Monday 5 October 2015

Hire Purchase Autolife_Kenderaan

Assalamualaikum


Lately agak busy dengan kehidupan. Sampai tak terupdate blog ni. Maaf sangat. Yana nak kongsikan urusan claim insurance untuk kereta bagi kes owner/penama meninggal dunia. Seperti sedia maklum bahawa abah yana meninggal dunia last month. Kereta Suzuki SX4 yang yana gunakan sekarang masih atas nama abah sebab tak tukar-tukar nama owner kepada nama yana since beli 2012 dulu. Kereta tu abah bagi hadiah sebab dapat kerja awal dulu. Abah and mama bayar deposit kereta but monthly bayar sendiri la kan.


Time pantang haritu nak tukar nama yana tapi abah cakap tak payah lagi. Abah macam tau abah nak 'pergi'. Abah pernah bagitau if abah meninggal x perlu bayar dah. Selepas abah meninggal for the first time buka file kereta ( abah lama dah bagi file tu tapi yana x pernah buka ).


Yana baca satu persatu Ambank AUTOLIFE SCHEME ( Hire Purchase ) agreement. Sebab bayar monthly and loan kereta guna Ambank. Baca polisi sehingga ayat Notis Tuntutan.


"Bukti kematian hendaklah diberikan kepada Pihak Syarikat dalam masa 90 hari selepas tarikh kematian.... "


Kena buat cepat ni dalam masa 3 bulan. Yana ingatkan prosesnya mudah tapi rumit rupanya. Pergi ke Ambank Jerantut , disebabkan person-in-charge Hire Purchase cuti , tiada orang handle. Fine. Pergi ke Mentakab jumpa kak Ina ( orang insurans yang handle semua insurans kereta abah and mama ). Kak Ina cakap kena uruskan di Ambank Temerloh. Alhamdulillah Ambank Temerloh bagus servicenya. She explained well. Baru yana faham urutan prosesnya.


Proses :


1) First sekali pergi bank and ambil borang claim insurans autolife ( borang banyak )

2 ) kena dapatkan doctor's statement ( doctor yang in-charge isi sijil kematian tu ). Yana kena pergi hospital Temerloh ( hospital tempat arwah abah meninggal ) and dapatkan doctor's statement. Borang tu perlu letak di department bahagian Rekod Perubatan. Lampirkan sekali salinan i/c , surat beranak ,sijil kematian , sijil nikah. Tempoh menunggu borang ni siap 4 minggu.

3 ) Settlekan borang claim. Perlu ada salinan buku bank pemohon claim. Banyak lagi sebenarnya. Semua yang diperlukan ada mention dalam borang claim insurans.

4 ) Dah settle borang , baru dapatkan sign / cop Pesuruhjaya sumpah. 

5 ) Hantar ke bank. Macam yana perlu hantar semula ke Ambank.



Ni baru urusan claim insuran autolife. Belum lagi urusan tukar nama pemilik kenderaan. sobss.



Sambil ambil borang claim sambil tanya baki loan kereta. Untuk pengetahuan, polisi insurans autolife ni aktif sepanjang tempoh pembayaran loan kereta. If kereta buat loan 9 tahun , 9 tahun insurans autolife aktif. If 7 tahun , 7 tahun lah. And setiap tahun , kadar yang dicover semakin menurun.


Contoh macam kereta yana :


Tahun pertama insurans cover 52k
tahun kedua 46,200
tahun ketiga 41,780
and so on...


Baki loan kereta yana masih  RM 44,290 ( Hampeh , selama ni yana bayar interest je )

Sebab insurans autolife ni since 2012 , so dah 3 tahun. Maka pihak insurans cover RM 41,780

44,290 - 41,780 = ada baki 4 bulan lagi kena settle. pastu , x yah bayar dah kat bank. Kira tu kereta yana fully la bukan bank punya dah. 



So , yana belajar banyak perkara since abah meninggal. Banyak perkara hal dewasa yang selama ni yana pandang sebelah mata je. And the main thing , kereta tu liability bukan aset. Yana tak dapat bayang orang beli kereta sampai 90k and 100k above. Pengsan la nak bayarrrrrr... Nasib baik arwah abah ajar pakai kereta second hand je. 



Ok. itu je nak share tentang proses claim insuran hire purchase autolife ni.


Good night! As-salam.

10 comments:

  1. blh x saya nk tye, lama x nk tggu insuran cover pembyrn loan kereta? sb dah 2 bln sy hntr brg tapi still x dek ape2. loan still kena byr kat bank.. lama x tmpoh proses nk dptkan claim dr pihak insuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dokumen apa yang diperlukan untuk tuntut autolife ya?

      Delete
  2. Insuran autolife ni perlu dibeli semasa beli kereta atau sesudah penama meninggal pun bole juga kah utk claim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mase nk beli kerete....setengah bank die akan tanya siap2 ttg autolife ni

      Delete
  3. pesakit kanser tahap 4 boleh beli ke insurance autolife ni semasa beli kereta bary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh tak silap sebab mcm kita beli insurans juga.Kalau mcm tu ramai org beli kereta guna nama owner yg ada sakit kronik sbb tak perlu byar ..Tak silap ada syarat which is perlu bayar lebih 2 tahun..sbb dia akan bergantung paut dgn tahap kesihatan owner tu.

      Delete
  4. auto life ni effect tahun bila yea.... and compulsory ke?

    ReplyDelete
  5. Kalau dh bayaq keta 3 tahun boleh lg ka masuk autolife ni?

    ReplyDelete
  6. Saya dah beli kereta 2 tahun, adakah masih boleh utk ambil autolife insuran ni...

    ReplyDelete
  7. Saya nwk tanye kalo owner ken sskit stroke bolehx kitabuat tuntutan

    ReplyDelete