Wednesday 11 November 2015

Breastfeeding Journey_6 months

Assalamualaikum w.b.t


On this time being , alhamdulillah finally dah duduk sama husband again selepas ber'pjj' almost 3 months. Rumah of coz lah bersepah lagi.


How I miss Taiping very much. Tapi bukan nak cerita pasal Taiping. but my topic today is about breastfeeding. hehe.


Since Zara Aufa lahir alhamdulillah dikurniakan susu yang mencukupi. Esok si comel tu dah masuk 6 months. Banyak jugak pancaroba or dugaan bila breastfeeding ni. Susu drop , anak tak nak bottle , my beloved father meninggal dunia. Al - Fatihah.


Susu drop disebabkan banyak faktor. Pemakanan , mind set , stress , tak jaga jadual pum , kurang minum air tu semua pernah yana lalui. Disebabkan pjj malas la kan nak masak , husband jauh so goreng je telur. Simple. Tapi effect dia major. Susu drop. Nak sampai 1 oz pun bercinta. Sedar kesalahan diri , so bila malas masak , paksa diri beli kat kedai nasi and lauk pauk. Baru susu up semula. Alhamdulillah.


Anak tak nak bottle. Punca sebab time raya puasa dulu , tak bagi bottle almost seminggu. Time tu Aufa baru 2 months. First bottle pakai Dr Brown's, then pecah ( sebab kaca , menyesal ) beli Tommee Tippee ( reject ) , NUK ( reject ) and botol RM 10 pun reject. Lastnya beli Pigeon yg standard punya puting sebab nampak anak kalau nak minum botol selagi boleh nak masukkan semua dalam mulut. Wide neck reject. RM 19 harga Pigeon puting standard tu. Lega boleh dah minum botol. hehe. 


Stress. Tak cukup rehat time arwah abah meninggal. Susu pun drop almost seminggu. Even sedih tapi tak boleh lama-lama sebab fikirkan anak yang masih perlukan susu. Tengok Running man , zikir nak bagi happy semula. Mind set kena ubah. Baru up semula susu. Lega mama tau Aufa... huhu


Tak jaga jadual pum tu macam yana perasan. Sebab bila yana pum 3-4 kali sehari susu jadi banyak. Bila skip pum , susu jadi sikit. Even tak semeriah macam orang lain tapi still mencukupi untuk anak. Alhamdulillah. Semoga Allah cukupkan until Zara Aufa 2 years. Ameen.


TAPI yang paling rasa seronok bila dapat sama-sama bagi semangat kat kawan-kawan yang preggy and baru dapat baby tentang susu ibu. Share mana yana tau. Tak baik tau x kongsi ilmu. Sebab dulu yana pun belajar dari kawan-kawan yang dah jadi ibu. Tanya pasal breastpum la and macam-macam. hehe.


And kepada ibu-ibu yang banyak susu jangan memandang rendah kepada ibu yang bagi anak susu FM. Setiap orang ada problem masing-masing or ada penyakit kena makan ubat and tak boleh bagi anak susu ibu ke. Don't judge. Bersyukurlah if dapat susukan anak. Masing-masing dah jadi ibu confirm nak terbaik untuk anak. Ibu zaman moden ni memang banyak kena belajar.



Happy Breastfeeding!




My baby girl_Zara Aufa