Tuesday 31 January 2012

:: FAKTA or AUTA tentang bedak asas ::

Assalamualaikum and salam tengahari. 

Yana nak share something nih... weee...
Time on da way to cook for lunch tadi , ambil la surat khabar lama nak alas2 potong bawang la , sayur la and you guess what? haha.. terjumpa about facts and mitos2 tentang bedak asas. ini diaa... 

MITOS 1 : RAMAI BERANGGAPAN PEMAKAIAN BEDAK ASAS MENGUNDANG PELBAGAI MASALAH KULIT MUKA.


Da truth is formula penghasilan bedak asas ni da diketahui by using technology. Bedak asas mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembut IF memilih bedak asas berkualiti & SESUAI dengan jenis kulit. haaa... pilih2 brand ape yg sesuai dengan kulit sendiri , bukan kulit kawan. =p


MITOS 2 : BEDAK ASAS MENUTUP RUANG PORI-PORI DI MUKA DAN TIDAK MEMBENARKAN KULIT BERNAFAS.


Selalu camtulah kan but arini kan da ade technology yg canggih-canggih and mampu hasilkan formula baru bagi generasi bedak asas. bukan macam dulu da. hehe. sekarang , bedak asas ni da dirumus dengan technology terkini untuk benarkan kulit bernafas dan memelihara tahap pelembapan kulit serta tekstur. 


MITOS 3 : PENGGUNAAN BEDAK ASAS YANG LAMA AKAN MENYEBABKAN PIGMENTASI & MENGGUGAT KESEIMBANGAN WARNA KULIT.


Ini bukan salah bedak asas. JANGAN NAK SALAHKAN bedak asas anda2 tu. hidup pon tak. hahaha.. ini salah faktor biologi seperti penuaan dan penghasilan melanin. melanin tu macam yg bina struktur kulit la. Faktor lain macam pendedahan kat sinar UV ( jangan nak berjemur sangat la kan...kih3 ). so, tengokla kat pasaran sekarang da banyak bedak asas ade pelindung kesan UV. kan3?? 


MITOS 4 : BEDAK ASAS MENYEBABKAN JERAWAT. MEREKA YANG MEMPUNYAI KULIT JENIS BERMINYAK HARUS MENGELAKKAN DARIPADA GUNA BEDAK ASAS.


Alamak! macam yana percaya je. haha. ni nak salahkan bedak asas la nih. padahal sebab hormon, usia baligh , wrong diet , and stress. stress tu betol weh.. haha. Anyone yg bersolek tu basuh muka dulu before tidur. tu la yg buat masalah kulit tu. 


MITOS 5 : BEDAK ASAS TIDAK SESUAI UNTUK CUACA TROPIKA.


Artikel ni cakapkan ... cuaca yg lembap and panas macam Malaysia ni will make you tak selesa bila guna bedak asas. sebab buat kulit muka terasa tebal dan melekit. lebih2 lagi sekarang kan. But, ia tidak akan berlaku if guna bedak asas yg serasi dengan kulit anda.


haaa ... itulah yg mampu yana nak share arini. okehh , da lapo. jom lunch! 

salam everyone...

Monday 30 January 2012

:: Handphone rosak ke? ::

Assalamualaikum.

Ce tengok tajuk entry for tonight. haha.. let's think what should we do when in dis situation.

ni nada tak puas ati kat phone sendiri. ade ke patut dapat text message tapi tak dapat bace and reply. conclusionnya , stress sebab tak tahu orang text ape. waaa! 

mujur la phone ni da berkhidmat dengan sabar sebab yana ni tak pandai jaga sangat. yelaa , camne nak jaga kan kalau esok pagi cari phone, jumpa kat celah katil. ( time jadi sleeping beauty tak leh jaga phone ... haha..alasan ). jatuh dengan ketinggian 1m adelah kebiasaan. ( salah sendiri coz alwayz letak atas paha time drive ). jatuh time ngah sebuk2 nak cari barang dalam beg pon alwaysss. How come people boley jaga phone tanpa jatuh? isk3. ~ Pleaseeee teach me ~



Rase nak tulis surat nak ganti phone. hahahaha. ( sangat old skulll ... gune fb sudeh )

pasni nak pakai semula phone yg bile baling kat orang tu, confem boley wat dats people pengsan. kui3. nk wish congrates kat anyone yg cermat and teliti. especially when i saw my housemates yg always jage phone dengan super duper cermat. amazing u know!

