Tuesday 5 January 2016

RESIPI : LEMON CAKE

Assalamualaikum.

Salam 2016. Azam tahun ini mahu jadi yang terbaik. Tak kiralah in any fields pun.

Malam tahun baru tengok Dilwale sebab husband dah siap downloadkan dah. hehe. Sambil tu buat lemon cake. Nak bawa balik Jerantut esoknya. Resipi yana ambil dari blog mana tah , tak ingat dah. Tapi owner blog tu cakap resipi from Anna Olson. 


Here , ingredients Lemon Cake 


Bahan A - 1 cawan / 226 gm butter
               - 1/1/2 cawan / 300gm gula castor
               - 1 biji parutan kulit lemon


Bahan B - 5 biji telur Gred A

Bahan C - 1/3 cawan sour cream ( yogurt )
               - 1 sk esen vanilla

Bahan D - 1 cawan tepung serbaguna ( diayak )
               - 1/1/2 cawan tepung superfine ( diayak )
               - 1/2 sk garam
               - 3 sudu besar jus lemon


Cara-cara


1. Sediakan loyang/griskan. Yana guna loyang 8 inch.
2. Pukul bahan A dengan mixer hingga berkrim. Masukkan bahan B one-by-one. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan C , pukul lagi
4. Masukkan bahan D , pukul dengan mixer kejap. And then guna spatula.
5. Tuang dalam loyang , bake 175 degree celcius , 50 minit.



Sebab sambil buat kek tengok Dilwale , kek pun terlajak masak 5 minit camtu. haha. Nasib baik tak hangit lagi. =p


my Lemon Cake



Sorry , gambar cake just diambil by phone , malas nak ambil camera. hewhewhew.


Yana curahkan dengan ganache. Senang je ganache chocolate tu. Ambil resipi ganache dengan mama. Yang rumit-rumit tak nak. heee...


Ganache :


- 1 sudu butter
- 1/2 susu krimer
- 1 cawan serbuk koko


Guna kaedah double boiled. Make sure kek dah sejuk baru curah ganache atas kek.


Aufa mengganas. Yeahh

Okey , selamat mencuba resipi senang ni. nyum-nyum. Kek ni simple je , bila yana bawa balik Jerantut , petang tu bangun tidur dah tinggal 1 slice je. huuuu.


As-salam.