Wednesday 27 July 2011

~ A Lots Of Stories BehiNd mY faCe ~

Assalamualaikum semua.

A little bit tired today sebab arini yana sesajer gi ikot staff2 gi wat video clip " Warisan Dunia " around Melaka. sebab ape nak ikot ?? haaa... sebab arini xde keja sangat and duk dalam satu bilik yg penuh pressure even ramai staff.staff dalam tu apetah lagi. so , gi kuar.ambil angin.hehe.

( staff citu tau la bilik mane yg pressure tu. )

Nak tengok pics2 yg yana ambil , sila datang kat fb yana sendiri.malas nak upload semula kat blog. ( jangan marah! )

Kawan practical yana,si Ain ni cakap, yana x pandai nak selindung pape kat muka. I mean perasaan yana.Tak kire la sedih ke , happy ke , dalam keadaan 'excited state' ke , marah ke sumer nampak kat muka.Yana akui! hehe.

Kalau sedih tu memang orang tau la kalau muka moyok je , mata bengkak ke.haha. Housemates memang da lama paham.pasni pakai spec Mak Datin la kalau ilang mood tu.kih3.


( budak tu anak pakcik Google..kih3 )

kalau happy tu , selalu yana bersemangat waja aritu.sumer keja leh jadi.banyak benda yana boleh happy even mende tu hal kecil je bagi sesetengah orang. contohnye la kan : dapat beli kad Happy Birthday yg comey.tak pon dapat jumpe kawan lama. ( terserempak maksudnya ).happy sangat!

Excited state ni la malas nak story ni sebab kalau yana excited macam budak2. dah la badan kecik je.teros kalau orang tak kenal yana tu akan ingat : 

" Nape la budak form 4 ni excited sangat tengah2 orang ? "

( padahal umo da nak masuk 22 da Januari depan.. ayooo.. )

hik3... tym tu habis keja ( practical ),gi nengok wayang dengan Ain.Dahla pakai jubah aritu ( GSC dekat dengan tempat keja , malas nak balik umah semula ),so sangat excited dapat tengok citer yg yana dah tunggu2.hehe.Muka tak ley nak sorok sampai orang yg cek tiket tu pun cakap yana nampak excited nak tengok muvie.Behave yana kat tempat awam camtu.huk3.

Excited!
haaa... ni la part paling orang nampak.When I become angry.

kalau dulu memang yana kalau x tahan sangat yana marah je teros orang tu.selalu orang kedai la yang kena.Ampun! kalau boley yana xmo marah orang dah.better senyap. x pon cakap baik2.huhu.

Alhamdulillah tadi yana x naik hangin.Al maklum la lepas balik keja penat and nak cepat sampai umah.Pegi print full report Industrial Training nih kat kedai. da siap print sumer , nak pasang 'comb'.yana tengoklah die pasang.yana da nampak da die nak tebuk lubang tu terbalik.then yana cakap kat die : 

 " Akak terbalik tu.. "

pastu die gi tebuk jugak terbalik.hadoiii ...yana da cakap tadi.. nak print lagi sekali ade orang guna lak computer print tu.akak tu gi lah photostat semula. But becoz yana ni cerewet and nampak ade kesan tebuk lubang kat kertas photostat tu,yana cakapla xmo camtu.Dalam hati tu Allah je tau.sabar yana..beberapa kali sabarkan diri.karang termarah lak akak tu naya nanti.yana diamkan diri je.

sebab yana diam je,akak tu teros minta pendrive yana semula and die akan printkan semula.muka die cuak2 dah.yana teros bagi suh die settlekan.then,yana cakap,yana nak gi 7-e nak beli air.sebab azam yana xmo marah2 orang da.agak2 da siap baru gi kedai tu semula amek 2 set report tu.Alhamdulillah tak marah akak tu.leganya hati.hehe.

ok la,yana lapar.nak mamum lak.hehe.

salam.

Saturday 23 July 2011

~ LiNtaH & BereNgga Dalam Hidup KiTa ~

Assalamualaikum 

Lintah & berengga ? ape ni yana,geli tau.. camtu lah selalunya.yana pon camtu. yana x sanggup nak pegang 2 makhluk ciptaan Allah ni sebab geli. yana ingat lagi dulu. yana kena pacat pon menangis2 sampai tersedu2 takut.

Tapi , setiap ape yg Allah ciptakan memang ade hikmahnya.


