Wednesday 11 November 2015

Breastfeeding Journey_6 months

Assalamualaikum w.b.t


On this time being , alhamdulillah finally dah duduk sama husband again selepas ber'pjj' almost 3 months. Rumah of coz lah bersepah lagi.


How I miss Taiping very much. Tapi bukan nak cerita pasal Taiping. but my topic today is about breastfeeding. hehe.


Since Zara Aufa lahir alhamdulillah dikurniakan susu yang mencukupi. Esok si comel tu dah masuk 6 months. Banyak jugak pancaroba or dugaan bila breastfeeding ni. Susu drop , anak tak nak bottle , my beloved father meninggal dunia. Al - Fatihah.


Susu drop disebabkan banyak faktor. Pemakanan , mind set , stress , tak jaga jadual pum , kurang minum air tu semua pernah yana lalui. Disebabkan pjj malas la kan nak masak , husband jauh so goreng je telur. Simple. Tapi effect dia major. Susu drop. Nak sampai 1 oz pun bercinta. Sedar kesalahan diri , so bila malas masak , paksa diri beli kat kedai nasi and lauk pauk. Baru susu up semula. Alhamdulillah.


Anak tak nak bottle. Punca sebab time raya puasa dulu , tak bagi bottle almost seminggu. Time tu Aufa baru 2 months. First bottle pakai Dr Brown's, then pecah ( sebab kaca , menyesal ) beli Tommee Tippee ( reject ) , NUK ( reject ) and botol RM 10 pun reject. Lastnya beli Pigeon yg standard punya puting sebab nampak anak kalau nak minum botol selagi boleh nak masukkan semua dalam mulut. Wide neck reject. RM 19 harga Pigeon puting standard tu. Lega boleh dah minum botol. hehe. 


Stress. Tak cukup rehat time arwah abah meninggal. Susu pun drop almost seminggu. Even sedih tapi tak boleh lama-lama sebab fikirkan anak yang masih perlukan susu. Tengok Running man , zikir nak bagi happy semula. Mind set kena ubah. Baru up semula susu. Lega mama tau Aufa... huhu


Tak jaga jadual pum tu macam yana perasan. Sebab bila yana pum 3-4 kali sehari susu jadi banyak. Bila skip pum , susu jadi sikit. Even tak semeriah macam orang lain tapi still mencukupi untuk anak. Alhamdulillah. Semoga Allah cukupkan until Zara Aufa 2 years. Ameen.


TAPI yang paling rasa seronok bila dapat sama-sama bagi semangat kat kawan-kawan yang preggy and baru dapat baby tentang susu ibu. Share mana yana tau. Tak baik tau x kongsi ilmu. Sebab dulu yana pun belajar dari kawan-kawan yang dah jadi ibu. Tanya pasal breastpum la and macam-macam. hehe.


And kepada ibu-ibu yang banyak susu jangan memandang rendah kepada ibu yang bagi anak susu FM. Setiap orang ada problem masing-masing or ada penyakit kena makan ubat and tak boleh bagi anak susu ibu ke. Don't judge. Bersyukurlah if dapat susukan anak. Masing-masing dah jadi ibu confirm nak terbaik untuk anak. Ibu zaman moden ni memang banyak kena belajar.



Happy Breastfeeding!




My baby girl_Zara Aufa

Monday 5 October 2015

Hire Purchase Autolife_Kenderaan

Assalamualaikum


Lately agak busy dengan kehidupan. Sampai tak terupdate blog ni. Maaf sangat. Yana nak kongsikan urusan claim insurance untuk kereta bagi kes owner/penama meninggal dunia. Seperti sedia maklum bahawa abah yana meninggal dunia last month. Kereta Suzuki SX4 yang yana gunakan sekarang masih atas nama abah sebab tak tukar-tukar nama owner kepada nama yana since beli 2012 dulu. Kereta tu abah bagi hadiah sebab dapat kerja awal dulu. Abah and mama bayar deposit kereta but monthly bayar sendiri la kan.


Time pantang haritu nak tukar nama yana tapi abah cakap tak payah lagi. Abah macam tau abah nak 'pergi'. Abah pernah bagitau if abah meninggal x perlu bayar dah. Selepas abah meninggal for the first time buka file kereta ( abah lama dah bagi file tu tapi yana x pernah buka ).


Yana baca satu persatu Ambank AUTOLIFE SCHEME ( Hire Purchase ) agreement. Sebab bayar monthly and loan kereta guna Ambank. Baca polisi sehingga ayat Notis Tuntutan.


"Bukti kematian hendaklah diberikan kepada Pihak Syarikat dalam masa 90 hari selepas tarikh kematian.... "


Kena buat cepat ni dalam masa 3 bulan. Yana ingatkan prosesnya mudah tapi rumit rupanya. Pergi ke Ambank Jerantut , disebabkan person-in-charge Hire Purchase cuti , tiada orang handle. Fine. Pergi ke Mentakab jumpa kak Ina ( orang insurans yang handle semua insurans kereta abah and mama ). Kak Ina cakap kena uruskan di Ambank Temerloh. Alhamdulillah Ambank Temerloh bagus servicenya. She explained well. Baru yana faham urutan prosesnya.


Proses :


1) First sekali pergi bank and ambil borang claim insurans autolife ( borang banyak )

2 ) kena dapatkan doctor's statement ( doctor yang in-charge isi sijil kematian tu ). Yana kena pergi hospital Temerloh ( hospital tempat arwah abah meninggal ) and dapatkan doctor's statement. Borang tu perlu letak di department bahagian Rekod Perubatan. Lampirkan sekali salinan i/c , surat beranak ,sijil kematian , sijil nikah. Tempoh menunggu borang ni siap 4 minggu.

3 ) Settlekan borang claim. Perlu ada salinan buku bank pemohon claim. Banyak lagi sebenarnya. Semua yang diperlukan ada mention dalam borang claim insurans.

4 ) Dah settle borang , baru dapatkan sign / cop Pesuruhjaya sumpah. 

5 ) Hantar ke bank. Macam yana perlu hantar semula ke Ambank.



Ni baru urusan claim insuran autolife. Belum lagi urusan tukar nama pemilik kenderaan. sobss.



