Sunday, 19 January 2014

RESIPI : Salad and Ayamtato

Assalamualaikum.

Here a simple dishes yg senang plus sihat gituuu. Masak tym semalam nih. Masakan kali ni yana just guna olive oil sahaja. And very simple. Jimat masa dengan bantuan teknologi. ngeh3..Coz on that noon , I have to settle some matter ( beli kain sebenarnya untuk next collection. ) So, sampai rumah berkejar2-kejaran nak masak sebab dah janji dengan husband nak masak. Eheee....

Here we go!

SALAD


Eatclean 


Bahan-bahan :

- Salad hijau
- Salad color purple2 tuuu...
- 2 biji tomato ( potong ikut suka )
- 1 biji bawang besar
- Tauge color hijau ( bukan yg color putih )
- 3 sudu kacang tanah
- 2 sudu olive oil
- setengah biji perahan lemon 
- kismis


Cara-cara :

- Potonglah semua yg patut dipotong macam salad , tomato , bawang besar. Ketepikan.
- Goreng kacang tanah tu dalam kuali. Tanpa minyak ya sayang2 semua. Dah siap goreng , guna la pelbagai cara nak bagi kulit kacang tu tanggal. Pastu , blender. biar hasil blender tu kasar2.
- Campurkan semua yang dipotong , kismis , olive oil , tauge hijau, perahan lemon. Gaul sebati , dah siap tabur kacang tanah yang diblender tu. 


Yang ni bukan bekas , ini tempat gaul2. wink!

Masukkan dalam mangkuk anda untuk dihidang.

Settle! Jom buat ayamtato pulak.


AYAMTATO

Haaa, yang ni lagila senang. Main tinggal-tinggal jer. Ayamtato tu sebab ayam  potato + tomato. hahaha =p

Bahan-bahan :

- Ayam
- 2 biji kentang ( dipotong dadu )
- 1 biji tomato ( potong ikut suka )
- 2 biji lada kecil
- 1/1/2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kicap manis
- sedikit perahan lemon
- 1 biji bawang besar ( dihiris )


Cara-cara :

- Rebus ayam. Toskan and perap dengan sos tiram and kicap manis. Balut and masuk oven. ngeh3
- Rebus kentang yang dipotong dadu tu. Toskan.
- Ambil kuali , letak sesudu olive oil. Masukkan bawang besar, lada kecil , ayam yang dah siap oven tu , perahan lemon and tomato. Semua ni perlu gaul sebati dalam masa kurang 1 minit ya kawan2... Then , siap.


Nyum2

BANANA + STRAWBERRY JUICE


Cik Strawberry


Ni paling senang. Ambil lah pisang beberapa biji , strawberry , sedikit kacang yang diblender ( amek lebihan kacang time buat salad tu. hehe ) and 1 mug of milk. NO SUGAR... Then blend. Kite guna Pihilips juice blender. Thanks to yg bagi hadiah kawen bulan 5 tahun lepas. Baru nak guna. hehe.

Thanks ya.

Thanks sangat sebab semua barang elektronik dapur semua yang branded2 hadiah kawen. Microwave , rice cooker , electric thermoflask , periuk-periuk, multicooker, blender macam-macam jenis ( stock boleh guna until 20 tahun akan datang sebab dapat banyak. hehe ) Rezeki kawen tahun lepas kan. Alhamdulillah. Kad-kad ucapan yang kat hadiah semua simpan lagi tau , kenangan. =D


Okey, Selamat mencuba ya. Simple but healthy. Sesuai untuk sesiapa yg berdiet coz lemon membantu meningkatkan metabolisme dan baik untuk sistem percernaan. Itu fakta bukan auta! hehe. As-salam and goodnyte.



Love,
Nur Dayana ......



Monday, 6 January 2014

Miscarriage : No Baby Yet

Assalamualaikum semua.


Currently doing some works. For my online business = Boutique Dayana. A lot of things need to do even tengah berpantang. Coz dis new collection will be reveal very soon. Tertangguh sebenarnya due to my miscarriage. Okey , next entry I'll tell more about clothes ya? 

M.I.S.C.A.R.R.I.A.G.E

Yep , it happened last Friday ( 3 January 2014 ). Actually , dah redha sebenarnya coz setiap yg berlaku itu ade hikmahnya. kan Allah itu sebaik2 perancang. 


