Friday 17 April 2015

Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD )

Assalamaualaikum.


Now dah 36 weeks 5 days. Wuohhh. Almost there baby!


Amost there but yana x sure bila baby nak keluar sebab no contraction at all , no blody show or whatever yang boleh dikesan sebagai tanda bersalin. But yana baru keluar wad semalam. Pity for me.


Chronology :



Isnin 

dah mula rasa sakit pada celah paha , kelangkang bila jalan. 



Selasa 

 Jalan semakin slow tapi boleh drive kereta lagi pergi klinik kesihatan untuk check-up mengandung. Doc and nurse dah mention baby 3/4 engaged. Kira masuk laluan dah la. 



Rabu 


Settlekan kerja sebelum cuti panjang , pergi beli phone lain sebab phone lama tak boleh on langsung. And on that time drive sendiri , lepas settle , nak makan Secret Recipe sebab macam nak makan kek before bersalin. Makan Durian Cheese and Caramel Latte. Belasah je la sebab dah boleh bersalin dah ni nak makan durian and minum coffee. haha ( yana pantang durian and coffee sepanjang mengandung ya sebab durian boleh menyebabkan miscarriage and coffee boleh sebabkan HB rendah ). Inform suami cakap dah x boleh jalan. Nasib ofis suami dekat dengan mall tu. Suami datang , but I can drive cuma jalan je x boleh masa ni.


Malam tu rasa nak pergi cek sesaja kat hospital sebab rasa macam makin teruk pulak tak boleh jalan. Jalan pegang dinding and nangis-nangis naik tangga rumah. T T


Pergi cek kat dewan bersalin , doc cakap kena admit wad for 1 night. Puas pujuk doc tu cakap xnak masuk wad. Sebab memang niat di hati nak cek je pastu nak balik. Doc kata procedure sebab nanti doc senior boleh cek esoknya. ( Doc tu umur 25 . sama umur pulak ) Fine fine.. Nasib baik beg hospital untuk mommy and baby dah letak siap-siap kat dalam bonet kereta. Jam 1.20 pagi tu admit wad. 



Khamis 

Doc pakar cek , Dr Farah ( malay ) and sorang lagi lupa nama apa , indian woman doctor. Scan nak tahu baby kat mana. 2 doc pakar cek and diorang memang baik. Admire Dr Farah tu sebab cantik macam model , bergaya habis , cek patient kat wad dengan sling bag lagi. Tapi time dia cek jalan 'bawah' punyalah rase sakit and on that time rase nak sepak je dia. Sorry doctor. and she said , jalan tak buka langsung lagi and tanda pun xde nak bersalin. Dia cakap kalau berdasarkan details yang diberi , ini namanya Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD ). Tiada ubat , ubat nya tunggu lepas bersalin , hilang lah sakit ni. Sobs2. Dr Farah cakap yana boleh discharge petang nanti. Sebab bukan boleh buat ape-ape pun kat wad. Siap pakai wheelchair okey. Discharge. Yeay!


Jumaat

Berehat-rehat di rumah



Okey berdasarkan Dr Farah explain to me : 


Tak semua pregnant woman kena SPD ni. Sebilangan je kena. Dalam wad tu yana sorang je kena SPD ni , yang lain releks je boleh jalan laju-laju lagi even tengah contraction. Let explain dengan gambar bagi senang faham. Gambar and info by Google. Tapi lebih kurang je Dr Farah explain kan pada yana.



Gambar Google
SPD ni sakit more di bahagian tulang kemaluan dan tulang duduk tu ( refer gambar atas )



Gambar Google



Kedua-dua tulang pelvis anda bersambung pada bahagian hadapan oleh sendi tegang yang dipanggil simfisis pubis. Sendi ini dikuatkan oleh satu jaringan padat tisu yang kental dan fleksibel yang dipanggil ligamen. Untuk membantu bayi anda melalui pelvik anda semudah yang boleh, badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil relaksin yang dapat melembutkan ligamen.







So , semasa dalam wad tu diorang bagi painkiller. Makan sekali je. Pastu time lain diorang bagi ubat tu , yana campak dalam beg , x nak makan. Makan pun bukan hilang sakit . Dr Farah pun cakap sakit ni hilang lepas bersalin. Redha je la tunggu baby keluar baru hilang sakit ni. hehe




Tanda - tanda SPD  ialah : 


- Sakit di bahagian hadapan kemaluan.

- Sakit bila berjalan , nak alih baring ( nak pusing badan ) , nak bangun dari katil , asal bila bergerak je sakit. Tak sakit bila statik. 