Ciptaan Tuhan Tidak Sia-sia.
Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia.Sama ada yang kecil mahupun yang besar.Yang halus mahupun yang kasar.Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan.Semuanya berlaku dengan hikmah.


yana dapat ayat di atas dari blog Pemuda Pemudi Cintakan Masjid.yana bagi link.hehe.

http://pemudapemudicintakanmasjid.blogspot.com/2010/12/semua-ciptaan-allah-tidak-sia-sia.html


INI LINTAH.


INI BERENGGA


dari sudut kesihatan , memang ia dah digunakan dengan meluas seluruh dunia. Kalau lintah tu orang lain dah wat bekam je. bekam ( keluarkan darah kotor dari badan ).tapi jangan harap la yana nak buat dengan guna lintah ni, melainkan dipengsankan dulu.hihi.

Berengga pon sama. For diabetes tu boley la mendapatkan kepercayaan ' doktor mikro' nih bedah kaki anda.confem bersih luka2 yg xmo elok tu.sebab dalam national geographic penah bagitau , berengga ni after 3 days , berat die 20 kali ganda tym awal2 dimasukkan kat  tempat luka tu.huhu.gemoknye.

Harga tempatan untuk sekilo lintah ialah RM 80 = 1 kg. huhu.. mahal benor ya.Kalau nak tau , lintah ni kalau dah lekat kat kaki , ia akan hisap sampai kenyang. Then , bila kenyang , die turun sendiri untuk hadamkan makanan die ( darah kite ..huhu ).Haiwan ni sopan okay.kalau bagi die makan kenyang2 ( sampai die jatuh sendiri ) , liang gigitan tu akan tertutup & darah berhenti mengalir sendiri. But , bile kita main paksa die jatuh ( selalu kita buat tu..hehe ) , pendarahan tu akan lama. It is a fact okay! so,bagi je lah die makan kalau rase banyak darah kotor.hehe.

ape2 pon , ia berguna untuk kesihatan kita.semua makhluk Allah tu ade fungsi masing2 macam kita jugak. yana nak rehat2 lak.

salam semua.

Tuesday 19 July 2011

:: Pulun ::

Assalamualaikum semua.

Yana sebenarnye penat sangat arini. al maklum la dah berkejar2 dari pagi. Mane taknye,malam semalam x study pon slide tu sumer.( sebab : berpoya2 tengok muvie ).Okay,sampai office dengan awalnyer & study.mujur staff2 RTM ade perhimpunan bulanan.so,senang cikit la nk menelaah.ecece..



Perasan jadi macam budak tu. ( cutenyer die ).hehe.

tunggu punye tunggu.jam yana da kul 9.30 am. janji dgn Pn Lizawaty kul 10 am. pastu sesaje nak mesej die cakap da prepare kat bilik meeting.Tak sampai 5 minit die call bagitau die da sampai.apelagi! melompat la gi sambut die datang. ( melompat tu bukan ya ,jalan dengan sopan. )

dalam kepala , cepatlah habis present ni.ade pesta makan durian kot kat foyer RTM jap ag. ( durian2 sebanyak 200 kg sumbangan YB tah sape name die..x amek tau sebab bz..hehe ).Okay,present dengan jayanye.As usual muka confident padahal x tau nak cakap ape.Then die cakap :

" Banyak jugak ya awak belajar kat sini " 

yana sengih je.padahal ... bape kerat sangat je belajar.Goreng ayat je lebih.perencah tu make sure sedap, baru tinggi markah.( sambil jeling2 borang die isi..kih3 ).Then , bunyi hiruk pikuk kat luar.dalam ati : 

" Aah sudahhhh , orang da start makan durian.jangan la habis. "

tak mungkin la habis dalam masa 5 minit kan.tu dragon namenye kalau 5 minit habis.hehe. pastu,die suh panggil engineer ( supervisor ).yana pon kuar r nak panggil Pn Liza ( sv ).ramai betol staff da kat foyer.tym tu la ramai staff panggil2 suh makan durian.

Encik Din : " yana ! makan durian nih.da tolong kupaskan da nih "

ramai lagi yg panggil tym tu.padahal mane ley makan lagi, lecturer pon x balik ag.huhu.menggoda betul buah ni.tym tengah2 tunggu Pn Liza , sempat la makan seulas dulu.keh3.pastu masuk bilik meeting semula jumpe lecturer.wink2.

p/s : jangan wat mende tak senonoh camtu tym kena observe dengan lecturer.mujur die x nampak.hehe.