Malam tu masuk tidur jam 11.30pm after minum a mug of milk. Then , terbangun jam 4am in da morning coz ade rasa sakit. Pergi toilet. Yes , setiap hari I'll wake up jam 3am or 4am untuk buang air kecil. But , that early morning ade keluar darah. Ingat nak pergi check-up dengan doctor kat clinic esok paginya , so that's why nak try tidur balik. My pregnancy almost 2 months. My husband and I memang dah tak boleh tidur. sakit macam rasa senggugut. Suruh husband prepare and took a bath , solat subuh semua baru nak pergi hospital. 


On da way ......


Sakit tu jangan cakap. sampai dah duduk kat bawah dalam kereta. Suddenly , terasa ade 'something' yg keluar. Dalam hati dah cakap takde rezeki dah ni. It's true. Sampai 24hours emergency , doctor terus tengok. Lucky for me coz dah siap2 pakai pad. Kalau tak , tak taula nak cakap ape bila dah terkeluar ... Doctor memang dah keluarkan sedikit dari rahim tapi bila scan masih ada sisa2 yg terlekat. Operation , she said... seumur hidup tak pernah masuk wad mahupun operate. Husband dah call mama semua time tu. 


Cuci .....


Masuk operation room , sejuk ya amat. Oooo.. camni rupenya bilik bedah. Doctor explained about the process , but because I panic time nak bagi bius , doctor tu cakap nak bagi oksigen. Pengsan sudah.... When I opened my eyes , sedih sangat rasa sebab macam ada rasa kehilangan yg besar. I cried sampai tersedu2. Iyalah , coz selalu bergurau dengan suami pasal baby. Tapi , dah takde rezeki kan. Juz accpet it. 



Warded .....


Admitted for 1 day only. Itupun dah rase boring sangat. My mama and abah came. Tak nak nangis depan mama even dah bergenang2 air mata ni. Thanks to all my friends and family coz dapat moral support. Rupanya time kena admit tu , mama and husband pergi cari hadiah birthday. hadiah besar sampai kedai tu kena delivery. hihi. Kira advance la birthday tahun ni punye hadiah. Thanks mama!



Berpantang .....


Pantang sendiri je coz I think only for 2 weeks. My mama and abah pun keja. So , takde orang jugak kalau balik Pahang pun. For 2 weeks ni memang my husband la buat semua keja. even masak and laundry pun. Thanks abang , yana MC juz for 2 weeks je. hik3. Suami memang tak bagi yana buat kerja rumah sampai basuh pinggan pon x payah , si dia suruh letak je dalam sinki , after si dia balik keja , akan settlekan. How grateful I am dapat husband yg penyayang camni. 



I need to rest. Tired to see da laptop for hours. Ape2 pun dah buat list nak makan apa lepas habes pantang nanti. hik3. Nasi Arab , please wait!


p/s: Sorry for a long story. weeeeee... As-salam.


Love ,
Nur Dayana.

Sunday, 1 December 2013

RESIPI : Nasi Ayam Marvellous

Assalamualaikum readers..

Happy Sunday and mood arini tetiba nak makan Nasi Ayam. So , kite buatlah after research so many blogs yg ade post pasal Nasi Ayam. And I had choosed recipe from blog The Kasihs. Sebab bace die cakap sedap and marvellous super duper yummy , maka kite pon teruja la nak guna recipe die. hik3


SUP

kita buat macam sup ayam biasa kite buat. gituwwww...

- 1 inci halia
- 1 bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 1 kulit kayu manis
- 1/2 sudu besar jintan
- 1 sup bunjut
- garam

Then , masukkan sikit minyak agak2 2 sudu besar. Tumis semua bahan tu and masukkan ayam. After lebih kurang 10 minit , dah kuar air ayam tu baru masukkan 3 mangkuk air. Sup ni nak bagi air banyak ya coz nak guna untuk masak nasi pasni. 

Sup dah setel , amek ayam tu semua and toskan. 


AYAM

ayam yang dah diambil dari sup tadi and tos kite perap dengan :

- sos tiram
- kicap cair
- kicap manis
- madu
- 3/4 titik minyak bijan




Then biarkan diperap. Standby for goreng. tapi bila goreng tak perlu goreng lelama coz time kite buat sup tu dah masak kan....


