Sunday 24 August 2014

Lost World of Tambun_Diary of Yana and Hafiz

Assalamualaikum w.b.t

As mentioned last week , after a week I will update my blog. Here our story! Lost World Of Tambun that located at Tambun which is near with Ipoh.

A day before pergi , perkara wajib buat sekarang sebelum travel or buat aktiviti mesti buat pregnancy test. And dapat -ve result , so that's mean kite tak preggy. Kira boleh la melompat-lompat kat sana. Tahulah kite dah 24 tahun tapi kite rasa kite muda kot. Orang selalu ingat kite tak kahwin lagi. heeee.... 




Nanti if dari arah utara , exit kat tol Ipoh. Nanti jumpa signboard color coklat camni , just follow je. Nanti sampailah. Lost World of Tambun buka jam 10am until 6pm tapi biasalah dah excited and tak nak rasa membazir masa ( value da money okeyh ) , so both of us dah sampai sana jam 9.50am. Tak lah ramai sangat tapi 'penyambut tetamu' memang dah tunggu visitors. 


penyambut tetamu

'penyambut tetamu' tu awal-awal lagi dah panggil kite nak suruh ambil gambar sesama la kononnya. Kite tak ambil pun , husband je. Tapi time kite leka baca info-info kat situ , 'penyambut tetamu' ni boleh bulak letak muka dia sebelah muka kite. Fine! terkejut ya amat , memang mujur tak kena lempang sebab selalunya bila kite terkejut akan buat tindakan refleks. haha. Then pergi kaunter nak bayar tiket. 


Dewasa : RM 50/person

Kanak-kanak : RM 43/ person

If ada credit card Citibank ataupun kad isi minyak Mesra Petronas tu , boleh tunjukkan kat kaunter tiket. Sebab kite jenis manusia yang tak pakai credit card  , kite pakailah kad Mesra Petronas tu , dapat less dalam RM 7.50/person. So , total 2 orang dewasa RM 85.




Nanti akan dapat wristband , so pakailah sebab nak masuk kena scan barcode kat wristband tu dan akan check bag pakaian yang dibawa. Tak payah mimpi lah nak bawa makanan sendiri sebab mereka memang teliti cek. ( Air mineral sahaja dibenarkan ). Kite tak bawa masuk handbag pun , just bawak 2 beg ( pakaian tukar kite and suami ). Kena sewa locker. Sebab takde orang nak jaga beg time both of us mandi.  Locker agak besar sebab muat nak masukkan 2 beg tu , beg camera and kasut kite. Kite kaki ayam je okay. Kena ingat no locker dan password. Electronic system.


Sewa locker : RM 10 

( not refundable )


Sebelum mandi kenalah ambik gambar dulu. Layannnn.


Jadual animal show.

Memang layaklah sunburn. Sebab tak pakai sunblock.










Lepas tu mandi kat area bawah dulu. Ada ombak-ombak gitu. Tapi okla untuk berendam. Ni tempat part-part yang ada anak kecil nak main air.


Tempat mandi area bawah


Sekeliling Lost World Tambun akan ada 'aliran sungai' yang berombak macam ni





Sewa pelampung : RM 25 

( refundable )


Pelampung yang disewa hanya boleh digunakan di kawasan 3 gambar yang atas info ni. Kawasan lain guna pelampung free yang disediakan.


Kite tak sewa pun pelampung tu sebab tak thrill la untuk kami 2 orang husband-wife main kat kawasan family ada anak-anak kecil ni. hehe. Rendam badan je kat situ kejap. Jom main air tempat lain pulak.





Tapi masalahnya sebab tak tahu , seluar kite ada zip diorang cek , tak boleh main air part gelongsor tu. Sebab area tu ada pelampung yang diorang sediakan. So , diorang risaulah if zip tu boleh bocorkan pelampung tu. Hurmmm... pergi kedai diorang and beli seluar. RM 38.90 just untuk seluar mandi! Bayar je lah sebab nak main air kan even mulut dah membebel-bebel kat suami menyuarakan ketidak puashatian sebab seluar mandi yang mahal tu. Ni dah inform ni , anyone yang nak pergi sila alert. 



Gelongsor ni ada level semuanya.


