Friday 15 July 2016

Biasalah Mulut Orang. Hehe

Assalamualaikum semua.

Mak-mak semua , anak dah tidur ke belum? hehe. Anak dah tidur baru haaa update blog. 
Malam ni topik mak-mak. Mak-anak , biasalah topik aku sejak ada anak ni. Tak kan nak update 
story pergi karok/tengok midnight movie macam zaman bujang kan..hehe

Korang sebagai mak mesti pernah touching dengan orang kan? Aku jenis tak touching tapi mengundang annoying dalam hati je.
haha. 

Anak aku Aufa ni memang jenis tak nak kat orang , lebih lagi orang tua yang berumur 50 tahun ke atas. Yang umur 20-49 tahun tu dia pilih mana yang lembut-lembut suara dia nak la. Kalau jenis suara kuat memang dia tak nak ( mak kau suara kuat aufa weyh ) , tapi kalau budak umo sebaya dia lebih 
kurang dia nak la berkawan. Siap datang dekat lagi nak kawan. Haaaa... lagi satu dengan pengasuh aufa ok , sebab pengasuh pun memang jenis lembut orangnya.

Masalahnya bila orang dewasa nak beramah mesra mestilah akan menimbulkan situasi di mana aufa akan berada around me/suami sahaja , apetah lagi orang tu 
nak dukung kan? haha... 

Pastu adalah yang cakap , 


"Susahlah tak nak kat orang ni" " Susah nak buat kerja " " Manjanya anak "


Hurmmm , kenapa susah pulak? Aku and husband tak rasa susah pun nak jaga aufa even aufa jenis tak nak kat orang. And aku tak minta pun orang 
yang cakap camtu jaga aufa or kemas rumah aku or masak .Musykil kejap kite di situ. 


Aku dulu pun time kecik jenis tak nak kat orang , bila besar peramah je banyak mulut borak dengan orang. Hahaha


Since day 1 until umur aufa setahun aku jaga fully aufa , memanglah dia nak kat mama dia je. Hantar pulak kat babysitter , bukan kat taska. Orang yang aufa biasa jumpa adalah dalam lingkungan yg kecil. Selain waktu kerja , memang Aufa fully with me or husband. Pergi mana-mana 
angkut anak. Seoul Garden pun tak jejak lagi ni since Aufa ada sebab risau macam2.Tunggu besar sikit.. Yelah kan.. kat Seoul Garden tu jenis grill-grill 
risau kena aufa. Aku akui aku jenis paranoid sikit sebab my mum pesan ada anak ni kena fikir 10 langkah ke depan.

Tapi aku pasti bukan aku sorang je hadapi kata-kata camtu. Ramai lagi mak-mak yang alami. Cuma kena tabah sikit la.
Orang cakap camtu , kite abaikan je. Yang penting kita tak susahkan orang yang bercakap camtu kat kite. Yedok?


Bab anak manja tu maybe sebab aufa menyusu badan kot. Kebiasaannya camtulah. Bonding kuat sikit. Pantang mak xde depan mata kejap. Tapi aku okey je. 
Takde pulak rasa menyusahkan ke apa. Aku rasa berterabur aku taip malam ni. maklumlah lama dah tak update. hehe


Raya aritu. Aufa masam kena paksa ambil gambar. keh3


Oklah , kena tidur ni. Esok nak cucuk Aufa pulak. Biasalah mak-mak yg ada anak kenalah vaksinkan anak. Nyte!

As-salam.