Sambil ambil borang claim sambil tanya baki loan kereta. Untuk pengetahuan, polisi insurans autolife ni aktif sepanjang tempoh pembayaran loan kereta. If kereta buat loan 9 tahun , 9 tahun insurans autolife aktif. If 7 tahun , 7 tahun lah. And setiap tahun , kadar yang dicover semakin menurun.


Contoh macam kereta yana :


Tahun pertama insurans cover 52k
tahun kedua 46,200
tahun ketiga 41,780
and so on...


Baki loan kereta yana masih  RM 44,290 ( Hampeh , selama ni yana bayar interest je )

Sebab insurans autolife ni since 2012 , so dah 3 tahun. Maka pihak insurans cover RM 41,780

44,290 - 41,780 = ada baki 4 bulan lagi kena settle. pastu , x yah bayar dah kat bank. Kira tu kereta yana fully la bukan bank punya dah. 



So , yana belajar banyak perkara since abah meninggal. Banyak perkara hal dewasa yang selama ni yana pandang sebelah mata je. And the main thing , kereta tu liability bukan aset. Yana tak dapat bayang orang beli kereta sampai 90k and 100k above. Pengsan la nak bayarrrrrr... Nasib baik arwah abah ajar pakai kereta second hand je. 



Ok. itu je nak share tentang proses claim insuran hire purchase autolife ni.


Good night! As-salam.

Sunday 13 September 2015

Kehilangan

Assalamualaikum.


Tanggal 9 September 2015 yana kehilangan seorang abah. 
Abah mengalami infection pada kaki kiri ( sepsis ). 
Diabetic.
Redha abah pergi mengadap Illahi.
Sebaik terima berita meninggal dari adik jam 1.50 pagi , terus peluk anak dan menangis.
Hanya Allah yang tahu rasa kehilangan tu.
Pergi ICU dan melihat mama tabah.
Mama berpesan jangan menangis kuat.
Redhakan abah pergi...


Alhamdulillah urusan pengkebumian lancar. 
Suami bantu sehingga di kubur.
Abah hanya ada anak perempuan.
Zara Aufa memahami , sangat behave. Terima kasih nak.


Hari Ahad haritu ( 6 September ) jumpa abah di wad. 
Abah masih mampu bercakap.
Abah sayang sangat cucu.
Cucu pertama.
Bila yana pandang gelang emas Aufa , sedih rasa hati ini.
Ayat yang akan paling yana ingat sampai bila-bila.


" Aufa mana? "


Al-Fatihah.


Dalam kenangan dan doa. Abah , Arba'ae bin Abdul Wahap.


# bayi bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan masuk menemui pesakit. Limit setakat di cafe hospital.

Friday 4 September 2015

RESIPI : BUBUR BUTIR NANGKA

Assalamualaikum semuaaaaa


Dengan menggunakan kepantasan maksima hari ini , dapatlah update blog sekejap. Nak share resipi dan juga sebagai buku nota masakan jugak kadang-kadang blog ni. Arini buat bubur butir nangka. Nenek panggil bubur banjar. Panggillah ape-ape pun asalkan makanan. hehe. Dari last week jugaklah nak buatnya tapi duk tertangguh je haaaaa.... 

Arini pun buat tertangguh - tangguh sebab ada baby kan. Die tidur sempatlah buat butir nangka tu. Kuah x settle lagi. Dia tidur fasa kedua baru dapat buat kuah buburnya. hihi


Resipinya senang je. 


Bahan-bahan biji butir nangka ( 1 adunan )

2 cawan tepung pulut
pewarna merah / air pandan
air secukupnya



Sebab buat 2 adunan , kite doublekan jadi 4 cawan tepung pulut. Campur semua sekali and uli kecik-kecik macam besar biji butir rambutan. Kenapa nama dia bubur butir nangka? Patutnya bubur biji rambutan la kannnn.. heeee... Daun pandan tu minta permission aunty sebelah rumah nak ambil daun pandan dia. Aunty tu rajin menanam. Nak harapkan kite , memang mati la pokok tu. haha

Dah uli macam gambar bawah ni , boleh la rebus dalam air yang menggelegak. Tunggu sampai timbul tauuuu baru angkat. Tak timbul jangan angkat.


Original color pandan




Dah siap rebus , masukkan dalam sebekas air. 


Bahan- bahan kuah

Santan ( kite beli RM 4 santan ) - kalau buat 1 adunan butir nangka tu , santan guna RM 2
Air - 2 mug
1 gula melaka
4 sudu gula pasir
Garam sikit
Halba 1 sudu
Daun Pandan sehelai




Kacau bagi masak and agak dah ok kuah dia , tapis biji butir nangka yang dah siap direbus tu and masukkan dalam kuah. Kacau dalam 3 minit , siap ! Tutup api and biar sejuk sikit baru masuk peti ais. Sedap. Kite kemain beli halba tapi lupa nak masukkan dalam kuah. Halba tu tak letak pun takpe.



Masuk peti ais



Ok nak layan baby Aufa pulak. Hari ni dia punya peel kemain nak main. Dah main penat. Bila penat tak reti tidur sendiri. haha. 


Ni budak nya. Hai , nama saya Zara Aufa.


Selamat mencuba! 


As-salam.



Sunday 16 August 2015

Birthday Celebration : The Coffee Bean & Tea Leaf

Assalamualaikum

Last week 14 Ogos birthday my husband. Wifenya nak belanja makan but he request nak minum coffee and cake je. Pening wife ni nak fikir cafe mana nak bawa. Yang penting bukan Starbuck.



My cake



End up , pergilah The Coffee Bean & Teal Leaf. Favourite coffee kat sini and makan cake. Yang penting ingat tarikh kan. Semoga dengan pertambahan usia akan menambahkan lagi rasa kasih sayang kita berdua. Si kenit Zara Aufa time hari tu mood tak berapa nak okey , so si kenit nak susu. Sebab macam okey je takde orang , direct feeding kat situ je terus. Yang penting aurat tutup. Senangnya breastfeeding ni. Anytime , anywhere.








Tengok buah hati





Dua dua buah hati. Disebabkan dah ada baby , maka makan pun cecepat je. Tak sempat dah nak berpandang mata if si kenit tak tidur. hihi. And my review , coffee kat sini sedap!