I'm not 24 hours with phone. boley je hidop gi class or gi bandar tak bawa phone. ( sumer sebab pelupa ... dah kunci pagar ... alamak! phone atas katil... itu da biase... coz pemalas , biar je tinggal. huuu ). Info terbaik , yana tak ingat no phone orang. no sendiri & no mama je ingat. Da rest , ingat2 lupa. ampun! 

If phone rosak , ape yg nak dibuat? 

  1. Beli phone lain. lagi bagus macam yana mention kat atas tu. haha. tak percaye sudeh. makin canggih phone itu maka makin tinggi kebarangkalian untuk rosak. ( apply cara jawab hipotesis tym SPM. kih3 )
  2. Try la off-on semula. mane la tau ok. ~ yana punye tak ok. malang. sobs3 ~
  3. Gune phone rumah je. bahaya to people yg jenis bergayut lama. lebih2 lagi ade someone special. habeslaa... nak gelak kat orang. haha.
  4. Tulis surat. special tau kalau dapat. boley senyum sampai petang and then time nak tido semula pon can smile lagi. haha.. but tak penah dapat pon! 

ini sume coz kita rase phone itu sangat penting. absolutely true! ini zaman moden , bukan zaman 10 years ago.

caption : for those yg text and call me but tak dapat tu. sila marah phone yana. hehe.
nyte oll's and salam.

Wednesday 25 January 2012

:: Good Luck to Our Beby ::

Assalamualaikum.

juz coming back from Pekan, Pahang. even sampai rumah kul 10 p.m tadi but sebab missing my blog very much. ini dia owner blog nak conteng2. hehe. Actually baru settle antar beby kecik my family ke asrama MRSM Pekan. Too tired becoz jadi driver pegi and balik dengan kelajuan 140-150 km/j kat highway LPT ( lebuhraya pantai timur ). mama as co-pilot chill je even anak dara die ni drive camtu. my mum memang ibu moden sebab mama pun 2x5 je like her daughter. heeee.

( kalau yana cuti memang TAK AKAN bagi stereng keta tu kat orang lain. sori )



ni la beby kecik my family. mentang2 die sorang mama manjakan ( tetibe dengki... haha ), panggil beby even tinggi tu lepas dari tinggi akak die. pity for me. sobs3. mama kemain risau and tanye yana boley ke adik duk hostel. me , as a ' matang ' gurl pon cakap, " bolehnye tu. mama dun wori sangat ". antar arini , ahad ni da kena gi Pekan balik. sumer anak bongsu memang kena camni ke?? huhu.


ni beby tu yg amekkan pic. rest jap tunggu mama beli buah jambu. hik3


daftar la sendiri even mama jeling2 tengok apela cikgu2 die wat tu. haha. riso la tuuu.


plezlaa... katil ni pon akak die yg semangat pasang cadar. pastu barang2 sumer akak die ni la yg kemaskan. beby ngan mama n abah gi dengar taklimat penjaga. hoho.. naseb baik dapat akak camni kan. tinggal la sorang2 kat bilik. pastu kunci mangga lak xde. bagitau mama then ape mama cakap? 


yana : mama , xde kunci mangga and rantai besi. 

mama : akak gi cari kat kedai kat pekan tu. sebab kat koperasi xde. 