NASI

- beras ikut suka berapa ramai nak makan
- kulit ayam jangan buang time siang ayam. basuh bersih2 and guna untuk masak nasi
- 3 sudu majerin/sedikit minyak
- 3 biji bawang merah 
- 3 biji bawang putih 
- 1 inci halia

bawang semua and halia tu hiris dulu. Tumis , and masukkan beras. Then , masukkan sup ikut sukatan macam paras air masak nasi.



KUAH LADA

- 4-5 biji lada ( merah )
- 1 biji bawang putih
- gula/garam
- 1/2 sudu besar cuka makan

Then blend. Dah siap blend , masak dalam periuk and masukkan 2 sudu  besar cili sos. 


KUAH KICAP

- Guna balance perapan ayam tadi. Campur dengan kuah sup sikit. Tambah kicap manis. 


Siap!

Hasilnya camni. hehe. Memang sedap la bila guna resipi dari sis The Kasihs. 



Okey , sup tu kite lupaaaaaa nak letak daun sup. sobs. haha.

Ape2 pon have a try ya. Memang tak rugi. yummy!

As-salam people. 


Wednesday, 6 November 2013

RESIPI : Bibimbap marvellous!

Assalamualaikum and good morning love!

Malas nak citer panjang2, we go straight to da point eh eh. Yesterday , buat Bibimbap ( korean cuisine food ). Alhamdulillah habis and my husband pon suka. wink!

So, I want to share recipe yg dapat from whateverpapeje.blogspot.com

Thanks kak coz share resipi yg super duper yummy tu! nyamm!


BIBIMBAP

Bahan2 : 

- 1 ikat sayur bayam ( I terbeli sayur kangkung . belasah je la.. hek3 )
- 1 cawan daging 
- 1 cawan lobak 
- 1 cawan cendawan shitake
- 1 cawan cendawan enokitake
- 1 potong ikan salmon ( saje je tambah ni. tak de pon takpe )

- Minyak bijan untuk makanan
- 1 biji bawang putih ( ditumbuk )
- 1 sudu makan kicap soya
- 1/2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu bijan panggang
- 1-2 biji telur
- Garam/gula



Cara2 :

- Daging kena perap dengan kicap soya , kicap pekat , bawang putih and garam. Biar dalam masa 30 minit.
- Tunggu daging diperap , rebus sayur bayam tu. Cendawan enokitake tu rebus air and then celur. pastu rendam dalam ais kejap.
- Pegi goreng sekejap cendawan shitake and carrot tu. 
- Rebus ikan salmon. dah siap , carik2kan isi ikan tu. Tak kan nak makan seketul ye dak? heee..
- Goreng daging.

Dah siap semua , goreng telur separuh masak pulak. 

Then bolehla hias susun2 ikut daya kreativiti anda. wink!


Bibimbap ni makan with Sos Gochujang

Sos Gochujang punya bahan2 :

- 4 sudu makan taucu.
- 1/2 sudu teh serbuk cili or 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan gula 
- Minyak bijan sikit

Taucu tu masin kan?? so , basuh ala kadar. Terlebih basuh lak ilang pulak masin die. Nak sedang2 aje masinnya. Pastu campur semua bahan untuk sos tu. Gula jangan lupa lak.


Bibimbap ni makan dengan nasi. kira kalau gaul boleh jadi macam nasi goreng like dalam citer Fullhouse tu. 

Tadaaaa!


My homemade Bibimbap



Kemain  nasi tu nak isi dalam mangkuk jugak. Banyak sangat hadiah kawen pinggan mangkuk. Dalam kotak pon ade simpan lagi. Dah 2 orang je kan dalam rumah.... =)

Portion Bibimbap ni suitable for 3-4 persons. But dalam rumah ni buat masa sekarang , I dengan husband je. Anak2 takde lagi. eheee... So , both of us pulun makan dua je la. Siap boleh repeat makan time tengok cite jepun Attention Please lagi. Alhamdulillah kenyang.


Selamat mencuba!

As-salam and love by Dayana.

Wednesday, 16 October 2013

Salam Aidiladha!