Happy Belated Birthday my dear husband.


As-salam and good nite.

Thursday 6 August 2015

RESIPI : Victoria Sandwich Cake Aidilfitri 2015

Assalamualaikum w.b.t


Selepas habis pantang haritu , dah dekat nak raya. Mama  suruh buat cake banyak sikit sebab nak bagi nenek , my mother in law sebab tahun lepas first day raya bukan kat Pahang. Contract cake sahaja tahun ni yang yana buat. Contract rendang , mama suruh adik buat. cewwaahhh adik , belajar buat rendang dengan mama. Mama jadi mandur. Sejak kecil mama dah train anak perempuan dia buat menda-menda camni. Nasib ada adik beradik sikit , Tak tolong kesian pulak tak sampai hati. 

Semua kena buat dari kemas rumah , prepare untuk raya , masak semua lah. Disebabkan my mama ni pengemas orangnya , sampai garaj belakang rumah pun mama suruh sapu padahal banyaaaakkkkk lagi kerja tak siapppp ni. Terpaksa yana dengan adik cakap " Mama, takde orang pun nak tengok garaj belakang ni , kita skip mana yg boleh , buat yg penting dulu , makanan ". haha.


 One day tu macam nak tercabut badan. Ada anak bukan alasan bermalasan , anak nak susu je mama bagi pelepasan sekejap. So , adalah 6 biji cake kena buat. Cheesecake Apple , Rainbow cake and Victoria Sandwich Cake. Nasib biskut raya buat seminggu awal. 



Banyak pulak cite pasal raya ni kan. Meh nak share 1 resipi coz yang cake Victoria Sandwich ni yana ambil resipi dari blog Victoria Sandwich Cake masam manis . Terima kasih pada owner blog coz jadi cakenya itu bila yana try resipi tu. Esok dah raya kot , mana sempat kalau nak ada failure time saat genting camni.


BAHAN - BAHAN


220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Rajinkan diri ayak 3 kali bahan yang kat atas ni.

250 gm gula castor
250gm butter
2 sudu besar golden syrup ( yana letak madu )
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur gred A



CARA - CARA

Campur gula castor , butter dan golden syrup/madu and pukul sampai kembang , gebu gebas.
Masukkan telur sebiji demi sebiji ( jangan lupa basuh telur tu sebelum guna )
Tambah esen vanilla and pukul kasi rata lagi
Masukkan tepung yang kita dah ayak 3 kali tadi tu sikit demi sikit.
Kaup sekeliling bekas kasi rata.
Loyang make sure dah griskan. If cake nak tinggi guna loyang 8 inch. Yana guna yang 9 inch. So , tak tinggi sangat.










Untuk hiasan cream , ada yang guna whipping cream. yana guna buttercream + blueberry syrup. So bau and rasa buttercream yana macam blueberry. Buah strawberry tak sempat nak beli , tabur je rainbow rice yang colourful tu. Yang penting cake jadi. hahaha.




Ni gambar raya time petang Raya Pertama with belah my mama punya family. Even macam terlambat , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin !



Ok. Goodnyte. As-salam.

Wednesday 24 June 2015

5 Mitos Semasa Berpantang

Assalamualaikum


Dah habis bersalin, mesti lalu fasa berpantang. For me , pantang ni taklah teruk mana cuma memenatkan je la. Sebab bab makan tu yana makan je macam takde perasaan apa yang mama masak untuk orang berpantang. Takde pulak rasa nak makan shushi ke , pasembor ke , patin tempoyak ke. So , makanan berpantang tu bakar and sup je la. Orang lain makan depan - depan pun releks je. Time akhir-akhr pantang tu je lah keinginan nak makan dessert tu membuak-buak , tapi tak makan jugak sehngga habis pantang. Takut anak kembung perut karang naya je.


Termelalut pulak , actually time pantang ni yana banyak observe mitos-mitos orang tua lama and membuatkan my nenek fed-up. Pastu membangkang , and tak buat. kih3


1. HICCUP


Hiccup or sedu. Mitos letak tisu basah kat dahi baby boleh hilangkan sedu. Takde kaitan pun sebenarnya. Macam kita jugaklah , sedu  je gi dapur ambil air segelas minum. Takdepun kita tempek tisu basah kat dahi kan. So , yana kalau anak sedu , bagi susu sikit buat hilang sedu tu. Or kalau Aufa dah kenyang tapi sedu , terbalikkan badan dia and tepuk-tepuk sikit belakang badan. So far , Aufa hilang je sedu bila buat camni. 


2. JAUNDICE


Ini memang merunsingkan yana sebab Aufa prolong jaundice. Doctor cakap sebab yana darah O. So , risiko tinggi la kuning tu lama sikit. Tapi sebab first time jadi mommy ni , yana nangis depan doctor tu. hahaha. But doctor pesan breastfeeding je sebab kuning ni takde ubat. Orang tua-tua cakap kena minum susu kambing la ( susu kambing panas tau , bahaya kat baby ) , titis air anggur la kat baby ( yana yg makan anggur tu ) . Yana bab bagi baby makan minum sebelum 6 bulan memang tak laa nak bagi. Nasib baik abah and mama camtu gak tak bagi. Kalau setakat mandi dengan air daun or air ubat sinseh kira accepted lagi. Sebab usus baby sangat laa fragile.


My rule : Hanya susu je boleh untuk Aufa sehingga umur 6 bulan. 



3. BEDUNG


Bedung ni yana accept cuma separuh je la acceptnya. Bedung ni bagus untuk melenakan baby time tidur agar tak tersentak-sentak bangun. Cuma yang tak bagusnya if bedung terlampau ketat sampai ke kaki, Tak elok untuk tulang baby if terlampau ketat. If my nenek bedung Aufa ketat camtu , ada je alasan yana nak bagi buka and bedung style yana. Nenek bedung siap ikat kat kaki. Bedung seeloknya bahagian ruangan kaki tu bagi lepas bebas , means kaki boleh gerak. Alasan nya , nak cek pampers la , hari panas la. Lastnya nenek give up. 



