Wednesday 17 July 2013

RESIPI : Ikan Kukus

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan. 


Syukur alhamdulillah berjaya melepasi hari2 berpuasa dengan baik. Even sedikit penat. Juz for sharing and also for me. Buku Resipi hilang! So sad coz banyak resipi2 yana yg jadi tulis dalam buku tu. Penat cari kat Jerantut , Taiping and of coz la kat K.L ni memang takde. huhu.. Nasib baiklah dulu ade jugak share resipi dalam blog , cover jugaklah resipi yg hilang sekali dengan buku tu. :-(

Aritu pening jugaklah nak masak apa for berbuka puasa. If dengan suami , memang yana masak sebolehnya. Puas hati if tengok suami makan ape yg kita masak. Nak ke bazar malas pulak nak berhimpit-himpit ramai orang.


Ikan Kukus




IKAN KUKUS

Bahan-Bahan :

1) Semangkuk kecil air asam jawa
2) 1/1/2 inci halia - tumbuk & perah dapatkan airnya
3) 1 batang serai - dihiris
4) 1 biji bawang besar - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 6 biji lada kecil - dihiris
7) 1 biji lada merah besar - dihiris
8) 2/1/2 sudu besar sos ikan
9) 1 sudu besar sos tiram
10) Seekor ikan 
11) sedikit garam


Cara - cara :

1) Masukkan semua bahan dan ikan pastu kukus sampai ikan masak. If nak hias , hias dengan hirisan serai , bawang , lada semua. Tomato pon boleh guna. 



Simple dan mudah kan? Yg penting sihat. hehe. Selamat mencuba!




As-salam.

Wednesday 10 July 2013

Entry Terperap : Honeymoon

Assalamualaikum.


Alhamdulillah selesai sudah berpuasa pada 1st Ramadhan tahun ni semalam. Now, second day pulak. Tahun yg mengubah title hidup dari cik kepada puan. Hopefully perubahan ke arah yg lebih baik jugak dalam melaksanakan tuntutan agama yg satu ini ; berpuasa pada bulan Ramadhan yg mulia. InsyaAllah ameen.


Sedar tak sedar dah sebulan lebih bergelar isteri kepada encik Mohd Hafiz. Sebulan lebih jugaklah blog tak terupdate. Maaf. Kekangan waktu. Entry terperam dalam 'draft' blog. Sadis...


Resort dari jauh.


Ramai yg bertanya honeymoon di mana. Pulau. Ya , di pulau. TIOMAN ISLAND. Kenapa pulau? hehe. Coz , my mama takut naik bot semua , so sepanjang hidup ni memang tak pernah ke pulau. ( Nak pergi honeymoon esok ni , mama still tanya betul ke nak pergi pulau ni.. haha.. memory betol ). Discussion about honeymoon dirancang sebulan sebelum majlis pernikahan kami. Coz tym cuti sekolah maka percutian turut dirancang awal, al-maklumlah untuk memaksimumkan hari cuti yg ada. Annual Leave memang dah tak kisah dah , janji kawen nak cuti jugak. hehe. 


Tiket ferry and brochures.

Sehari sebelum ke Tioman , gerak dulu ke Kuantan waktu petang. Tapi lunch dulu kat rumah nenek kat Jengka 10. Sebab nenek masak sedap sangat pecal tu maka kami berdua telah tumbang tergolek tidur sampai kul 4.30pm. Mama & abah balik Jerantut awal cikit. Kami nak rest2 jap. kejap la sangat sampai terlewat nak balik Jerantut. haha. Sedar je terus kejut suami nak rush balik Jerantut. Haihh. Tidur punya pasal kan...

Pecal : Sejenis makanan jawa.  

Husband dah request nenek for dis raya nak makan pecal. Sori kazen2 semua. Request yg ni priority. haha



Sampai Jerantut , solat and kemas barang terus gerak ke Kuantan. But da problem is , semua hotel full! silap kami jugak coz tak booking awal hotel kat kuantan. Haaa...ingat tak time game bola sepak JDT-Pahang kat stadium Darul Makmur yg CANCEL tu. Sebab tu la semua hotel full. Adui... Dahla terpinga2 tym lalu tepi stadium tu sambil dalam otak ni " Apsal la ramai sangat manusia ". Cari punya cari , mujur la ada satu bilik kat Hotel Seri Malaysia Kuantan. Alhamdullilah , safely arrived kat bilik hotel and rest.

Kat Muzium Pekan.

My horses. Eheee..