Encik Din suh bagi lecturer makan durian.okay,bawa sepinggan masuk bilik meeting.makan dengan lecturer..Thanks Pn Liza sebab komen yg baik2 je tentang yana kat lecturer..sayang lebih! hik3.



balik je Pn Lizawaty, Kak Ina siap tanye lagi. kalau nak amek durian tu bawa je balik. ( memang banyak lebih ).dapatla 3 biji.rezeki Kak Moon , Kak Ilah & Kak Aishah..Yana da memang x larat da nak makan sebab pulun kat bilik OB ( outside broadcast ). 

Arini penat memulun je dari awal pagi sampai la malam. padahal malam duk releks2 je.okay,esok baru ade mood nak sambung full report.rajinkan diri.da ngantuk.sleep well semua.nanti yana story lagi.

Nyte & salam.

info : kebetulan nama supervisor faculty & supervisor company sama.hehe.












Monday 18 July 2011

:: Kenangan tym childhood dulu ::

Assalamualaikum.

malam ni tengok youtube ade lagu ni. SELAMAT TINGGAL... this video makes me wonder , inilah ape yang yana penah rase.tapi kawan yana perempuan okay..tym tu yana pindah rumah.paling last jumpe die adelah 3 tahun lampau. sekarang die bz further her study in medicine. rase nak jumpe die.tapi sekarang homesick.kena balik umah dulu.huhu.




maybe tahun ni jumpe die tym raya.dengan die la belajar maen masak2 kat luar rumah,panjat pokok. yana sampai sekarang ingat muka die tym yana pindah. huhu. i'm missing her badly. nak gi rumah die tym raye.harap2 die ade.

Esok : present ! pray for me. salam & nyte.

Saturday 16 July 2011

~ Ikan Patin Masak Tempoyak ( resipi abah ) ~

Assalamualaikum..

Sebenarnye tym entry ni yana rindu rumah. 3 bulan dah tak makan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.. yana orang Pahang , for sure makan segala jenis ikan sungai. yana kan orang kg je , so , masakan kg jugak la jadi pilihan. Orang cakap kalau ikan sungai ni berbau hanyir. ade cara die nak hilangkan. 

Basuh dengan air asam jawa. gosok badan ikan tu untuk hilangkan cecair yg melekat kat badan die.

Abah yg ajar yana resipi ni.so,tiap kali balik , memang yana akan masak ni untuk family.Tapi kalau datang mood mengada2 tu , yana akan cakap : 

" Alaaa... abah la masak ikan patin ni boley? akak lama dah x makan abah punye ikan patin. akak boleh masak bile2 masa je nanti. "

( padahal kat melaka ni nak jumpe ikan patin hidup pon xde..sob3.) nak gi pasar melaka tu jauh bebenor.



Kat restaurant harga die cecah RM 4 tau sepotong! so , sape2 yang rase diri die makan banyak tu sangat tak berbaloi beli. sepotong mane cukup. adik yana pon makan lebih dari tu. Meh yana kongsi resipi.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan2 : 


Ikan patin 1 kg ( make sure beli ikan ni tym hidup , for sure..ummpphh )
4 sudu besar tempoyak
25 lada kecil 
1 saiz ibu jari kunyit hidup ( bukan kunyit serbuk )
5 cawan / mug air
1 susu kecil garam
beberapa helai daun kesum ( nak ganti dengan timun air pon boley or terung jari )


Cara2 : 

1. lada kecil + kunyit sile tumbuk bagi lumat. biji lada especially.nanti appendix kalau x lumat.
2. masukkan lada kecil + kunyit yg ditumbuk dalam periuk. tambah 4 sudu tempoyak. letak 5 mug air.letak garam 1 sudu kecil. Biarkan sampai 1 cm air dalam periuk tu susut. ( selalunye menggelegak sikit )
3. masukkan ikan + daun kesum.biarkan... ( agak2 10-15 minit )
4. bile bau da naik je ( bau boleh dihidu satu dapur or da sampai ke ruang tamu , tu maknanye da masak la tu ).tutup api.yeay! da boleh makan.

Masak ni simple je. boleh tinggal2 tym masak. hidung tu kena peka cikit bau da masak tu. hehe. selamat mencuba! 

salam.

Friday 15 July 2011

~ Doa Apabila Bersedih Hati ~

Assalamualaikum.



salam...

~ I love ReciPes ~

Assalamualaikum.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:


Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


Maksudnya ialah bila kita ade peluang dalam hidup ni jangan bertangguh & penuhi masa kita dengan sebaik2nya. Kadang2,satu perkara bila niat ikhlas ( contohnye : tolong orang lain ) pun telah dapat pahala.Hanya Allah yg menilai keikhlasan kita.bukan diri sendiri , sebab riak itu mudah muncul.



