Thursday 25 September 2014

Awal Kehamilan

Assalamualaikum


Alhamdulillah, pada masa yg tepat Allah anugerahkan ku kehamilan. Dah 7 minggu yang telah bermulanya alahan. Anggap satu pengalaman yg perlu dilalui setiap ibu mengandung. Ini kehamilan yg kedua. Yg pertama , Allah hadirkan sekejap sahaja sebelum gugur pada 3 Januari dulu. InsyaAllah Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik , bila masa yg tepat. Ya , agak lama nak ada baby. dah setahun setengah. Penat dah mendengar pertanyaan demi pertanyaan " Bila nak ada baby?" . Soalan sebegitu hanya layak disoal oleh mama and mak mertua sahaja. Yang lain bertanya memang rase sedikit terkilan. Tapi kami suami isteri memang tak pernah ambil tahu pun , just enjoy da moment with each other.hik3.


Time check up tu rupanya time pergi Lost World of Tambun dulu dah preggy 1 week. wowo. Syukur tiada apa yg berlaku sebab memang tak tahu , and buat pregnancy test pun negative lagi. Dahla perangai bila jumpa air macam ape tah , melompat-lompat bagai kat sana. Bila ingat semula seriau rasa. 


So far , alahan x boleh nak masuk dapur , rasa penat , muntah ikut rase bile baby nak bagi mummy die muntah, makanan minyak say sorry. Boleh telan sup , tom yum , singgang , ikan bakar cenggitu je. Alhamdulillah bekerja sendiri , so boleh arrange masa sendiri. Kalau larat buat , kalau x larat tunggu kejap. hehe.


Suami tersayang memang penyabar , time alahan memang mostly si dia yg ambil alih tugas. Memang xde dah soalan " Abang nak makan ape? Yana masakkan. ". Sekarang , " Nanti beli lauk .... Jom pergi makan kedai bang. ". Lepas bersalin nanti nak tanya , si dia nak baby lagi tak. haha. Pastu sekarang dah mula perangai nak shopping barang baby. Memang tak kisah dah penampilan sekarang sebab time preggy ni dah mula malas nak melawa. Faktor hormon mungkin. Minggu depan dah la nak raya haji dah , memang buat derk je pasal baju. Kalau dulu , aku la orang paling excited tengok baju nak matching dengan suami. Sekarang tengok baju , hurmmmm je la. haha



Okla , next time je la eh update lagi sebab nak call nenek. Nak minta nenek buat soto time raya haji. Rendang-rendang memang aku pandang sebelah mata je la sekarang. 



As-salam people.



Thursday 4 September 2014

20 facts about me

Assalamualaikum people.


Just to share 20 facts about me. Kite segan nak share kat Instagram or facebook sebab kite bukan retiss. hihi. Just share di blog sahaja sekadar suka-suka. Here we go!


1. Wife kepada Mohd Hafiz bin Mohd Yaziz. Tunang umur 22 tahun , khawin umur 23 tahun. 

2. Love travel , jenjalan. At least , 3 months sekali akan pergi travel. Dalam Malaysia pun cantik. Ada rezeki boleh gi oversea.

3. Tak suka lipat kain. Suka basuh baju je. So , husband kite selalu tolong bab ni.

4. Suka masak bila rajin. And if ingredients tak lengkap macam tak best nak masak.

5. Tak suka orang pemalas dan selekeh. 

6. Ada kereta Suzuki SX4 sedan. Patutnya nak pakai Evo dulu tapi mama tak bagi sebab mama cakap red color macam keta mainan. Sobs.

7. Tergolong dalam manusia yang tak pakai credit card. Suka bayar cash.

8. Dulu lompat class time PTS darjah 3 dulu.

9. Suka vintage.

10. Suka orang amek pic kite tapi now husband je la tukang amek.

11. Ada kawan rapat sikit je. Tak banyak kawan. But , I'm ok dari ada ramai tapi annoying. hehe.

12. Suka usaha sendiri nak achieve something. Kurang gemar cara hidup yang negative.

13. Suka baca kisah orang business yang berjaya. Motivation.

14. Garang.

15. Dah tak boros lepas khawin. Husband pun perasan bab nih. ( Dulu ambik je barang masuk stroller , now tengok jugaklah harga )

16. Pernah keguguran pada 3 Januari 2014. Takde rezeki. Tak payah la sebok-sebok nak tanya. Orang yg boleh tanya mama  and mother in law sahaja. Orang lain rase nak lepuk.

17. Not a typical woman sebab suka kereta sport and design cantik. Berangan pun selalu dah. hehe.

18. Ada adik sorang je , Form 3. Sorang lagi dah meninggal. Al-Fatihah untuk arwah Nabila.

19. Sejak married memang jaga pemakanan. Dah kurang makan fastfood.

20. Tak boleh 'jalan' sangat dengan orang senyap sebab nanti mati idea. Tapi husband kite jenis tak banyak cakap. Dia sorang je boleh 'jalan' dengan kite. hehe.







As-salam.