Recommendation : If untuk bedung , belilah bedung yang material dia cotton flannel. Ada jual kat instagram , cari je guna hashtag #bedungbaby. Sebab material dia comfy and bila bedung , lilit camtu je and baby tak dapat buka ,  tapi bahagian kaki boleh bebas



4. COFFEE


Time pantang , nenek benarkan yana minum coffee , susu and air suam je boleh. Based on pemerhatian  , bila yana minum coffee baby susah nak tidur. So yana kurangkan coffee , minum susu and air suam je. Alhamdulillah baby dapat tidur nyenyak. Bayangkanla sepanjang pantang minum susu dengan air suam je. Air milo risau poo-poo keras lak , nanti sembelit naya ke diri sendiri and baby. Konsep redha amat penting di sini. Hadap je la sehingga habis pantang susu tu. hihi. 



5. CUKUR JAMBUL


Cuma adat orang lama ni kena cukur jambul hari ke 40 la , kena ada kelapa ( macam budaya hindu ) nak letak rambut baby la. No no no. Hari ke 40 tu adat melayu je , sunnah hari ke 7. Cukur rambut sehingga botak ya. Supaya rambut yang keluar lepas ni rambut yang sihat and dapat membuang rambut yang dari dalam perut lagi. Yang cukur rambut Aufa is my uncle. Nasib baik uncle yana ni ustaz and memang dia ambil upah cukur rambut kat Johor Bahru sana. Cucu sedara sendiri taklah uncle yana ambil upah. Lega jugak takde ikut adat-adat melayu ni. Alhamdulillah.








Tu je lah mitos yana jumpa sepanjang pantang. Nasib baik jugaklah mama and abah jenis tak ikut sangat mitos-mitos orang lama , lebih lagi berkaitan makan minum baby. And setiap orang yang ada anak perlu ada pendirian sendiri. If dah tau something tu boleh memudaratkan your baby , why nak ikut jugak , sebab takut kecil hati or sebagainya. Just explain it by words or your act. InsyaAllah orang akan faham.


Your baby is your rule.


apa la mama cakap ni...



First time mommy - Yana

Thursday 11 June 2015

Zara Aufa Melihat Dunia

Assalamualaikum.


Alhamdulillah lahirnya puteri kecil pada 13 Mei 2015 yang lepas di Hospital Taiping ( currently berpantang di Pahang ). Sebab kekangan masa maka tak terupdate pun blog ni. Hari ni pun dah hari ke 28 berpantang. hik3.


Let me share my experience. Obviously my first experience delivery a baby! Weeeeeee....


5 pagi 


Owh crap ! Coz seriously tak dapat tidur langsung. Mandi kul 2 pagi tu dah , makan dah , pusing-pusing pun dah. Tapi kenapa sakit macam pelik je ni jam 5 pagi ni. Suami dah asyik kena kacau je dengan isteri sendiri sampai kesian nak kejut. Whatsapp si Zahidah , mommy si Zaim ni tanya. Application Contraction timer kat phone time ni la berguna coz catat selang masa contraction tu. Bloody show memang tak kuar pun. Harapkan contraction selang 10 minit je time ni. Subuh suami bangun tanya nak pergi hospital ke. Memang tak laaaaa nak serah diri awal kat hospital. Serik haritu pasal sakit SPD tu doctor cek jalan. Selagi tak nangis tak nak pergi hospital.



7 pagi


Time ni suruh suami pergi je ofis sebab sakit contraction tu macam boleh tahan lagi. Time ni dah selang masa 8 minit. Makan kurma , minum air zam zam , and sambil menahan sakit. Sakit tu macam senggugut cuma kuat lagi. Member-member yang pernah tengok yana senggugut time study dulu and kerja memang tau camne diri ni dengan berpeluh menahan sakit and ambil MC tak pergi lecture and kerja. Dahlah jenis tak tahan sakit. Time ni terfikir dah , mampu ke nak bersalin normal ni. wuwuwu



9 pagi


Suami dah sampai rumah dari ofis. Sebab dah rasa sakit sangat minta suami balik. Padahal baru je 15 minit camtu kat ofis. ngeh3. Suruh suami urut-urut pinggang and nak minum milo. Time ni dah selang masa dalam 7-6 minit camtu. Suami ada buat air yassin and minum. Buku pink semua and kelengkapan nak masuk wad nanti semua dah ready. Tinggal ready nak pergi hospital je yang tak rela lagi. Tahan lagi tahan sakit tuuu.



12 tengahari


Fine. Dah tak tahan dah ni sampai nangis. Jomla pergi hospital sekarang! 

Start kereta semua pergilah ke hospital yang jarak 5 minit tu je. Even 5 minit pun tapi rasa macam nak langgar je semua kereta kat depan. Kalau pakai Hummer kan best. hehe. Tapi even sakit-sakit tu sempat lagi cakap kat suami " Jaga sikit kereta kat depan tu ". Memang pantang sikit kalau kereta or motor dekat-dekat dengan kereta sendiri. Sempat lagi kan sakit-sakit tu...


Sampai hospital terus pergi labour room. Daftar dulu. Ada ruangan menunggu and ada 3 orang mommies lain tengah daftar jugak nak bersalin. Tapi dengan muka tak malu bawa bantal ayam kuning tu and menonggeng kat kerusi tu. Orang lain duduk elok je , yana camtu siap bawa bantal. Muka dah tak malu sangat. keh3


Doctor cek dah 4 cm bukaan. Okey , boleh terus masuk labour room. Tak yah masuk wad lagi. Salin baju and masuk labour room. Suami kat luar time tu. Hospital Taiping punya labour room yang lama suami tak boleh masuk teman wife , yang bahagian baru kat bangunan baru tu belum guna lagi. Maybe bila dah pindah bangunan baru , boleh la kot teman wife bersalin macam kat Hospital Jerantut ( salah satu faktor tak nak bersalin kat Hospital Jerantut sebab abah and mama cakap nurse and garang ). Sebab dah sakit sangat maka pergantungan kat Allah tu tinggi , rasa takde orang boleh tolong. Just minta suami doa je.



