTA MACAM LENGKAP. haha. plezz la jangan tiru.
  3. dapat main pop kuiz reramai. haaa.. ni kalau part theory. mula la, jom soal jom. haaa.. tanye lagi and lagi. best tau tanye2 dengan kawan2 ni. tq housemates! love u oll's la. hik3.
  4. merase la duduk dalam dewan exam.best tau.haha.. kalau bukan exam , memang tak jejak kaki ke kompleks sukan UTeM sem ni. nak bersukan? memang tak de la kann... =p
  5. sebab nanti tak jawab exam da after habis study! fine2... 

okey, sambung la semula study Embedded System nih untuk exam esok petang. last paper tahu. pray for me ya. nyte & salam.

Saturday, 7 January 2012

~ Nerd ?? ~

Assalamualaikum. 

budak kat dalam pic tu bagi salam. sila jawab. heeee.




okes. mood yana tym minggu exam ini adalah nak story mory about NERD. what's nerd?

Nerd yg selalu kita tengok bile a person wear spec yg bingkai tebal tu, pakai tuck-in , skema ikot peraturan asrama ( punye la tak suke peraturan asrama dulu2.. haha ) and it's more about personality.

tapi yana sangat suka bile orang nerd tym study. bagus. rajin2 kan diri. tapi yg nerd tak kena tempat ni yg yana meluat. hoho.. memang tak boley geng maaa... rasenya dari zaman darjah 1 sampai la ke UTeM ni memang yana x ngam dengan orang yang nerd2 ni. haha. 


Mostly orang yg nerd ni TAKDE LIFE. xde story nak cite kat anak2 cucu die. takkan nak citer , dulu class mummy start kul 8 pagi , then mummy kawan dengan classmates mummy je , mummy tak pernah langgar peraturan. ( hahaha.. GELAK ) please ... even you are naughty , you still have a time with your frends , keluar hang out dengan housemates you , boley bercampur2 dengan semua orang , bukan duduk & hidup macam katak bawah tempurung. nak campur dengan orang lain pun tak nak. family pon tahu pergerakan you , it's ok. tapi , study WAJIB ok. no compromy ~ betul ke yana eja tu?? isk3..





ni quotes yg dipinjam. haha. your life is yours. when good with others , so people will good towards us. Have a life!




ni mostly tym study week. kunun kepenatan. sekali ... tido lama. pray for me for my second paper on 11 Januari then last paper 12 Januari. next entry nanti after exam k? rindu kat geng2 tym school dulu. i will story about them later.. =)

Jadilah person yg berguna untuk agama , bangsa & negara. salam sayang dari yana.

Sunday, 1 January 2012

Tahun Baru ?? Lapar.

Assalamualaikum.

petang Ahad yg sakit kepala. kenapa ya? sebab study kot. padan muka. sebab: subjek satu sem nak study dalam mase a few days. mostly students engineering camni kot. MOSTLY. bukan semua. clear? hehe.


Ini muka excited nak masuk kedai.

malam tadi orang duk bz sambut New Year. yana tak suka. jalan jem, ramai orang kat semua tempat , line handphone macam tak de line , line internet pon ( yeke internet ade kaitan? yekot. listkan je semua.. haha ). then time2 ni la ramai muda-mudi kat pantai yg gelap & tersembunyi tu. tup2 bulan September nanti statistik kes pembuangan bayi meningkat. apela nak jadikan... 


caption: bukan best pon duk tempat gelap tu. takde rase nyamuk sedap isap darah ke? 


tapi , dinner jangan dilupa. so, kami warga rumah sewa ni memikirkan ke mane nak isi perut. We alwayz order je kat Kedai Cahaya Tasek tu. msg je kalau nak order. da siap amek. tak payah nak tunggu2 kan. Al- maklumla regular customer. hehe.

So , malam tadi , we are here : The Windmill Station  ( again ... hehe )



tu Izah and Ckin punye makanan. kemain lagi kan nak western. 


But , yana pon same je. kih3. yana makan Hot & Spicy Fish. sodap. tapi cicah die mayonis , teros bagi kat Izah.  Yana cicah dengan sos je. Tak suka mayonis. ape2 pon, kat sini , pasta , spagetti & western memang sedap.


tekak rase kering , yana order jus tembikai. selalu bab2 coffee ni memang feveret. Ni baru gelas yg regular , bukan yg big size. kalau big  size boley share 2 orang. 



bace sendiri caption kat pic tu. =)






haa. yg officially roommate tu yana amek kat cover picture roommate sendiri. credit to yat for dis picture yg berdua nih. siap edit da pic ni. suke! ( nanti dengan husband sendiri ley la amek pic camni ... haha .. tak tau sape lagi husbandnye... dengan roommate la dulu. hihi. )




sape2 yang melukakan hati housemates2 saye ni maka garpu itu bakal yana cucuk2 ke arah anda. beware! 
 

salam from Cik Nur Dayana di petang ahad ini. =)

Wednesday, 28 December 2011

~ Bisikan ~

Assalamualikum.


jadilah wanita yg bijak berfikir.
untuk masa depan mu and anak2 mu.
anda yg akan memilih.
anda diberikan pilihan.
bukan hanya menunggu, malah anda juga berhak ditunggu.


wahai wanita...
jangan terpedaya dengan janji manis and hadiah yg belum sama nilainya dengan dirimu.
apatah lagi hinaan and makian yg diterima.
berfikirlah sebaiknya.
kerana dirimu begitu berharga.
jangan diberi hatimu yang ikhlas menyayangi itu pada insan yang mensia2kan dirimu.
berilah pada insan yang akan menjagamu.
benar kata orang...
Cintailah orang yang mencintai dirimu.


wanita itu letaknya bukan di kepala untuk dijunjung.
bukan di kaki untuk dihina & disia2.
malah ia dekat dengan hati agar disayangi , dicintai & dilindungi.
wanita itu sifatnya rapuh...
sekali ia pecah ia tidak mungkin kembali pada bentuk yang sama.

Tika memilih.
Biarlah secara berfikir. 
agar kelak dirimu bahagia.
bukan berduka.
Wanita itu kuat kerana dia menjadi pendamping suaminya kelak.
ibu pada anak2nya.
kini wanita juga bekerjaya.
Jagalah diri agar dirimu dihormati.


pada yg sudah memiliki.
jagalah dia. 
kerana sekali dia pergi , dia tak akan kembali.
percayalah. kerana...
sekali wanita itu terluka , dia akan mengingati luka itu dan berlalu meninggalkanmu.


salam sayang dari Nur Dayana untuk semua. =)