Thursday 25 September 2014

Awal Kehamilan

Assalamualaikum


Alhamdulillah, pada masa yg tepat Allah anugerahkan ku kehamilan. Dah 7 minggu yang telah bermulanya alahan. Anggap satu pengalaman yg perlu dilalui setiap ibu mengandung. Ini kehamilan yg kedua. Yg pertama , Allah hadirkan sekejap sahaja sebelum gugur pada 3 Januari dulu. InsyaAllah Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik , bila masa yg tepat. Ya , agak lama nak ada baby. dah setahun setengah. Penat dah mendengar pertanyaan demi pertanyaan " Bila nak ada baby?" . Soalan sebegitu hanya layak disoal oleh mama and mak mertua sahaja. Yang lain bertanya memang rase sedikit terkilan. Tapi kami suami isteri memang tak pernah ambil tahu pun , just enjoy da moment with each other.hik3.


Time check up tu rupanya time pergi Lost World of Tambun dulu dah preggy 1 week. wowo. Syukur tiada apa yg berlaku sebab memang tak tahu , and buat pregnancy test pun negative lagi. Dahla perangai bila jumpa air macam ape tah , melompat-lompat bagai kat sana. Bila ingat semula seriau rasa. 


So far , alahan x boleh nak masuk dapur , rasa penat , muntah ikut rase bile baby nak bagi mummy die muntah, makanan minyak say sorry. Boleh telan sup , tom yum , singgang , ikan bakar cenggitu je. Alhamdulillah bekerja sendiri , so boleh arrange masa sendiri. Kalau larat buat , kalau x larat tunggu kejap. hehe.


Suami tersayang memang penyabar , time alahan memang mostly si dia yg ambil alih tugas. Memang xde dah soalan " Abang nak makan ape? Yana masakkan. ". Sekarang , " Nanti beli lauk .... Jom pergi makan kedai bang. ". Lepas bersalin nanti nak tanya , si dia nak baby lagi tak. haha. Pastu sekarang dah mula perangai nak shopping barang baby. Memang tak kisah dah penampilan sekarang sebab time preggy ni dah mula malas nak melawa. Faktor hormon mungkin. Minggu depan dah la nak raya haji dah , memang buat derk je pasal baju. Kalau dulu , aku la orang paling excited tengok baju nak matching dengan suami. Sekarang tengok baju , hurmmmm je la. haha



Okla , next time je la eh update lagi sebab nak call nenek. Nak minta nenek buat soto time raya haji. Rendang-rendang memang aku pandang sebelah mata je la sekarang. 



As-salam people.



No comments:

Post a Comment