Esok after breakfast , terus start kereta and ke Tanjung Gemok Jetty , Rompin. Dalam perjalanan tu sempat singgah Pekan Bandar Diraja. Then teruskan perjalanan lagi. Sampai jetty dalam jam 11.30am. Ferry kul 12.30pm. So , takdelah lama sangat tunggu. Itupon ngantuk.. haha.. Nasib ada teman. =)


INFO : Tiket ferry RM35/person for sehala. If pergi balik RM70. Dua orang jadi RM 140.


From Tanjung Gemok Jetty - Tioman Island almost 2 hours. Haaa , awal2 tu memang excited tengok laut , lastnya semua ke laut. Tidur time... heee.



Air berdebush2 dilanggar ferry...

Celik je mata , " Eh , dah sampai." Kat Tioman ni banyak perhentian. Coz booking Paya Beach Resort ni maka perhentian kedua lah kami at Kg Paya. First sekali Kg Genting , then Kg Paya , then...... until last sekali Kg Salang. If not mistaken la.. 


Okeyh. Safely arrived here.


INFO : Paya Beach Resort if nak booking , juz go to their website , request and then diorang will email you about its details and price. Make a payment and they will reply you with 1 slip. Print the slip , time check-in tunjuk je slip tu. Easy right? Selalu time2 school holiday akan ada charge lebih. Aritu yana kena add up RM80 lagi for 2 days. Memang dah dimention dalam website diorang.






Tym ni dah feeling princess2 gitu coz ade lak tiang kain2 kat sini,.. hehe

Jetty kat Kg Paya


Dah sampai terus check in , mandi , solat and sebab lapar terus cari makanan. hehe. Pastu amek angin pantai. Sepanjang pantai tau jalan. Nak main air memang tak lagi laa. Amek gambar je banyak. Kira first day juz mencuci mata and rest our mind. Tahu tak betapa happynya tak fikir pasal keja kat sini. hik3.


Birunyaa...



Tomorrow morning after breakfast ready for snorkelling. Sebab panas berbahang2 , nak jadi omputihss , beli lah topi tourist tu. RM20 ya satu even kat kedai kat darat bawah RM10 pon boleh dapat. Beli jugaklah. Husband pon beli. Tiru yana ler tuuuu =p







INFO : For snorkelling sediakan RM50/person. If 2 orang RM100. Spek mata menyelam ( google kot namanya ) , safety jacket including that price. Boleh pakai sampai petang. Kira sewa. 




Berkumpul kat jetty and naik bot pergilah pulau2 and last sekali Marine park. Best tau coz dapat tengok ikan2 cantik dalam air. Itupon kena paksa dengan suami tengok dalam air coz yana penakut. Atas bot before snorkelling feeling tak takut. Masuk air + arus laut terus cuak. Suami kena ada sebelah je.Tak bagi swim jauh2.. hehe. Lastnye , yana penat , naik atas bot bagi makan ikan jeee.... haha.







After penat bersnorkelling , balik bilik rest and petang tu husband nak mandi pantai lak. So , anyone yang nak pergi pulau ni , sila bawa t-shirt lengan panjang for muslimah , seluar trek and tudung yang selesa. Bagi yana , pakailah t-shirt lengan panjang and seluar yg gelap. Stokin pun pakai yg gelap.And I'm wearing pashmina coz senang je kering bila kena air. Alhamdulillah , guide2 time snorkelling ni faham. Even time snorkelling tu , mostly semuanya non-muslim. 




Esoknya pergi membeli pario , t-shirt , coklat and some souveniers untuk dibawa pulang. Kemain beli pario kan. hehe. Harga pon reasonable coz kat sini duti free. weeee...


Disebabkan Hari Jumaat , singgah jap kat masjid at Nenasi , Pekan coz my husband want to pray for Solat Jumaat. After da settle semua , jenjalan kat Pantai Teluk Cempedak , Kuantan. Saje duk jalan2 situ sambil makan keropok lekor. Heaven okay makan menda2 tu semua. =)


Thanks to Allah. Allah give me someone that really love me deeply. My husband , thanks! Teringat raya tahun lepas suami datang rumah jumpa mama and abah. I'll remember the sweet memories. 




Sehari after nikah pergi Bukit Tinggi. How lovely even penat kenduri but when you spend with your spouse memang tak terasa kepenatan tu. hehe.









Next entry : My wedding. Waiting my official photographer send all da photos. Anyone yg nak picture dicapture by woman , boleh terus ke facebook Big Ai Photography. =)



Happy Fasting and as-salam.