yana : er... er... ( mama ingat akak school kat Pekan ni jalan2 ke kat bandar Pekan tu. mane nak cari kedai hardware yg jual rantai mangga tu. huuu )


okes. xde mangga and rantai besi tu karang meraung lak si budak kecik tu kalau ilang barang. pastu akak die ni la kena tahan telinga nanti. haha. so , REDAH BANDAR PEKAN sorang2 yg dah 5 tahun tak pegi tu and tak tahu ape citer. tym form 5 lak tu yg last g. sadis2. ( dulu yana sekolah form 4-5 kat Pekan jugak. INTEP )

dah dapat tu , memang tak nak balik lagi sebab mama cakap taklimat tak habis lagi. yana gi la sekolah lama yana. Call cikgu Fakha, cikgu lak xde. ade kat kuantan tym tu. ini gambar bilik dorm yana tym form 4-5 dulu. Dorm Balqis!



yg kuning tu dorm yana. tinggi kan? heeee.. port baik tu.

ape2 pon, akak memang sayang adik. terpaksa jadi anak tunggal tym cuti sem ni sebab xde orang da nak buli. huhu.

nyte and salam.

Wednesday 18 January 2012

:: Sharing Is Caring ::

Assalamualaikum.



syukur alhamdulillah masih bernafas arini sama macam bunga dalam botol air kat atas ni. sweet kan pic tu?  Yana just want to isi masa lapang setelah masa sempit telah berjaya diharungi even macam rase diri ni under pressure like kena tekan dengan jentolak yg ratakan jalan raya tu. isk3.

when berfacebook , yana nampak quotes ini. 




Kalau kita rase kita pandai , still masih ada orang yang LEBIH lagi pandai. macam kisah Nabi Musa a.s and Nabi Khidir a.s tu. Allah menegur sikap Nabi Musa. itu kisah para nabi. inikan pula kita as hambaNya yg lemah ni kan.

That's why when people ask u to teach them , if mampu silalah berkongsi kepandaian yg Allah berikan tu dengan sebaik-baiknya. pahala yg berterusan when ilmu itu diajar and digunakan. tak perlu if kedekut ilmu or sorok2 ilmu. Alhamdulillah , my classmates are not like that. kalau facebook class tu dekat2 test or final exam , penuh dengan sharing2 input , tips. berusaha untuk ambil gambar soalan and jawapan and post kat group fb class. thanks my classmates. even class yana ade banyak kaum. semua ada. mesti after habis sem depan confem rindu nak dapat notification from BENC 2008/2012. hik3.



Udang nak expose lebih cikit. kerang lak main nyorok di celah2. 

itu sepatutnya char kuey tiaw but kuah tetibe ilang lesap and teros jadi kuew tiaw goreng. first tym la katakan nak buat char kuey tiaw nih. yana masak untuk 3 orang. selalu tengok orang masak kat kedai satu-satu. but , yana teros masak untuk 3 orang sekaligus. pemalas kan. dahla kuey tiaw tu banyak. memang lesap la kuah die. haaa ... makan je la yat dengan yas ya. kih3.

HAPPY SEMESTER BREAK! 

salam from yana...

Tuesday 17 January 2012

bace sila senyum okey!

Assalamualaikum. 

for my future-husband to read this.. who? yana pon tak tahu.



BUT....
Then , you will realized dat...






nyte and salam.

Friday 13 January 2012

:: Part 1 : Please putarkan semula memori bersama mereka ::

Assalamualaikum.

I'm officially 22 years last few days. ( 10 Januari ). back to 9 years ago yana bile umo 13 tahun. jom kembali ke mesin masa tym2 yana rindu sangat friends yana and SMKA TAHAP dulu. serius rindu! school tu kat Jerantut je. merase laaa first tym yana duk berjauh dengan mama & abah. tak penah jauh dengan mama. padahal 10 minit je pon dari umah. and tiap2 ari wajib tengok keta abah lalu depan TAHAP nak gi tempat keja. ( motip? nak cakap school yana tu dekat la ) haha.

Awal2 daftar tu tak nangis lagi ... balik je mama , mengalir teros air mata tu. bukan setakat mengalir , menangis macam ilang ape tah. minggu orentasi tu kat dewan makan nangis , dalam bilik nangis , tym activiti orentasi pon nangis. sampai satu sekolah kenal.. cikgu kaunselor ape tah ag ( ingat lagi cikgu kaunselor tu nama cikgu puteri ) ... muahaha

mane taknye , mama tiap2 ari datang melawat dalam seminggu tu. HOMESICK. sampai kawan yana , si Nadiah ni penah r cakap kat yana tym form 3 dulu. 