Gelongsor air ni memang best and thrill. Ikut level , ada yang tiada bumbung , paling pendek , paling panjang dan gelap. Hoihhh... scary betol. Kanak-kanak ada measurement yang dibenarkan. Untuk keselamatan kan. 9 tahun lepas time Lost World of Tambun baru-baru buka , pergi dengan my family. Kite dulu main gelongsor air ni dengan mama. Pastu sekarang kite story dengan mama kite by call yang kite main ni semula. heee...

Ada satu lagi jenis gelongsor air. Lupa pulak nak snap gambar. huhu.



Kolam Air Panas

Ni area kolam air panas. Best jugak if berendam kat sini. Berendam kejap je sebab tak best langsung berendam bila hari panas terik jam 12 tengahari. Macam kena masak dalam periuk. haha.. Best berendam kat area ni bila petang sikit. Pastu dah kebulur lapar sebab penat main air , mehla mencari makanan lunch. 



Nasi Vanggey

Nasi Vanggey : RM 10 /per plate



Banyak kedai-kedai makan , stalls area tengah. Cuma a little bit pricey la. Kalau dah seluar mandi pun dah RM 38.90 , korang nak harapkan apa kan? Nasib baik sedap. So , kite x membebel sebab kenyang. haha.


Lepas lepak lunch and membersihkan diri , jam dah tunjuk kul 1pm , jomlah kita pergi surau sebab Zuhur pun dah nak masuk. Settekan solat dulu ya kawan-kawan even bersuka ria. Toilet dan surau bersih. Thumbs up!


Then , meneruskan aktiviti lain pulak. Main buaian pusing kat atas langit. Sesuka hati je bagi nama. Sorryla , gambar Google buaian pusing yang kite pinjam dari satu blog ni ( dah minta permission ) sebab lupa nak ambil gambar.. heee... 


Ni  buaian pusing. Gambar pinjam











weee... ada tiger photobomb gambar kite. 

Ada show bagi makan tiger. Ramai betul. Ada chicken dance lagi bila ayam-ayam keluar. Tak terbang pulak ayam-ayam tu. Ada lion lrt ( sesuka hati bagi nama sebab kat atas lion lrt tu ) , ada hounted chambers ( tak masuk pun ) , Kepura Cave ( ada fish dalam gua tu ) , swan lake ( naik bot swan tu , pastu kayuh ) , feeding fish. Banyak sebenarnya  , boleh pilih nak buat dan tengok yang mana. 



Dulang Tea House


Jangan risau, semua kedai makan kat sini halal ya. Dulang Tea House jauh sikit , sebab area dekat dengan Tin Valley. Tapi saja nak lepak sini pulak untuk minum petang. Tak dapat kat tempat lain suasana tu. 






Roasted Rice Tea dan Kopi Kampung




Roasted Rice Tea ni memang sedap. Telur separuh masak pun guna telur kampung. Roti tu dibakar dan disapu dengan homemade kaya. 


Set A 
( Kopi kampung , Roti bakar with handmade kaya , 'telur kampung' half boiled  ) : RM 9 / set

Roasted Rice Tea : RM 3 


Then jalan lagi tengok haiwan lain. Tengok yellow anaconda , Raccoons , landak , ostrich and macam-macam lagi. Elok if bawa anak-anak ke sini untuk pembelajaran secara terus , tak sama langsung tengok tv dengan yang real. Sebab anak-anak kecil ni selalunya teruja. Kira parent-children bonding la. Jangan sibuk dengan hal kerja je , then anak-anak terbiar rumah pengasuh. Weekend pulak lepak rumah and jalan mall je. Tak berkembang la anak-anak tu. Saving sikit part untuk travel semua. Bawa pergi mandi air terjun pun kira okay dah. 






Aaaaaa..... comels!


Till we meet again!




Dulu - dulu , my parent bawa ke sini , nanti nak bawa my children pulak if ada rezeki dapat baby. hehe.
Nak rest a few days , then bekerja lagi kite.


As-salam.

Sunday 17 August 2014

Matang Mangrove & Mi Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum w.b.t people!

Last weekend , not last sangat lah , baru semalam pergi meronda-ronda Paya Bakau Larut Matang or Matang Mangrove. Sambil mengenyangkan tekak and perut dengan husband belanja Mi Udang Kuala Sepetang yg famous tu. 

Guna waze application , dalam 20 minit dari bandar Taiping sampailah. Tak perlu bayar , free je untuk manusia yang suka kehijauan alam flora paya bakau. Laluan pejalan kaki dalam kawasan paya bakau tu luas , both of us jalan separuh jeeee. Tak larat laa.. =p

Layan gambar je eh eh.