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha. Both of us celebrated this eid at Kelantan and also Terengganu. Excited sebab merasa balik kampung jauh. Kan selama ni rumah nenek juz 10 minit and 30 minit jer. Dis year , hamekk , dalam kereta 5 jam. haha

Ari nak balik kelantan tu siap confius2 lagi dengan husband. Nak balik 4 pagi esok ker 4 petang. Nama pon cuti kan , after asar baru gerak balik. 4 pagi laaaa sangat. kuang3. aptb.



Husband tengah panaskan enjin kereta and as usual , si dia la mangsa suruh amek pics. hehe. Balik jauh2 kena la pakai yg comfort kan. So , I'm wearing skirt and top. Shawl tu tetibe terajin wat camtu. Kalau tak , haaa ... macam pic sebelah tu je pakainya. kiki.


Alhamdulillah sampai jam 11.30 malam. Badan dah penat sangat tapi tak boleh tidur , jeles pulak kan tengok husband lena tido. Tak leh yana , kau kena tidur jugak. Wargghhh .. jam dah kul 2 pagi baru boleh tidur. Nyte everyone....


Esoknya , teman mother in law pergi rumah orang and kupas2 lada and bawang. Pijar tangan ni jangan cakaplah. sobs. First time kan kupas banyak2. Tu laaa , dulu nenek ajak pergi kupas bawang rumah kenduri tak nak. Kan dah takde experience. haha




See , comel je kan pancake nih. Takde patah2 kelepet2 kan. Selalu buat tak jadi sokmo. Pernah je kantoi dengan husband jumpa pancake tak jadi dalam tong sampah.. hahaha. Mother in law jugak yg ajar wat rupa camni. Yeah! I got da secret recipe. Pasni husband tak boleh dahla nak gelak2 when I'm making a pancake..hihi. Kerutuk pon dah belajar. Semangat siap ajak husband pergi cari rempah kerutuk kat pasar siti khadijah tu. =p


P/s : kalau tak reti tu mengaku je kat mak mertua. Like me , mengaku awal2. Terus di ajar. Ingat senang belajar resipi orang2 berpengalaman nih?? 


Dah balik Kelantan , pergi jalan2 kejap. Makan nasi ulam. wink2. gambar nasi ulam takde , gambar we olls je ade. keh3.



Ape pandang2?? lol .. =p



Haihh , rindu vitara merah yg selalu guna time belajar dulu. Kat rumah family in law pon ade. Color je beza , putih.=)



Bawah bangunan tu pon ade kedai nasi ulam. Husband bawak pergi kedai Nasi Ulam in front bangunan ni. Nyum2 sangat. I love da scenery. Klasik.




Pintu gerbang. Sape yang pergi Kelantan kalau tak amek pic depan ni kira orang tak cayalah kau pergi negeri ni. haha. So , I have to make sure ade pic dengan pintu gerbang nih. heee...




Rembat basikal adik ipar bongsu I dulu. Kak Ngah nak exercise. haha. So far , I have a great fun here. We celebrated this Eid at Permaisuri , Terengganu. Rumah tok ( his grandmother's house ). Pergi tengok lembu kena korban secara dekat even lembu tu agak 'bekeng' but sebab orang pegang ramai2 , berani lah tengok ... Kalau tak , diri sejauh mungkin la , tak pun dalam kereta , tinggal tekan minyak je if anything bad happen.. haha.




Adik ipar , Nidzam dukung baby. Ape kena nampak budak tu meronta2 nak lepaskan diri. haha. Cute baby!



Time ni la dah nak start korban. Alhamdulillah selamat dilakukan. 



Dah nama pon raya kan , so kena la ade pic raya. Juz wearing an abaya and a plain shawl. Match with my husband's baju melayu. hehe. Ok , time's up! Hope we gonna to see uolls in da next entry! Salam Aidiladha.

As-salam. Love....

Thursday, 3 October 2013

Amore!


Assalamualikum people and selamat petang. 

Manusia mana yang paling rapat tika ini? Of coz la family kita and bestfriend kan. Tapi ada seorang lagi for me. Yeah , my husband. Dengan husband memang totally akan share everything. With parent kadang2 tak nak susahkan hati mereka. Kan dah besar. But , if nak resipi ke , tanya mama or nenek. hehe.