Nadiah : " aku ingat lagi ko nangis dulu tym Form 1. ko nangis kat toilet. aku ingat ko duk PENANG "
Yana : " hahaha.. padahal umah dekat giler "

cess. mesti die ingat orang jauh2 je nangis. orang dekat pon boley. hahaha ( Nad , sori aku amek gambar ko yg cantik nih. ak tahu ko mesti sengih2 ..hoho ).

teringat dengan Nadiah dulu tym awal2 Form 4 sebelom pindah sekolah. class Arabic yg sangat wat kami cuak. ustaz suruh sorang classmates bace ayat  and then salah nahu ( sebutan ). ustaz tu jerit " Iftoh qomus " banyak kali sambil pukul meja sampai class sebelah dengar.  mahu tak berdebar yana dengan si Nadiah ni kat belakang. dah la tak bawa kamus. on da spot capai buku rujukan Mathematic yg berbalut and pura2 selak macam cari word dalam kamus.. haha.. bayangkanlah betape takutnya kami dulu. =D

Rindu kat mereka2 yg kat gambar bawah ni sumer. sobs3.




Yana yg color pink tu. Rindu kat Aisyah , Adilah , Ijat , Azila , Aini. Najihah ( color ungu tu ) je loss contact teros. facebook die pon xde. tanye orang pon ramai tak tahu. sape2 yg pernah school Kolej Tunku Kurshiah tahun 2005-2006 plez bgtau die kat mane. rindu. huhu 

penah la sekali tym prep malam tu , black out. so , apelagi kelam kabut la abang and kakak senior suruh semua balik asrama. sebab class 2 Ibnu Rusydi tu jauh dari orang , tak dengar la. disebabkan member meja sebelah yana tu anak pengetua TAHAP ni. yana panggil die Adilah. kawan dari sekolah rendah agi. Die ajak gi umah die yg tak sampai 500m pon dari class. yana , aisyah and ijat pegilah umah die. hehe. siap makan and minum agi. then , warden call umah die tanye ade tak kami 4 orang kat situ. kami ni musykil la. rupenye diorang kat asrama kira orang cukup ke tak. ade 4 orang ilang. kami la tu. muahaha..warden takut la ape2 yg buruk. tengok list name. cehh.. ade anak pengetua. mestilah warden syak kami kat umah die. memang betol pon. haha.



Ini pic tym first day of PMR. ce cari yana yg mane? hik3. 

Tahu tak ape yana paling rindu kat TAHAP

  1. BLUEHOUSE. haha.. mesti korang semua tak tahu kan? tu merupakan port kul 5 until 6 petang setiap ari. tempat mandi terbuka. tapi adela tembok tinggi. kat sini mandi sejam main air. baling2 air. havoc gile tempat ni. sampai kecut habis jari2 ni. tempat gosip paling meriah. paling ingat. sape nila baju putih jadi paling ungu. haha.. 
  2. Subuh kat surau pagi2. ingat lagi. ade satu kejadian. ngantuk gile tapi gagahkan diri pegi surau. budayanya , aspuri memang akan siap2 pakai telekung then jalan 200 m gi surau. minggu tu kecoh jugak ade anjing dalam kawasan sekolah tapi wat dunnoo je memasing. malas nak heran selagi tak kacau. tym nak gi surau tu nampak da ade anjing tu kat depan. die macam nak gi arah bertentangan. COOL jalan lagi. sekali pusing belakang, anjing tu wat U-TURN macam nak kejar kitorang, anjing tu apelagi kejar r bile nampak kami lari..haaa.. korang bayang la kitorang pakai telekung lari pecut sampai masuk surau. selipar memang tercampak habis.. hahahha... ilang ngantukkk.. kah3
  3. DEWAN MAKAN. haaa... ni memang adik2 junior kena buli kot. korang bayangkan. if dalam satu barisan tu ade Form yang lebih besar. memang xde harapan la nak makan awal. sebab kawan2 akak tu akan memotong barisan ( istilah lain: MENYENTOT. ). habis satu batch masuk line. memang turun temurun. hahaha.
  4. SURAU. memori kot dalam ni memasing. siap ade port2 ag. belah kiri port Form 5. belah kanan port Form 4. Depan tu port budak2 Form1 and Form 2. belakang dorang lak port Form 3. al-maklumla, Form 3 tu memang tak leh nak cakap hape la. nakal kemain. pastu bile besar menyesal. hadoiii... tym ustaz2 bagi tazkirah kalau ngantuk sangat tu tido. sorang tido cium lantai pastu yang lain sambung tido sandar kat belakang die sampai la yg seterusnya. kadang2 tu, sampai bergaris2 muka tido.. bangun tym nak solat isya'... tapi cube abang2 senior yang kitorang suke bagi tazkirah , segar terosss. gatal betul sensorang nih sumer. =D