- Sakit paha





Yana memang nangis-nangis nak naik tangga rumah , so stay kat satu floor je. apa-apa panggil suami , jalan pun tak boleh angkat kaki , suami pun x boleh nak dukung sebab rasa tulang bergesel-gesel. Papah je boleh. Sedih sebab rasa banyak susahkan suami. Now , semua kerja dia buat. Tapi lega jugak sebab semua kerja production dah settlekan hari tu , lega sebab barang baby semua dah berbasuh and dah prepare ( ini la salah satu sebab sila shopping barang baby awal-awal ya , sebab kita tak tahu apa jadi hujung-hujung trimester tu ). 


Yana memang tak bagi suami inform parent yana sebab takut mama risau , pastu nanti nak datang Perak yang jauh ni dengan abah yang tak sihat sangat nak jalan jauh.  Cannot.. jalan terbaik jangan inform pape. Even bila call pun borak macam biasa cakap sihat je. Situasi setiap orang tak sama kan. So , beruntung lah pada yang awal-awal mak datang jaga. Yana and suami memang tak nak susahkan family , selagi boleh urus , urus sendiri. Nak inform bila baby keluar je nanti. Alhamdulillah dapat suami yang banyak sangat tolong and jaga isterinya yang emosi ni. hehe.



So , from now , on this time , yana declare yang yana cuti panjanggggggggg. until raya!




Regards , 

Nur Dayana 



Sunday 12 April 2015

Teluk Batik , Lumut

Assalamualaikum.


So far hari ni rasa badan sakit , kaki lenguh sebab semalam meletihkan diri pergi ke Teluk Batik , Lumut. Orang cakap Lumut ni tempat pelancong. Ok , rasa nak terjah. Tapi akhirnya hampa sahaja yang dapat coz for me , it is not worth.



Bertolak dari Taiping after lunch. Tengok jarak macam dekat je ni. Ikut highway Utara Selatan tu and exit di Tol Jelapang. And then dah mula terasa kenapa jauh sangat ni... huhu. Sampai  pantai Teluk Batik tu jam 4.30 petang okay even bertolak jam 2 petang. Time tu badan dah lenguh dah. Pergi solat di Marina Island. And ternampak Coconut Shake. Okey , nak try. Stop di situ.



Coconut Shake



So far mengubat rasa rindu coconut shake kat Melaka tu. Sedap jugak. Minum air kelapa ni nak bagi baby keluar bersih , mulus-mulus gitu. Orang tua cakaplah. RM 4/ each. Kedai ni tepi bridge Marina Island tu je. Kedai memang ramai orang. Marina Island tu tempat jetty nak pergi Pulau Pangkor. 



Then , pergi area pantai Teluk Batik. Sebab ramai sangat cakap best pergi Lumut. Teluk Batik tu area Lumut ya. Hurrmmmm ... sampai je tengok sampah banyak jangan cakaplah. Pasir pantai pun tak cantik sangat , al maklumlah pantai area sepanjang Selat Melaka. Prasarana dah lengkap and bagus cuma cara pelaksanaan tu tiada. Mood kat situ memang tiada. So , gambar ambil sikit je. 






Kedai yang jual-jual banyak. Tapi macam suram. 










Suami tak teringin langsung nak mandi pantai area sini. Tapi tengok memang ramai yang mandi and ada jugak banana boat. 5 minit je kat area ni lepas tu both of us terus patah balik gerak ke kereta. haha.








Ada jugak jual makanan kering camni. Tapi tak nampak pulak yang jual makanan goreng-goreng ( ikan goreng tepung , sotong celup tepung , udang , keropok ikan  keeee ) macam kat Tanjung Lumpur , Kuantan tu. I is sad.








Okey , so pastu kitorang dua balik Taiping. haha. Tak best langsung rasa. Jujur ni. haha. Tak nak pergi dah Teluk Batik ni. Cukuplah sekali. Itu membuatkan kerinduan kepada pantai area pantai timur yang cantik. Bukan rindu kat pantai je , rindu kat makanan goreng-goreng area sana pun ya jugak. Lepas bersalin la gamaknya baru boleh pergi. huhu. 



Conclusionnya , Kecewa + Penat badan yang dapat.


Time balik tu jumpa jalan dalam ke Taiping. Dekat okay lalu sini. Sampai Taiping dalam 1 jam suku je perjalanan. Nyesal lalu highway time pergi tu. Ingat lalu highway lagi dekat.



As-salam.

Thursday 9 April 2015

RESIPI : KARIPAP KENTANG AYAM

Assalamualaikum.


Resipi? Dah lama tak buat post pasal resipi sebab malas nak ambil gambar. haha. Tapi semalam rajin. Nak share sikit cara buat karipap. Teringin kan , nak buat camne. jam 1 pagi pun sanggup menggoreng karipap sebab nak makan. Orang mengandung ni jangan dibuat main , silap gaya lapar mau suami kena keluar pergi cari. So far , takdelah suami pergi cari sensorang , selalu kite yang ajak pergi beli burger. Kau ingat kat K.L yana yang orang tak tidur? Sini Taiping okay , jam 11 tu nasib je la kalau stall burger tu ada lagi buka. haha.