My husband is simple. Biasalah lelaki kan. But he was matured and of cozlah wife dia ni tak sangat kan. Eheee.. Perangai budak2 and buat die geram je nak sekeh. hehe. Banyak yg baru belajar after khawin. Grateful to have him as my husband. He was a good listener and supporter too. Time tengah stress2 tu nangis2 and call. Lega sikit kepala kan. Lagi stress sebab now tengah jarak jauh. Kuala lumpur-Perak. Tapi dah x lama dah. sikit lagi yana. hehe. Really tak sabar nak settlekan all da matter ni before balik Perak. Doakan interview yana next week ya dearies. =)




Yup , I'm totally cannot accept hubungan jarak jauh ni. Rindu. Even kenal husband tak lama but itu yang manis. Apa yg ada pada berapa lama hubungan tu. Yang penting persefahaman. And bakal pembimbing kita ni mampu membimbing kita ke jalanNya. Itu yang penting. Kalau sebelum khawin pun dah pegang2 , biar je aurat tu terlepas bagi lelaki lain tengok and yang paling teruk dating sampai tak ingat solat , itu ke namanya pembimbing yg baik? Adik2 semua , pilih betul2 ya , tanya family dulu , bagi jumpa family dulu. Mata hati ibu bapa ni selalunya betul and minta petunjuk dari Allah. =)

Thanks abang coz imamkan yana and bawa pergi masjid if berkesempatan. Itu yang suka kat perak coz boleh spend time together. Pergi pasar malam ke , masjid ke , breakfast minum air susu lembu segar. Yummy! Yeah , living cost jika nak dibandingkan kat kuala lumpur ni memang tak sama. Kuala lumpur sebab bandaraya besar , maka semua mahal. Safety tu memang kurang , kat condo ni dengar orang jerit kena ragut tu perkara biasa. Scary betol. Syukurlah Malaysia masih aman kan. *Sigh





Time ni event Raya showcase aritu at PICC. Company tempat husband keja yang anjurkan. Best and dapat kenal staff2 Dreamedge yang semua peramah2. 


Alright , time's up! nak prepare pergi keja. Sabar yana , sikit lagi. weeee. As-salam

Wednesday, 2 October 2013

RESIPI : SALMON GRILL with LEMON

Assalamualaikum w.b.t

Lately banyak benda nak settle. and alhamdulillah if niat tu baik , Allah permudahkan even banyak halangan yg datang. Put yout trust to Allah. bukan macam kat facebook  " trust me , I'm an engineer." ( selalu tengok post page tu and gelak2 coz macam terkena batang hidung sendiri ). 


Actually , rindu kat blog ni even tahu jarang sangat yana update kan?? Sorry .. hehe. Juz want to share a recipe yg simple but healthy! Ikan salmon with grill ni dah buat minggu lepas and now baru nak update kat blog. huuu..

Becoz now my husband on diet so as a supportive wife , kenalah masak something healthy jugak. Encik suami merasakan beratnya dah naik after kawen , maka dengan nekadnya pergi gym and jaga pemakanan. No kari , no minyak and no gulai2 buat masa ini. Chayok2! 





Salmon Grill with Lemon


Bahan2 : 

- Ikan Salmon
- Lemon sebijik ( potong dua )
- 3 biji bawang putih
- butter satu sudu setengah
- garam
- 1/3 sudu serbuk lada hitam


Cara2 :

1. Basuh ikan and bakar dalam oven. Coz ikan ni akan keluarkan air , maka buang air dia. But its lemak akan keluar jugak tapi biarkan coz its rich with omega3. 
2. Ambil kuali , letak butter , bawang putih , garam , serbuk lada hitam , perahan air lemon. Air lemon tu separuh biji pun dah okey. Coz if put too lots akan rasa masam sangat. 
3. Ikan salmon dah masak , juz pour da sauce lemon tadi atas dia. Dah siap! 


Simple je kan? 

Function Omega 3 ni mencegah penggumpalan darah , menurunkan kolestrol and melindungi sel2 otak dari penyakit penuaan ( nyanyuk ). Ikan salmon ade protein and anti-oksida. Good for our body. 


Selamat mencuba. As-salam.