After habis exam PMR, sekolah tu macam wat sekolah sendiri. balik hostel after time rehat. pastu tido kat bilik. then balik umah memasing sampai berminggu2. orang lain sekolah , budak Form 3 school yana yg nakal2 nih sumer duk goyang kaki kat umah, x mo balik hostel. yang baik2 je still duk kat hostel tu. even ade yg nakal and yg baik2 but kami memang rapat. assabiah form orang cakap. jangan nak kutuk2 la form ni. nanti perang dingin dengan form lain. haha

Then time Form 4, ramai yg pindah sekolah sebab dapat tawaran. menangis bagai nak rak kat pagar aspuri tu time salam2 satu batch. sedih tahu. siap pasang lagu lagi. lagi kuat lak melalak sedih nak tinggalkan diorang sume. huhu. okay , nanti next entry. yana story mory lak yg Part 2 bile pindah sekolah baru. heee...

nyte and salam =)

Wednesday 11 January 2012

~ Serius suka EXAM sebab ?? ~

Assalamualaikum.




ni entry tym rest sebentar bersama malam yg dingin + sejuk. owh exam...

Alhamdulillah settle sudah 2 paper. satu kira2 and satu lagi theory yg berguni2. theory itu la yg lemahnye.  terbace post status kawan kat facebook yg cakap lebih kurang camnilah maksudnya, bila makin banyak dosa, makin susah  la ingatan. sobs3.

pic di atas adalah port study yang sangat best bagi yana kat rumah sewa ni. katil tu bawa dari Pahang okay. ( padahal abah suh angkut dari dibiarkan duduk dalam stor tak guna2. apelagi.. angkuttt ). sebab ape yana cakap suke EXAM? antara sebab2 yg rase best adalah: 

  1. Rase menjadi pelajar yg rajin. haha. al-maklumlah , nak cover subject satu sem ni dalam a few days memang cabaran. so, push diri agar jadi rajin. kalau tak , nayo. selama ni memang jarang nak rajin. haha.
  2. Nota2 bnyakkk sangattt. ni pon satu hal. kalau tak, nota nampak sikit je tak print2. datang class salin dalam buku pastu tutup. da dekat exam RASE BEST TENGOK NOTA MACAM LENGKAP. haha. plezz la jangan tiru.
  3. dapat main pop kuiz reramai. haaa.. ni kalau part theory. mula la, jom soal jom. haaa.. tanye lagi and lagi. best tau tanye2 dengan kawan2 ni. tq housemates! love u oll's la. hik3.
  4. merase la duduk dalam dewan exam.best tau.haha.. kalau bukan exam , memang tak jejak kaki ke kompleks sukan UTeM sem ni. nak bersukan? memang tak de la kann... =p
  5. sebab nanti tak jawab exam da after habis study! fine2... 

okey, sambung la semula study Embedded System nih untuk exam esok petang. last paper tahu. pray for me ya. nyte & salam.

Saturday 7 January 2012

~ Nerd ?? ~

Assalamualaikum. 

budak kat dalam pic tu bagi salam. sila jawab. heeee.




okes. mood yana tym minggu exam ini adalah nak story mory about NERD. what's nerd?