Paham tak time ni dah pening pusing-pusing konon-konon nak bagi effect flowy. Jubah by mama kite sponsor. hik3



See.... Belakang kite ada paya bakau. Boleh tengok crab-crab kecik banyak kat situ. 



Sooo beautiful and udara pun fresh je. Still tak faham kenapa kite suka tempat yang tak crowded , sejuk , aman , tenang dan jauh dari kesesakan dan keserabutan. Nama pun manusia , hambaNya yang dhoif ni , bila kat sini rasa besarnya nikmat yang Dia bagi. Paya bakau ni banyak fungsi terutama pada ekosistem kita. Cuma , ntahlah. Kawasan ni memang diselenggara cuma tak berapa famous. So that's why nampak macam takde orang ( time datang ada lawatan student sekolah ). Ada deretan chalet-chalet kat situ tapi mestilah tak berani nak tidur situ malam-malam. hehe.



One of their chalet. 













Selepas menghabiskan masa almost 1 hour kat situ , perut dah berbunyi mintak diisi. Teringat kedai yang sama pernah abah and mama bawa makan mi udang kuala sepetang dulu , maka ajak suami kite lunch kat situ. Sedap. Tak macam yang pernah makan kat wangsa maju dulu. Yang ni yang original punya , udang lagi sedap , kuah dia memang yummy. RM 10 semangkuk. 






Close-up sikit.


Selepas menikmati lunch yang sedap ni , maka balik la rumah dengan happy and kemengantukkan. hihi. See you olls next week. InsyaAllah.


As-salam people.

Wednesday 6 August 2014

RESIPI : TIRAMISU

Assalamualaikum w.b.t.

Just to share a simple recipe , TIRAMISU. Always be my favourite. Maybe aku ni jenis suka rasa coffee and nak rasa exclusive campur rase kesedapan cheese. hik3

Kali ni recipe gabungan recipe yang duk amal 3-4 tahun lampau and hari ni adapt sikit recipe dari Nigella

Actually, hajat hati nak pergi beli barang jam 9.30 pagi and settle sikit hal kerja tapi disebabkan terpengaruh melayan group whatsapp gegurl classmates semua , maka keluar jam 12 tengah hari. Sampai kat husband sendiri pon lupa nak whatsapp dek melayan gegurl-gegurl nih. ekeke... Buat Tiramisu pun sebab my dear husband nak balik malam ni. Semoga selamat perjalanannya. Ameen.


Bahan-Bahan

250gm Anchor whipping cream
250gm cream cheese ( Selalu beli jenis Phidelphia tapi pergi kedai takde , ambil jenis Tatura )
Biskut Tiramisu Savoiardi
Gula caster 150gm
Segelas coffee/nescafe
1 biji telur ( asingkan telur kuning dan telur putih )
Esen vanilla
*Strawberry
*Hirisan coklat
*Serbuk koko


*bahan untuk hiasan



Ingredients




Cara-cara


1. Sediakan segelas coffee/nescafe dan tuang dalam pinggan ( nak bagi sejuk cepat air tu )
2. Pukul telur kuning dan gula caster sampai kembang.
3. Masukkan cream cheese dalam adunan dan putar lagi mixer. Then tambah whipping cream. Putar lagi       sampai fluffy and gebu.
4. Tambahkan sedikit esen vanilla.
5. Ambil mangkuk lain , pukul telur putih bagi kembang sikit. Bahagikan dua bahagian. 1 bahagian masukkan dalam adunan yang diputarkan tadi. Ketepikan sekejap 1 bahagian lagi.
6. Celup biskut Tiramisu dalam air coffee/nescafe tadi and susun dalam bekas. Buat 1 layer , seratakan       sedikit putih telur yang 1 bahagian tadi. Then baru letakkan adunan yang kita putarkan tu.
7. Ulang sampai habis semua.
8. Masukkan dalam peti ais bagi sejuk.
9. Nak makan , boleh hias ikut suka. Voila! siap!



Susun dalam bekas




Tiramisu just a simple cake and untuk penggemar coffee memang akan suka. 


Ni yang dah siap hias. =)


6 Ogos 2014


Buat time open house zaman belajar dulu.


Okey tu je resipi yang simple ni. Have a try! 


As-salam. Love.