Saturday 14 February 2015

Kelengkapan Bayi Fasa 2

Assalamualaikum w.b.t semua!


Time tengah taip this entry actually tak sihat sangat. Kite demammmm and selesema. Tapi demam tu dah ok sikit cuma selesema itu betul-betul membuatkan diri tak selesa. Tak boleh tidur pun tau! Hidung tersumbat even bantal dah tinggikan dah. jam dah tunjuk pukul 2 pagi. *isk3


So far barang baby mostly dah beli. Now dah 27 weeks 4 days. Tinggal nak settlekan breastfeeding punya part je lagi. Sebab confiusssss. Abaikan sementara bab confius tu coz kena study lagi nak beli breastpump apa. 



BAJU BABY


Beli yang newborn sikit je. Yang 0-3 months , 3-6 months je banyak. 6-9 months pun ada dah. Baby kan cepat besar , x yah nak beli newborn tu banyak sangat. Bab baju ni tak berani nak jamin nak stop beli bila sebab banyak masa lagi nak tambah , even dah cukup. Baju tidur ada , baju jenjalan ada , baju santai kat rumah ada dah. Baju raya  untuk baby pun kalau boleh nak beli terus. Ibu yang hyper. haha.



Sebahagian baju baby



Barut , mitten booten semua jangan lupa. Beli secukupnya. ( *Rasa macam terlebih beli pun ada. hewhew )


Some people recommend me barut yang bertali sebab if guna barut yang  berpelekat , senang barut tu 'naik ke atas'.







Towel untuk mandi jangan dilupa! Same to swaddle napkin or boleh je guna lampin untuk bedungkan baby. Kan ada pek lampin 10 pieces tu. Beli yang tu pun boleh , bukan setakat bedungkan baby , lap-lap mulut baby pun boleh. Serbaguna kain lampin tu.




Swaddle napkin




ALAT MANDI



Beli yang Paraben Free ya. Paraben ni bahan kimia. Banyak digunakan dalam kosmetik and bahan2 kimia yang cecair. Boleh menyebabkan cancer even bahan tu buatkan produk tahan lama. Mempercepatkan proses penuaan kulit pun ya jugak. So , sebab tak sempat Google time nak beli , terus beli alatan mandian baby yang sah-sah tulis Paraben Free.










Baby Kiko ( baby powder ) twinpack
Enriched with Aloe Vera extract 
( RM 13 )





Baby Kiko ( Head to Toe Baby Wash )
Enriched with honey
( RM 13 - 500ml/each )



Then , lotion , baby oil untuk urut-urut baby time nak tidur , wet tissues ( *Wet tissues beli jugak sebab takut emergency nak lap-lap. Memang nak basuh guna air je punggung baby tu. )



So , total dalam RM 50 habis untuk cecair mandian sahaja. 



Botol beli yang gedabak sebab rasa worth. Kalau beli yang kecil-kecil semua , macam penatlah asyik nak gi kedai beli. Eh , lupa nak inform , beli jugak tau travel kit ( *time taip ni baru ingat ) untuk mandian sebab boleh guna time kat hospital bersalin nanti or time jenjalan. Tak akan nak angkut botol gedabak-gedabak time tu kan. hehe.




Dah siap mandikan baby , boleh letak atas pengalas getah ( *air filled rubber sheet ) ni. 




Air filled rubber sheet - brand Fiffy
( RM 15.90/each )



Actually , my mama ada cakap , pengalas getah ni mama still simpan yang dulu-dulu punya. Takpelah , balik Pahang nanti ada spare. 




BEDDING



Cadar , alas bantal tak siap lagi. Masih mencari kain cotton yang comel-comel , nak tambah dengan lace. Mommy ni over. 



So , dah beli tilam kekabu. RM 50 sahaja ( *Tilam + bantal + 2 bantal peluk ). 


Dahla tebal , puas hati. Sebab ada jugak survey kat mall- mall, harga kemain mahal , tebal macam toto nipis tu je. Sakit tulang baby nanti. Tapi tilam punya cover yang yana beli takla cantik , tu yang kena tempah cadar sendiri. Janji puas hati. hehe. Mostly , color kemain nak striking orang jual ni. For me , baby comel sangat bila dengan color soft-soft. hihi. 




BREASTFEEDING ( BF ) PART



Penyusuan susu ibu. Niat di hati nak susukan anak sendiri. tak nak susu tepung. Hopefully Allah permudahkan niat ni. Alhamdulillah suami tersayang suport sepenuhnya breastfeeding ni. Siap beli buku manual penyusuan lagi suruh baca. Jenuh nak baca sebab tebal tapi nasib baik best sebab color-color and tak boring. haha. Kawan-kawan yang dah ada anak pun ramai support. Boleh join secret group kat facebook ( #bfmembers ) untuk dapat ilmu penyusuan jugak. 








Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu
by
Dr. Faridah Idris
keluaran PTS MILLENIA SDN BHD
( RM 60 / semenanjung , RM 63 / Sabah Sarawak )





Boleh direct feeding or guna botol. Botol yana gunakan sebab nak buat stock ( *emergency , time keluar jenjalan , time busy )




Dr Brown's 
4oz
Natural Flow , Kaca , BPA free , Anti-colic
( RM 38.90 /each )



Banyak botol yang anti colic ( *anti-kembung ). Rajinkan diri survey ya. 



Part ni lah banyak belum settle lagi. Mostly need review. For breastpump ingat nak beli yang manual dulu. Tapi siang tadi boleh pulak orang kedai tu cakap jangan percaya sangat review kat internet. huh. Terpaksa tanya kawan-kawan yang guna. Even dah baca review certain breastpumps.



Yang belum settle : 

Breastpump ( Avent , Autumnz , Spectra or Madela mostly recommended. Based on reviews )
Storage bottle
Cooler bag
Icepack




And Pampers!


A lot of thanks to Zahidah coz banyak melayan pertanyaan and ajar tentang baby. Minyak baby and berapa pampers kena beli semua dia kongsikan. Al maklumlah yana belum ada pengalaman lagi. hehe.



Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang first time nak dapat baby dalam buat preparation. Yana pun ada belajar dengan orang. Banyakkan membaca. Okey , terpaksa tidur dah ni. Sambung di part lain pulak. 
Baby , lets go to sleep!



As-salam people.