2.30 petang


Doktor cek bukaan dah 7 cm. Nak pecahkan air ketuban. Owh lupa nak bagitau , even government hospital , boleh je request doctor perempuan sebab kat labour room tu nampak ada je doctor perempuan. Labour room hanya dipisahkan dengan tirai , maka kau dengarlah suara perempuan tirai sebelah. Tengah sakit tu tengok jam and dengar orang bersalin. Pengalaman jugakla tu.


Then , selepas dikeluarkan air kencing guna tiub maka air ketuban dipecahkan. Panas tau air ketuban tu. Nurse kat situ baik , siap ajar camne nak push even yana ada jugak study push2 ni tapi bila dah sakit separuh nyawa tu almost hilang la ilmu tu. haha. Borak-borak dengan nurse and doctor kat situ. 



6 petang


Rasa sakit sangat sampai bergegar katil tu pegang and panggil nurse. Doctor cek bukaan dah almost 10 cm. Ready nak teran je ni. Kat fasa ni sakit macam nak terberak tapi tak boleh keluar. Macam hilang tenaga jugak la sebab seharian tu makan kurma je. Nasi tak lalu nak makan sebab sakit tengahari tu. Push punya push dengan bantuan ajaran doctor and nurse keluarlah baby jam 6.23 petang. Kena episotomi. Tapi jahit sikit je sebab doctor cakap jangan angkat punggung time teran and masa kena jahit tu sekejap je. Episotomi tu tak rasa sangat jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. 


Dah settle tu , doctor cek baby semua and bawa baby jumpa suami. Then , baby diletakkan semula kat yana untuk bonding or skin to skin breastfeeding. Time tengah jahit tu la baby diletakkan kat yana. Bonding time di labour room , doctor bagi 1 jam sebelum ditolak ke wad. Bestnya dapat peluk baby sendiri , rasa terus keibuan camtu.



8 malam


Masuk wad.

Selepas 24 jam di wad , baby dah poo poo semua maka boleh dis-charged. Terima kasih doctor and nurse yang baik-baik di Hospital Taiping. Service pun cepat. Nasib baik bersalin kat Taiping. hehe.





Alhamdulillah. Our beloved daughter , Zara Aufa bt Mohd Hafiz. Mama and daddy dah tunggu almost 2 years. =) 





As-salam.

Tuesday 12 May 2015

Overdue Pregnant

Assalamualaikum semuaaaa!


Ni entry semasa 40 weeks 1 day. Fineee... baby tak nak kuar lagi. Seronok menendang and dancing lagi dalam tu. Kurma pun dah habis sebekas lagi. Kunyah-kunyah.


Aritu kan ada story kena SPD ( Symphisis Pubis Dysfunction ) time week 36-38. Bersyukur tau lepas tu dapat jalan semula , kalau x pakai wheelchair. Nikmat berjalan tu tak dapat nak cakap camne , seronok. Happy sampai drive kereta semula. Overrr sangat. Tapi memang drive pergi bandar pun time 40 weeks semalam. Kih3. 


Mama and abah jangan cite la. Setiap hari diorang call , " rasa sakit tak ? " , " bila nak bersalin ni? ". Cucu first memang camni. Untungla kau nak , atuk nenek kau tu minta je lah pape. Dapat la tu nanti. Dengan anak garang , dengan cucu cairrrrr ( even baby x kuar lagi ). haha.



Suami tersayang pun excited. Mostly baju style-style and gaun ni suami la yang pilih. Cantik jugak taste suami aku ni. Nama pun suami pilih. Kite setuju je. Suami yang excited study cara nak mandikan baby semua , tengok video #hanabelipat setiap hari , tengok video baby macam-macam ragam. Kite? study pasal pantang , study pasal breastfeeding sampai nak muntah membaca. haha.



Tips nak cepat baby keluar semua dah buat. Satu ape tak jadi. Jalan kat mall dah , make love dah , minum makan nak cepatkan keluar dah , drive kereta pun dah , squat and bersenam dah , pusing Taman Tasik Taiping pun dah , panjat tangga rumah ni pun dah. Malas la cenggini. Doa kat Allah je supaya Allah mudahkan urusan bersalin. Kalau Allah cakap Kunfayakun , jadilah ia.



So baby , mommy tanya , bila nak keluar ni??

Friday 17 April 2015

Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD )

Assalamaualaikum.


Now dah 36 weeks 5 days. Wuohhh. Almost there baby!


Amost there but yana x sure bila baby nak keluar sebab no contraction at all , no blody show or whatever yang boleh dikesan sebagai tanda bersalin. But yana baru keluar wad semalam. Pity for me.


Chronology :



Isnin 

dah mula rasa sakit pada celah paha , kelangkang bila jalan. 



Selasa 

 Jalan semakin slow tapi boleh drive kereta lagi pergi klinik kesihatan untuk check-up mengandung. Doc and nurse dah mention baby 3/4 engaged. Kira masuk laluan dah la. 



Rabu 


Settlekan kerja sebelum cuti panjang , pergi beli phone lain sebab phone lama tak boleh on langsung. And on that time drive sendiri , lepas settle , nak makan Secret Recipe sebab macam nak makan kek before bersalin. Makan Durian Cheese and Caramel Latte. Belasah je la sebab dah boleh bersalin dah ni nak makan durian and minum coffee. haha ( yana pantang durian and coffee sepanjang mengandung ya sebab durian boleh menyebabkan miscarriage and coffee boleh sebabkan HB rendah ). Inform suami cakap dah x boleh jalan. Nasib ofis suami dekat dengan mall tu. Suami datang , but I can drive cuma jalan je x boleh masa ni.


Malam tu rasa nak pergi cek sesaja kat hospital sebab rasa macam makin teruk pulak tak boleh jalan. Jalan pegang dinding and nangis-nangis naik tangga rumah. T T


Pergi cek kat dewan bersalin , doc cakap kena admit wad for 1 night. Puas pujuk doc tu cakap xnak masuk wad. Sebab memang niat di hati nak cek je pastu nak balik. Doc kata procedure sebab nanti doc senior boleh cek esoknya. ( Doc tu umur 25 . sama umur pulak ) Fine fine.. Nasib baik beg hospital untuk mommy and baby dah letak siap-siap kat dalam bonet kereta. Jam 1.20 pagi tu admit wad. 