Yana pun hambaNya yg punya khilaf.Sometimes we did mistakes with people.Bila ade peluang tu minta maaf.Sebab word "SAYA MINTA MAAF .... " , boley wat hati orang lain 'sejuk'.Tak percaye? Cube try.hehe.Nak apologize pon kena ikhlas jugak tau! If kita ikhlaskan hati,InsyaAllah dipermudahkan & hati pon tenang.

Actually , yana taip entry after balik practical tadi.Arini rezeki murah kat tempat keja.Alhamdulillah.Mane taknye , pagi2 sampai je Kak Ani suruh yana makan pulut + durian yg die buat. memang meleleh la air liur bab2 makanan ni.hehe.Ade nasi lemak lagi.



gambar ni dari Google tapi Kak Ani punye pulut durian yg marvellous tu camni la rupenye.nyum3.

Jam yana kul 12 tepat , ade jamuan tengahari lak kat foyer RTM tu.ade staff yg menaja makanan untuk semua staff.Rezeki jangan ditolak.Ade nasi , daging tetel, ayam goreng,ikan, gulai nangka & ulam2.Semua favourite! sedap2.

Info penting : Yana suke lauk style kampung.so,sape2 nak belanja yana better ajak gi makan camni dari ajak gi tempat makanan segera.hehe.
Arini yana bawa la chocolate yg yana buat semalam tu gi tempat keja.Alhamdulillah dapat feedback yg baik.pasni kena improvekan rase lagi.bagi betul2 kaw.Camnilah rupe chocolate yana.


dalam choc tu yana letak badam yg telah diproses tu.sambil2 wat choc ni semalam sempat jugak la wat slide LI for next week ( lecturer da nak datang observe ..huhu ).Yana memang suke try recipes & masak bila mood RAJIN datang..kalau bz je memanjang,sori la,memang tak akan buat.huuu.

Okay la,jumpe next entry nanti.minta diri dulu sebab nak kupas & makan buah mangga ( ade orang bagi ).tata & salam. 


Tomorrow agenda : watching movie Harry Potter da latest & da last ( taip sambil smile )

Monday 11 July 2011

Weird Cake.. Sedap ke?

Assalamualaikum.

long tym no see.agak bz sebenarnye nak update blog yg seciput ni.hihi.yana nak share some weird cake pics.selalu tengok yg yummy2 je.lets take a look.


agak2 for wedding cake okay tak cake camni?scary kan orang yg datang wedding anda semua.idea2.


yg ni letak semua dalam cake.murah pon murah.sekaligus dapat present for bithday.


ni special for my roommate ( yat ).confem die bace blog ni.haha.

"yat,ni birthday cake ko dis year!"


cake lego.bestnyer if dapat cake ni tym kecik2 dulu.rase nak cabut jer semua lego2 nih.


eeeyyeekk..tak sanggup nak makan cake ni.kalau bakal doctor mesti da imun tengok mende ni.hehe.


cake tengkorak.bagi kat mat2 rempit.insaf rasenye bile diorang tengok.hehe.

okayla.yana nak sambung keja semula.salam everyone.

Thursday 7 July 2011

- BERTANGGUH + MAKAN -

Assalamualaikum.


Haaa...based on the quotes about , selalukan kita camtu? BERTANGGUH.

Yana pon selalu camtu.Alahai..bila nak sedar ni yana.selalu memang last minute punye keja.Then,bila da tak cukup masa tu mula la gelabah x ingat dunia + stress..Kadang2,nangis jugak.. Effect buruk jugak last minute ni.Jom kita ubah diri kita.Buat awal2.Dalam hadis da inform kita.cuma kita je yg tak nak ambil iktibar.huhu.

"Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati."

(Hadis Riwayat  Al-Hakim) 


Pernah jugak yana try buat keja awal.Bile siap tu.Gembiranya hati & lapang sebab tak de tekanan.Sometimes,someone need a little of pressure bile buat keja baru dapat buat.Terpulangla pada individu nak overcome keja masing2..tapi yana nak belajar start buat keja awal2.Tak kira la hal ape pun.But make sure pentingkan ape yg penting dulu sebelum buat ape2 pon.Chayok2. hehe.

Hari ni after balik keja ( ecece..praktikal je pon..hehe ),teringin makan Nasi Ayam Penyet.cari kedai yg dekat2 rumah je.senang nak balik terus.so,kedai depan Mydin la.