Dah masuk 35 weeks dah. Baby pun alhamdulillah sihat aktif duk tendang semua. Time hujung preggy ni ramai suruh rest , tapi I can't. Sebab boring kot , so still drive kereta , settlekan apa yg perlu sebelum cuti panjang. Like my mom. Mama kite pun cakap , buat je kerja macam biasa , bagi senang bersalin. Ikutlah bila baby nak keluar bila pun asalkan jangan lebih due date 11 Mei nanti , kalau lebih dari tarikh edd karang kite yang cuak pulak. hehe



Okey , jom buat resipi dulu. Nak inti banyak , buatlah sendiri. Berbaloi-baloi. Lebih lagi time Gst ni. Dahla , nyampah pulak kite sebut pasal Gst ni. Terus ke resipi.



INTI


2 biji kentang ( potong dadu , then rebus , tos )
Ayam filet dipotong dadu ( ikut suka banyak mana )
Ayam kisar ( yana beli brand Azmy , saje letak )
serbuk kari ( 1/2 paket kari yang kecil tu )
garam
serbuk lada hitam ( sesudu besar )
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Lada kering dalam 6 tangkai ( nak pedas tambah lagi )




*Bawang putih + Bawang besar + Lada kering tu blender dulu
Tumiskan*
Masukkan ayam semua tu
Masukkan serbuk kari , garam , serbuk lada hitam
Masukkan air sikit
Masukkan kentang yang sudah direbus tu
Masak sampai air kering








PASTRY


Kulit karipap ni sikit je bahan. Sementara nak tunggu inti tu sejuk sikit , buat pastry or kulit karipap.


Perlu ada :



3 cawan tepung gandum
1/1/2 sudu besar mentega
50ml minyak
garam


Campurkan semua and uli. Tambah sikit air bagi senang nak uli. Agak-agak ya bila tambah air tu.









Letak isi


Buka.... tadaaa!





Dah rasa ok dah then baru kita buat karipap! yeay. Tapi yang x bestnya , baru ku tau suami pandai kelim karipap. Dengan eksyennya suami tunjuk skill malam tadi. Yana tak pandaiiii. haha. So , yana beli alat buat karipap tu je kat kedai RM 2.12 tu. Tu la yana , time mama nak ajar dulu , tak nak tengok la  , lecehla. Kan dah malu sekarang. haha. 




Untuk difrozenkan


If nak frozenkan dalam peti ais , goreng dulu separuh masak , baru simpan. Mana larat makan semua kan.


Dah siap buat semua , dapatlah dalam 21 biji karipap. Oklah tu kan. Kalau beli mesti 7 ringgit jugak habis , pastu isi ciput. Nak banyak buat sendiri ya. 








Dah siap goreng , kite makan. Nyum2.



Have a try!


As-salam.

Sunday 5 April 2015

Persiapan Beg Bersalin

Assalamualaikum.


Disebabkan dah nak masuk 35 weeks , boleh dah campak beg nak ke hospital dalam kereta. Sebenarnya dari minggu ke 30 dah campak masuk bonet. Tapi keluarkan semula beberapa kali sebab macam ada je benda tinggal nak masukkan. hehe.



Tak perlu banyak . Asalkan mencukupi. Yang ini untuk BEG KE HOSPITAL sahaja ya. Baju yang berlambak-lambak beli tu boleh simpan di rumah dahulu ya sementara bersalin di hospital.

Keperluan Utama



Buku Merah untuk check-in hospital.




Keperluan Beg Bayi


Based on my friends yang dah bersalin , sebaik sahaja baby keluar , nurse akan minta sepasang baju , pampers , kain bedung. So , sepanjang di hospital perlu ada dalam beg baby :


2-3 pasang baju baby ( baju + seluar )
2 helai kain bedung
3 helai barut
2 pasang mitten/booten
tuala
barang mandian baby + minyak telon
4-5 pieces pampers








Pilih dan masukkan ke dalam beg SEKADAR CUKUP sahaja.







Keperluan Beg Mama


Disebabkan di hospital , mama just pakai baju hospital tu je , x perlu bawa banyak baju. 



Sehelai pakaian / jubah untuk check-out hospital
Beberapa helai pakaian dalam
Maternity pad
Barangan mandian
Tuala
2 helai kain batik




Semua barang tu boleh add-up if tak cukup. Sebab confirmla ada suami and family datang melawat kan. Owh ya , breastpump pun boleh standby sebab in case ada bengkak susu , boleh terus pam. In case la kan jadi.  But , for the beginning , better direct feed je baby coz boleh stimulate susu ibu keluar and nak elak nipple confius.



Yang penting , prepare.



Wish me luck ! 



As-salam people.