Khamis 

Doc pakar cek , Dr Farah ( malay ) and sorang lagi lupa nama apa , indian woman doctor. Scan nak tahu baby kat mana. 2 doc pakar cek and diorang memang baik. Admire Dr Farah tu sebab cantik macam model , bergaya habis , cek patient kat wad dengan sling bag lagi. Tapi time dia cek jalan 'bawah' punyalah rase sakit and on that time rase nak sepak je dia. Sorry doctor. and she said , jalan tak buka langsung lagi and tanda pun xde nak bersalin. Dia cakap kalau berdasarkan details yang diberi , ini namanya Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD ). Tiada ubat , ubat nya tunggu lepas bersalin , hilang lah sakit ni. Sobs2. Dr Farah cakap yana boleh discharge petang nanti. Sebab bukan boleh buat ape-ape pun kat wad. Siap pakai wheelchair okey. Discharge. Yeay!


Jumaat

Berehat-rehat di rumah



Okey berdasarkan Dr Farah explain to me : 


Tak semua pregnant woman kena SPD ni. Sebilangan je kena. Dalam wad tu yana sorang je kena SPD ni , yang lain releks je boleh jalan laju-laju lagi even tengah contraction. Let explain dengan gambar bagi senang faham. Gambar and info by Google. Tapi lebih kurang je Dr Farah explain kan pada yana.



Gambar Google
SPD ni sakit more di bahagian tulang kemaluan dan tulang duduk tu ( refer gambar atas )



Gambar Google



Kedua-dua tulang pelvis anda bersambung pada bahagian hadapan oleh sendi tegang yang dipanggil simfisis pubis. Sendi ini dikuatkan oleh satu jaringan padat tisu yang kental dan fleksibel yang dipanggil ligamen. Untuk membantu bayi anda melalui pelvik anda semudah yang boleh, badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil relaksin yang dapat melembutkan ligamen.







So , semasa dalam wad tu diorang bagi painkiller. Makan sekali je. Pastu time lain diorang bagi ubat tu , yana campak dalam beg , x nak makan. Makan pun bukan hilang sakit . Dr Farah pun cakap sakit ni hilang lepas bersalin. Redha je la tunggu baby keluar baru hilang sakit ni. hehe




Tanda - tanda SPD  ialah : 


- Sakit di bahagian hadapan kemaluan.

- Sakit bila berjalan , nak alih baring ( nak pusing badan ) , nak bangun dari katil , asal bila bergerak je sakit. Tak sakit bila statik. 

- Sakit paha





Yana memang nangis-nangis nak naik tangga rumah , so stay kat satu floor je. apa-apa panggil suami , jalan pun tak boleh angkat kaki , suami pun x boleh nak dukung sebab rasa tulang bergesel-gesel. Papah je boleh. Sedih sebab rasa banyak susahkan suami. Now , semua kerja dia buat. Tapi lega jugak sebab semua kerja production dah settlekan hari tu , lega sebab barang baby semua dah berbasuh and dah prepare ( ini la salah satu sebab sila shopping barang baby awal-awal ya , sebab kita tak tahu apa jadi hujung-hujung trimester tu ). 


Yana memang tak bagi suami inform parent yana sebab takut mama risau , pastu nanti nak datang Perak yang jauh ni dengan abah yang tak sihat sangat nak jalan jauh.  Cannot.. jalan terbaik jangan inform pape. Even bila call pun borak macam biasa cakap sihat je. Situasi setiap orang tak sama kan. So , beruntung lah pada yang awal-awal mak datang jaga. Yana and suami memang tak nak susahkan family , selagi boleh urus , urus sendiri. Nak inform bila baby keluar je nanti. Alhamdulillah dapat suami yang banyak sangat tolong and jaga isterinya yang emosi ni. hehe.



So , from now , on this time , yana declare yang yana cuti panjanggggggggg. until raya!




Regards , 

Nur Dayana 



Sunday 12 April 2015

Teluk Batik , Lumut

Assalamualaikum.


So far hari ni rasa badan sakit , kaki lenguh sebab semalam meletihkan diri pergi ke Teluk Batik , Lumut. Orang cakap Lumut ni tempat pelancong. Ok , rasa nak terjah. Tapi akhirnya hampa sahaja yang dapat coz for me , it is not worth.



Bertolak dari Taiping after lunch. Tengok jarak macam dekat je ni. Ikut highway Utara Selatan tu and exit di Tol Jelapang. And then dah mula terasa kenapa jauh sangat ni... huhu. Sampai  pantai Teluk Batik tu jam 4.30 petang okay even bertolak jam 2 petang. Time tu badan dah lenguh dah. Pergi solat di Marina Island. And ternampak Coconut Shake. Okey , nak try. Stop di situ.



Coconut Shake



So far mengubat rasa rindu coconut shake kat Melaka tu. Sedap jugak. Minum air kelapa ni nak bagi baby keluar bersih , mulus-mulus gitu. Orang tua cakaplah. RM 4/ each. Kedai ni tepi bridge Marina Island tu je. Kedai memang ramai orang. Marina Island tu tempat jetty nak pergi Pulau Pangkor. 



Then , pergi area pantai Teluk Batik. Sebab ramai sangat cakap best pergi Lumut. Teluk Batik tu area Lumut ya. Hurrmmmm ... sampai je tengok sampah banyak jangan cakaplah. Pasir pantai pun tak cantik sangat , al maklumlah pantai area sepanjang Selat Melaka. Prasarana dah lengkap and bagus cuma cara pelaksanaan tu tiada. Mood kat situ memang tiada. So , gambar ambil sikit je. 






Kedai yang jual-jual banyak. Tapi macam suram. 










Suami tak teringin langsung nak mandi pantai area sini. Tapi tengok memang ramai yang mandi and ada jugak banana boat. 5 minit je kat area ni lepas tu both of us terus patah balik gerak ke kereta. haha.








Ada jugak jual makanan kering camni. Tapi tak nampak pulak yang jual makanan goreng-goreng ( ikan goreng tepung , sotong celup tepung , udang , keropok ikan  keeee ) macam kat Tanjung Lumpur , Kuantan tu. I is sad.