SEDAP
Terima kasih kedai tu ( lupa nama kedai - tak layak nak promote kedai..huhu ) sebab kenyangkan yana dengan food itu untuk first tymnyer..Alhamdulillah Allah bagi rezeki.For 1 set RM 7.80.

Sekian,ade keja nak buat.See u oll's again next entry.salam frendz.

Tuesday 5 July 2011

- GODAM lah semua mende -

Assalamualaikum w.b.t.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

Amazing right? after kecoh2 pasal laman web government & others kena 'hack' dengan Anonymous ni, Datuk Fadillah Yusof ( Timbalan Menteri Sains , Teknologi & Inovasi negara Malaysia ) ini menyatakan yg kerajaan Malaysia nak mendekati penggodam2 dunia cyber.wow..lagi famous la pasni diorang.Penggodam2 ni memang pakar + advance + pandai level tahap tinggi about computer & dunia cyber ni.If not , camner nak hack website2 yg da confirm ade security tu kan?

kalau macam yana yg just pandai cikit2 tentang networking ni ( tu pon terkial2 ), camner la nak hack website ni,apetah lagi website government. Kalau nak hack FB orang boley la.hehe. 

( Surah al-Ma’idah ayat 67 ) 
 
“Allah jualah yang akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.”





Actually , sangat tak baik menggodam orang lain punye website.itu adalah menceroboh untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri. sebab yana & housemates penah menjadi mangsa godam ni. Modem internet rumah sewa telah digodam oleh orang yg tidak diketahui.mujur dapat fix balik.berdosa tau kawan2 wat camtu.huhu.

sepatutnya,bila dah pandai,kita guna kemahiran yg kita ada tu untuk kebaikkan.macam mempertingkatkan security website ke.suh penggodam2 ni watkan.confem selamat.hehe.

Ok la,hari dah malam.Nak berehat2.esok nak berpractical lagi.again n again. salam semua!

Friday 1 July 2011

Janji : Besar Tanggungjawabnya

Assalamualaikum w.b.t. 

Selepas penat menaip & membelek2 contoh2 report yg sedia ada , rase nak tidur pon ade.Conclusion : sambung esok je report tu. Then,jom berblogging sebentar.hehe. ( pikir tajuk nak tulis ape )

Bear in mind please.

Dapat pon !

Promise or dalam malay janji. Janji memang mudah tapi nak laksana tu punye susah.huhu.Janji tu bukan bila cakap  "InsyaAllah" or "saya janji" je , but dengan kata2. becoz of that la ,orang cakap kata2 itu adalah satu janji.( bahaya kan bile da berjanji ? ).Kalau x mampu janganlah kita berjanji coz kita da bagi harapan pada orang tu.

Contoh : Berjanji nak belikan Ferrari untuk adik as present dapat Dean List even keja biasa2 je ( bukan billionair ). x mampu kan?

contoh di atas hanyalah contoh semata2 tapi macam tula lebih kurang.Example yg mudah.hehe.

( Surah Al-Baqarah : 177 )

“Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.Dalam Al-Quran sendiri da menyebut tentang important of tunaikan janji.Kalau orang janji dengan yana something,yana selalu harapkan mende tu,especially orang yg rapat dengan yana.Sebab yana kalau boley akan usahakan kalu yana da berjanji dengan orang.So,bile orang x tunaikan janji , akan buat yana sangat kecewa.Bagi yana , if nak orang respect kita , kita respect die dulu. But , jika x respect kita , x perlu nak respect.Orang pernah berkata ," hidup ni macam tayar,kadang2 kita di atas , kadang2  kita di bawah".Simple right?

Ok,tanda yana kecewa : yana senyap n xmo cakap ape2.Sedih memang sedih tapi nak wat camne kan.huhu.

X mo wat muka camni.

lagi satu , yana x suka orang sekeliling yana muka die sedih cam pic kat atas sebab a PROMISE.Frust okay..Please , tanggungjawab berjanji adalah besar.Orang akan hilang respect.Hendak seribu daya,x nak seribu dalih.But , if x mampu laksanakan janji tu cukup dengan mengaku kesilapan diri & minta maaf.Moga sejuk hati orang yg telah kita berjanji tapi x dapat dilaksanakan tu.hehe.

Alamak , jam da kul 2.15am da nih.yana da sangat sleepy.

Jumpa lagi bile next entry.Goodnyte & salam.