Friday 13 January 2012

:: Part 1 : Please putarkan semula memori bersama mereka ::

Assalamualaikum.

I'm officially 22 years last few days. ( 10 Januari ). back to 9 years ago yana bile umo 13 tahun. jom kembali ke mesin masa tym2 yana rindu sangat friends yana and SMKA TAHAP dulu. serius rindu! school tu kat Jerantut je. merase laaa first tym yana duk berjauh dengan mama & abah. tak penah jauh dengan mama. padahal 10 minit je pon dari umah. and tiap2 ari wajib tengok keta abah lalu depan TAHAP nak gi tempat keja. ( motip? nak cakap school yana tu dekat la ) haha.

Awal2 daftar tu tak nangis lagi ... balik je mama , mengalir teros air mata tu. bukan setakat mengalir , menangis macam ilang ape tah. minggu orentasi tu kat dewan makan nangis , dalam bilik nangis , tym activiti orentasi pon nangis. sampai satu sekolah kenal.. cikgu kaunselor ape tah ag ( ingat lagi cikgu kaunselor tu nama cikgu puteri ) ... muahaha

mane taknye , mama tiap2 ari datang melawat dalam seminggu tu. HOMESICK. sampai kawan yana , si Nadiah ni penah r cakap kat yana tym form 3 dulu. 



Nadiah : " aku ingat lagi ko nangis dulu tym Form 1. ko nangis kat toilet. aku ingat ko duk PENANG "
Yana : " hahaha.. padahal umah dekat giler "

cess. mesti die ingat orang jauh2 je nangis. orang dekat pon boley. hahaha ( Nad , sori aku amek gambar ko yg cantik nih. ak tahu ko mesti sengih2 ..hoho ).

teringat dengan Nadiah dulu tym awal2 Form 4 sebelom pindah sekolah. class Arabic yg sangat wat kami cuak. ustaz suruh sorang classmates bace ayat  and then salah nahu ( sebutan ). ustaz tu jerit " Iftoh qomus " banyak kali sambil pukul meja sampai class sebelah dengar.  mahu tak berdebar yana dengan si Nadiah ni kat belakang. dah la tak bawa kamus. on da spot capai buku rujukan Mathematic yg berbalut and pura2 selak macam cari word dalam kamus.. haha.. bayangkanlah betape takutnya kami dulu. =D

Rindu kat mereka2 yg kat gambar bawah ni sumer. sobs3.




Yana yg color pink tu. Rindu kat Aisyah , Adilah , Ijat , Azila , Aini. Najihah ( color ungu tu ) je loss contact teros. facebook die pon xde. tanye orang pon ramai tak tahu. sape2 yg pernah school Kolej Tunku Kurshiah tahun 2005-2006 plez bgtau die kat mane. rindu. huhu 

penah la sekali tym prep malam tu , black out. so , apelagi kelam kabut la abang and kakak senior suruh semua balik asrama. sebab class 2 Ibnu Rusydi tu jauh dari orang , tak dengar la. disebabkan member meja sebelah yana tu anak pengetua TAHAP ni. yana panggil die Adilah. kawan dari sekolah rendah agi. Die ajak gi umah die yg tak sampai 500m pon dari class. yana , aisyah and ijat pegilah umah die. hehe. siap makan and minum agi. then , warden call umah die tanye ade tak kami 4 orang kat situ. kami ni musykil la. rupenye diorang kat asrama kira orang cukup ke tak. ade 4 orang ilang. kami la tu. muahaha..warden takut la ape2 yg buruk. tengok list name. cehh.. ade anak pengetua. mestilah warden syak kami kat umah die. memang betol pon. haha.



Ini pic tym first day of PMR. ce cari yana yg mane? hik3. 

Tahu tak ape yana paling rindu kat TAHAP

  1. BLUEHOUSE. haha.. mesti korang semua tak tahu kan? tu merupakan port kul 5 until 6 petang setiap ari. tempat mandi terbuka. tapi adela tembok tinggi. kat sini mandi sejam main air. baling2 air. havoc gile tempat ni. sampai kecut habis jari2 ni. tempat gosip paling meriah. paling ingat. sape nila baju putih jadi paling ungu. haha.. 
  2. Subuh kat surau pagi2. ingat lagi. ade satu kejadian. ngantuk gile tapi gagahkan diri pegi surau. budayanya , aspuri memang akan siap2 pakai telekung then jalan 200 m gi surau. minggu tu kecoh jugak ade anjing dalam kawasan sekolah tapi wat dunnoo je memasing. malas nak heran selagi tak kacau. tym nak gi surau tu nampak da ade anjing tu kat depan. die macam nak gi arah bertentangan. COOL jalan lagi. sekali pusing belakang, anjing tu wat U-TURN macam nak kejar kitorang, anjing tu apelagi kejar r bile nampak kami lari..haaa.. korang bayang la kitorang pakai telekung lari pecut sampai masuk surau. selipar memang tercampak habis.. hahahha... ilang ngantukkk.. kah3
  3. DEWAN MAKAN. haaa... ni memang adik2 junior kena buli kot. korang bayangkan. if dalam satu barisan tu ade Form yang lebih besar. memang xde harapan la nak makan awal. sebab kawan2 akak tu akan memotong barisan ( istilah lain: MENYENTOT. ). habis satu batch masuk line. memang turun temurun. hahaha.
  4. SURAU. memori kot dalam ni memasing. siap ade port2 ag. belah kiri port Form 5. belah kanan port Form 4. Depan tu port budak2 Form1 and Form 2. belakang dorang lak port Form 3. al-maklumla, Form 3 tu memang tak leh nak cakap hape la. nakal kemain. pastu bile besar menyesal. hadoiii... tym ustaz2 bagi tazkirah kalau ngantuk sangat tu tido. sorang tido cium lantai pastu yang lain sambung tido sandar kat belakang die sampai la yg seterusnya. kadang2 tu, sampai bergaris2 muka tido.. bangun tym nak solat isya'... tapi cube abang2 senior yang kitorang suke bagi tazkirah , segar terosss. gatal betul sensorang nih sumer. =D



After habis exam PMR, sekolah tu macam wat sekolah sendiri. balik hostel after time rehat. pastu tido kat bilik. then balik umah memasing sampai berminggu2. orang lain sekolah , budak Form 3 school yana yg nakal2 nih sumer duk goyang kaki kat umah, x mo balik hostel. yang baik2 je still duk kat hostel tu. even ade yg nakal and yg baik2 but kami memang rapat. assabiah form orang cakap. jangan nak kutuk2 la form ni. nanti perang dingin dengan form lain. haha

Then time Form 4, ramai yg pindah sekolah sebab dapat tawaran. menangis bagai nak rak kat pagar aspuri tu time salam2 satu batch. sedih tahu. siap pasang lagu lagi. lagi kuat lak melalak sedih nak tinggalkan diorang sume. huhu. okay , nanti next entry. yana story mory lak yg Part 2 bile pindah sekolah baru. heee...

nyte and salam =)

4 comments:

  1. pehhh. ko buat aku terkenang kembali la zaman kita kat tahap dulu. hahaha. rindu gila kot! :)


    beb. happy belated birthday :)

    ReplyDelete
  2. haha..tahu xpe!

    thanks maria.. =D

    ReplyDelete
  3. waaah, biar betul citer letrik takde tu? siyes aku dah lupa..teruk betul kan..haha

    tp ak pun rndu lah kt TAHAP n segala isinya..huhu

    ReplyDelete
  4. lorrr...ko x ingt ke?? ak ingt ag dlu...

    ReplyDelete