Okey , so pastu kitorang dua balik Taiping. haha. Tak best langsung rasa. Jujur ni. haha. Tak nak pergi dah Teluk Batik ni. Cukuplah sekali. Itu membuatkan kerinduan kepada pantai area pantai timur yang cantik. Bukan rindu kat pantai je , rindu kat makanan goreng-goreng area sana pun ya jugak. Lepas bersalin la gamaknya baru boleh pergi. huhu. 



Conclusionnya , Kecewa + Penat badan yang dapat.


Time balik tu jumpa jalan dalam ke Taiping. Dekat okay lalu sini. Sampai Taiping dalam 1 jam suku je perjalanan. Nyesal lalu highway time pergi tu. Ingat lalu highway lagi dekat.



As-salam.

Thursday 9 April 2015

RESIPI : KARIPAP KENTANG AYAM

Assalamualaikum.


Resipi? Dah lama tak buat post pasal resipi sebab malas nak ambil gambar. haha. Tapi semalam rajin. Nak share sikit cara buat karipap. Teringin kan , nak buat camne. jam 1 pagi pun sanggup menggoreng karipap sebab nak makan. Orang mengandung ni jangan dibuat main , silap gaya lapar mau suami kena keluar pergi cari. So far , takdelah suami pergi cari sensorang , selalu kite yang ajak pergi beli burger. Kau ingat kat K.L yana yang orang tak tidur? Sini Taiping okay , jam 11 tu nasib je la kalau stall burger tu ada lagi buka. haha.



Dah masuk 35 weeks dah. Baby pun alhamdulillah sihat aktif duk tendang semua. Time hujung preggy ni ramai suruh rest , tapi I can't. Sebab boring kot , so still drive kereta , settlekan apa yg perlu sebelum cuti panjang. Like my mom. Mama kite pun cakap , buat je kerja macam biasa , bagi senang bersalin. Ikutlah bila baby nak keluar bila pun asalkan jangan lebih due date 11 Mei nanti , kalau lebih dari tarikh edd karang kite yang cuak pulak. hehe



Okey , jom buat resipi dulu. Nak inti banyak , buatlah sendiri. Berbaloi-baloi. Lebih lagi time Gst ni. Dahla , nyampah pulak kite sebut pasal Gst ni. Terus ke resipi.



INTI


2 biji kentang ( potong dadu , then rebus , tos )
Ayam filet dipotong dadu ( ikut suka banyak mana )
Ayam kisar ( yana beli brand Azmy , saje letak )
serbuk kari ( 1/2 paket kari yang kecil tu )
garam
serbuk lada hitam ( sesudu besar )
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 biji
Lada kering dalam 6 tangkai ( nak pedas tambah lagi )




*Bawang putih + Bawang besar + Lada kering tu blender dulu
Tumiskan*
Masukkan ayam semua tu
Masukkan serbuk kari , garam , serbuk lada hitam
Masukkan air sikit
Masukkan kentang yang sudah direbus tu
Masak sampai air kering








PASTRY


Kulit karipap ni sikit je bahan. Sementara nak tunggu inti tu sejuk sikit , buat pastry or kulit karipap.


Perlu ada :



3 cawan tepung gandum
1/1/2 sudu besar mentega
50ml minyak
garam


Campurkan semua and uli. Tambah sikit air bagi senang nak uli. Agak-agak ya bila tambah air tu.









Letak isi


Buka.... tadaaa!





Dah rasa ok dah then baru kita buat karipap! yeay. Tapi yang x bestnya , baru ku tau suami pandai kelim karipap. Dengan eksyennya suami tunjuk skill malam tadi. Yana tak pandaiiii. haha. So , yana beli alat buat karipap tu je kat kedai RM 2.12 tu. Tu la yana , time mama nak ajar dulu , tak nak tengok la  , lecehla. Kan dah malu sekarang. haha. 




Untuk difrozenkan


If nak frozenkan dalam peti ais , goreng dulu separuh masak , baru simpan. Mana larat makan semua kan.


Dah siap buat semua , dapatlah dalam 21 biji karipap. Oklah tu kan. Kalau beli mesti 7 ringgit jugak habis , pastu isi ciput. Nak banyak buat sendiri ya. 








Dah siap goreng , kite makan. Nyum2.



Have a try!


As-salam.

Sunday 5 April 2015

Persiapan Beg Bersalin

Assalamualaikum.


Disebabkan dah nak masuk 35 weeks , boleh dah campak beg nak ke hospital dalam kereta. Sebenarnya dari minggu ke 30 dah campak masuk bonet. Tapi keluarkan semula beberapa kali sebab macam ada je benda tinggal nak masukkan. hehe.



Tak perlu banyak . Asalkan mencukupi. Yang ini untuk BEG KE HOSPITAL sahaja ya. Baju yang berlambak-lambak beli tu boleh simpan di rumah dahulu ya sementara bersalin di hospital.

Keperluan Utama



Buku Merah untuk check-in hospital.




Keperluan Beg Bayi


Based on my friends yang dah bersalin , sebaik sahaja baby keluar , nurse akan minta sepasang baju , pampers , kain bedung. So , sepanjang di hospital perlu ada dalam beg baby :


2-3 pasang baju baby ( baju + seluar )
2 helai kain bedung
3 helai barut
2 pasang mitten/booten
tuala
barang mandian baby + minyak telon
4-5 pieces pampers








Pilih dan masukkan ke dalam beg SEKADAR CUKUP sahaja.







Keperluan Beg Mama


Disebabkan di hospital , mama just pakai baju hospital tu je , x perlu bawa banyak baju. 



Sehelai pakaian / jubah untuk check-out hospital
Beberapa helai pakaian dalam
Maternity pad
Barangan mandian
Tuala
2 helai kain batik




Semua barang tu boleh add-up if tak cukup. Sebab confirmla ada suami and family datang melawat kan. Owh ya , breastpump pun boleh standby sebab in case ada bengkak susu , boleh terus pam. In case la kan jadi.  But , for the beginning , better direct feed je baby coz boleh stimulate susu ibu keluar and nak elak nipple confius.



Yang penting , prepare.



Wish me luck ! 



As-salam people.







Saturday 14 February 2015

Kelengkapan Bayi Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t semua!