Nerd yg selalu kita tengok bile a person wear spec yg bingkai tebal tu, pakai tuck-in , skema ikot peraturan asrama ( punye la tak suke peraturan asrama dulu2.. haha ) and it's more about personality.

tapi yana sangat suka bile orang nerd tym study. bagus. rajin2 kan diri. tapi yg nerd tak kena tempat ni yg yana meluat. hoho.. memang tak boley geng maaa... rasenya dari zaman darjah 1 sampai la ke UTeM ni memang yana x ngam dengan orang yang nerd2 ni. haha. 


Mostly orang yg nerd ni TAKDE LIFE. xde story nak cite kat anak2 cucu die. takkan nak citer , dulu class mummy start kul 8 pagi , then mummy kawan dengan classmates mummy je , mummy tak pernah langgar peraturan. ( hahaha.. GELAK ) please ... even you are naughty , you still have a time with your frends , keluar hang out dengan housemates you , boley bercampur2 dengan semua orang , bukan duduk & hidup macam katak bawah tempurung. nak campur dengan orang lain pun tak nak. family pon tahu pergerakan you , it's ok. tapi , study WAJIB ok. no compromy ~ betul ke yana eja tu?? isk3..





ni quotes yg dipinjam. haha. your life is yours. when good with others , so people will good towards us. Have a life!




ni mostly tym study week. kunun kepenatan. sekali ... tido lama. pray for me for my second paper on 11 Januari then last paper 12 Januari. next entry nanti after exam k? rindu kat geng2 tym school dulu. i will story about them later.. =)

Jadilah person yg berguna untuk agama , bangsa & negara. salam sayang dari yana.

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru ?? Lapar.

Assalamualaikum.

petang Ahad yg sakit kepala. kenapa ya? sebab study kot. padan muka. sebab: subjek satu sem nak study dalam mase a few days. mostly students engineering camni kot. MOSTLY. bukan semua. clear? hehe.


Ini muka excited nak masuk kedai.

malam tadi orang duk bz sambut New Year. yana tak suka. jalan jem, ramai orang kat semua tempat , line handphone macam tak de line , line internet pon ( yeke internet ade kaitan? yekot. listkan je semua.. haha ). then time2 ni la ramai muda-mudi kat pantai yg gelap & tersembunyi tu. tup2 bulan September nanti statistik kes pembuangan bayi meningkat. apela nak jadikan... 


caption: bukan best pon duk tempat gelap tu. takde rase nyamuk sedap isap darah ke? 


tapi , dinner jangan dilupa. so, kami warga rumah sewa ni memikirkan ke mane nak isi perut. We alwayz order je kat Kedai Cahaya Tasek tu. msg je kalau nak order. da siap amek. tak payah nak tunggu2 kan. Al- maklumla regular customer. hehe.

So , malam tadi , we are here : The Windmill Station  ( again ... hehe )



tu Izah and Ckin punye makanan. kemain lagi kan nak western. 


But , yana pon same je. kih3. yana makan Hot & Spicy Fish. sodap. tapi cicah die mayonis , teros bagi kat Izah.  Yana cicah dengan sos je. Tak suka mayonis. ape2 pon, kat sini , pasta , spagetti & western memang sedap.


tekak rase kering , yana order jus tembikai. selalu bab2 coffee ni memang feveret. Ni baru gelas yg regular , bukan yg big size. kalau big  size boley share 2 orang. 



bace sendiri caption kat pic tu. =)






haa. yg officially roommate tu yana amek kat cover picture roommate sendiri. credit to yat for dis picture yg berdua nih. siap edit da pic ni. suke! ( nanti dengan husband sendiri ley la amek pic camni ... haha .. tak tau sape lagi husbandnye... dengan roommate la dulu. hihi. )




sape2 yang melukakan hati housemates2 saye ni maka garpu itu bakal yana cucuk2 ke arah anda. beware! 
 

salam from Cik Nur Dayana di petang ahad ini. =)