Time tengah taip this entry actually tak sihat sangat. Kite demammmm and selesema. Tapi demam tu dah ok sikit cuma selesema itu betul-betul membuatkan diri tak selesa. Tak boleh tidur pun tau! Hidung tersumbat even bantal dah tinggikan dah. jam dah tunjuk pukul 2 pagi. *isk3


So far barang baby mostly dah beli. Now dah 27 weeks 4 days. Tinggal nak settlekan breastfeeding punya part je lagi. Sebab confiusssss. Abaikan sementara bab confius tu coz kena study lagi nak beli breastpump apa. 



BAJU BABY


Beli yang newborn sikit je. Yang 0-3 months , 3-6 months je banyak. 6-9 months pun ada dah. Baby kan cepat besar , x yah nak beli newborn tu banyak sangat. Bab baju ni tak berani nak jamin nak stop beli bila sebab banyak masa lagi nak tambah , even dah cukup. Baju tidur ada , baju jenjalan ada , baju santai kat rumah ada dah. Baju raya  untuk baby pun kalau boleh nak beli terus. Ibu yang hyper. haha.



Sebahagian baju baby



Barut , mitten booten semua jangan lupa. Beli secukupnya. ( *Rasa macam terlebih beli pun ada. hewhew )


Some people recommend me barut yang bertali sebab if guna barut yang  berpelekat , senang barut tu 'naik ke atas'.







Towel untuk mandi jangan dilupa! Same to swaddle napkin or boleh je guna lampin untuk bedungkan baby. Kan ada pek lampin 10 pieces tu. Beli yang tu pun boleh , bukan setakat bedungkan baby , lap-lap mulut baby pun boleh. Serbaguna kain lampin tu.




Swaddle napkin




ALAT MANDI



Beli yang Paraben Free ya. Paraben ni bahan kimia. Banyak digunakan dalam kosmetik and bahan2 kimia yang cecair. Boleh menyebabkan cancer even bahan tu buatkan produk tahan lama. Mempercepatkan proses penuaan kulit pun ya jugak. So , sebab tak sempat Google time nak beli , terus beli alatan mandian baby yang sah-sah tulis Paraben Free.










Baby Kiko ( baby powder ) twinpack
Enriched with Aloe Vera extract 
( RM 13 )





Baby Kiko ( Head to Toe Baby Wash )
Enriched with honey
( RM 13 - 500ml/each )



Then , lotion , baby oil untuk urut-urut baby time nak tidur , wet tissues ( *Wet tissues beli jugak sebab takut emergency nak lap-lap. Memang nak basuh guna air je punggung baby tu. )



So , total dalam RM 50 habis untuk cecair mandian sahaja. 



Botol beli yang gedabak sebab rasa worth. Kalau beli yang kecil-kecil semua , macam penatlah asyik nak gi kedai beli. Eh , lupa nak inform , beli jugak tau travel kit ( *time taip ni baru ingat ) untuk mandian sebab boleh guna time kat hospital bersalin nanti or time jenjalan. Tak akan nak angkut botol gedabak-gedabak time tu kan. hehe.




Dah siap mandikan baby , boleh letak atas pengalas getah ( *air filled rubber sheet ) ni. 




Air filled rubber sheet - brand Fiffy
( RM 15.90/each )



Actually , my mama ada cakap , pengalas getah ni mama still simpan yang dulu-dulu punya. Takpelah , balik Pahang nanti ada spare. 




BEDDING



Cadar , alas bantal tak siap lagi. Masih mencari kain cotton yang comel-comel , nak tambah dengan lace. Mommy ni over. 



So , dah beli tilam kekabu. RM 50 sahaja ( *Tilam + bantal + 2 bantal peluk ). 


Dahla tebal , puas hati. Sebab ada jugak survey kat mall- mall, harga kemain mahal , tebal macam toto nipis tu je. Sakit tulang baby nanti. Tapi tilam punya cover yang yana beli takla cantik , tu yang kena tempah cadar sendiri. Janji puas hati. hehe. Mostly , color kemain nak striking orang jual ni. For me , baby comel sangat bila dengan color soft-soft. hihi. 




BREASTFEEDING ( BF ) PART



Penyusuan susu ibu. Niat di hati nak susukan anak sendiri. tak nak susu tepung. Hopefully Allah permudahkan niat ni. Alhamdulillah suami tersayang suport sepenuhnya breastfeeding ni. Siap beli buku manual penyusuan lagi suruh baca. Jenuh nak baca sebab tebal tapi nasib baik best sebab color-color and tak boring. haha. Kawan-kawan yang dah ada anak pun ramai support. Boleh join secret group kat facebook ( #bfmembers ) untuk dapat ilmu penyusuan jugak. 








Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu
by
Dr. Faridah Idris
keluaran PTS MILLENIA SDN BHD
( RM 60 / semenanjung , RM 63 / Sabah Sarawak )





Boleh direct feeding or guna botol. Botol yana gunakan sebab nak buat stock ( *emergency , time keluar jenjalan , time busy )




Dr Brown's 
4oz
Natural Flow , Kaca , BPA free , Anti-colic
( RM 38.90 /each )



Banyak botol yang anti colic ( *anti-kembung ). Rajinkan diri survey ya. 



Part ni lah banyak belum settle lagi. Mostly need review. For breastpump ingat nak beli yang manual dulu. Tapi siang tadi boleh pulak orang kedai tu cakap jangan percaya sangat review kat internet. huh. Terpaksa tanya kawan-kawan yang guna. Even dah baca review certain breastpumps.



Yang belum settle : 

Breastpump ( Avent , Autumnz , Spectra or Madela mostly recommended. Based on reviews )
Storage bottle
Cooler bag
Icepack




And Pampers!


A lot of thanks to Zahidah coz banyak melayan pertanyaan and ajar tentang baby. Minyak baby and berapa pampers kena beli semua dia kongsikan. Al maklumlah yana belum ada pengalaman lagi. hehe.



Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang first time nak dapat baby dalam buat preparation. Yana pun ada belajar dengan orang. Banyakkan membaca. Okey , terpaksa tidur dah ni. Sambung di part lain pulak. 
Baby , lets go to sleep!



As-salam people.