Wednesday 24 June 2015

5 Mitos Semasa Berpantang

Assalamualaikum


Dah habis bersalin, mesti lalu fasa berpantang. For me , pantang ni taklah teruk mana cuma memenatkan je la. Sebab bab makan tu yana makan je macam takde perasaan apa yang mama masak untuk orang berpantang. Takde pulak rasa nak makan shushi ke , pasembor ke , patin tempoyak ke. So , makanan berpantang tu bakar and sup je la. Orang lain makan depan - depan pun releks je. Time akhir-akhr pantang tu je lah keinginan nak makan dessert tu membuak-buak , tapi tak makan jugak sehngga habis pantang. Takut anak kembung perut karang naya je.


Termelalut pulak , actually time pantang ni yana banyak observe mitos-mitos orang tua lama and membuatkan my nenek fed-up. Pastu membangkang , and tak buat. kih3


1. HICCUP


Hiccup or sedu. Mitos letak tisu basah kat dahi baby boleh hilangkan sedu. Takde kaitan pun sebenarnya. Macam kita jugaklah , sedu  je gi dapur ambil air segelas minum. Takdepun kita tempek tisu basah kat dahi kan. So , yana kalau anak sedu , bagi susu sikit buat hilang sedu tu. Or kalau Aufa dah kenyang tapi sedu , terbalikkan badan dia and tepuk-tepuk sikit belakang badan. So far , Aufa hilang je sedu bila buat camni. 


2. JAUNDICE


Ini memang merunsingkan yana sebab Aufa prolong jaundice. Doctor cakap sebab yana darah O. So , risiko tinggi la kuning tu lama sikit. Tapi sebab first time jadi mommy ni , yana nangis depan doctor tu. hahaha. But doctor pesan breastfeeding je sebab kuning ni takde ubat. Orang tua-tua cakap kena minum susu kambing la ( susu kambing panas tau , bahaya kat baby ) , titis air anggur la kat baby ( yana yg makan anggur tu ) . Yana bab bagi baby makan minum sebelum 6 bulan memang tak laa nak bagi. Nasib baik abah and mama camtu gak tak bagi. Kalau setakat mandi dengan air daun or air ubat sinseh kira accepted lagi. Sebab usus baby sangat laa fragile.


My rule : Hanya susu je boleh untuk Aufa sehingga umur 6 bulan. 



3. BEDUNG


Bedung ni yana accept cuma separuh je la acceptnya. Bedung ni bagus untuk melenakan baby time tidur agar tak tersentak-sentak bangun. Cuma yang tak bagusnya if bedung terlampau ketat sampai ke kaki, Tak elok untuk tulang baby if terlampau ketat. If my nenek bedung Aufa ketat camtu , ada je alasan yana nak bagi buka and bedung style yana. Nenek bedung siap ikat kat kaki. Bedung seeloknya bahagian ruangan kaki tu bagi lepas bebas , means kaki boleh gerak. Alasan nya , nak cek pampers la , hari panas la. Lastnya nenek give up. 



Recommendation : If untuk bedung , belilah bedung yang material dia cotton flannel. Ada jual kat instagram , cari je guna hashtag #bedungbaby. Sebab material dia comfy and bila bedung , lilit camtu je and baby tak dapat buka ,  tapi bahagian kaki boleh bebas



4. COFFEE


Time pantang , nenek benarkan yana minum coffee , susu and air suam je boleh. Based on pemerhatian  , bila yana minum coffee baby susah nak tidur. So yana kurangkan coffee , minum susu and air suam je. Alhamdulillah baby dapat tidur nyenyak. Bayangkanla sepanjang pantang minum susu dengan air suam je. Air milo risau poo-poo keras lak , nanti sembelit naya ke diri sendiri and baby. Konsep redha amat penting di sini. Hadap je la sehingga habis pantang susu tu. hihi. 



5. CUKUR JAMBUL


Cuma adat orang lama ni kena cukur jambul hari ke 40 la , kena ada kelapa ( macam budaya hindu ) nak letak rambut baby la. No no no. Hari ke 40 tu adat melayu je , sunnah hari ke 7. Cukur rambut sehingga botak ya. Supaya rambut yang keluar lepas ni rambut yang sihat and dapat membuang rambut yang dari dalam perut lagi. Yang cukur rambut Aufa is my uncle. Nasib baik uncle yana ni ustaz and memang dia ambil upah cukur rambut kat Johor Bahru sana. Cucu sedara sendiri taklah uncle yana ambil upah. Lega jugak takde ikut adat-adat melayu ni. Alhamdulillah.








Tu je lah mitos yana jumpa sepanjang pantang. Nasib baik jugaklah mama and abah jenis tak ikut sangat mitos-mitos orang lama , lebih lagi berkaitan makan minum baby. And setiap orang yang ada anak perlu ada pendirian sendiri. If dah tau something tu boleh memudaratkan your baby , why nak ikut jugak , sebab takut kecil hati or sebagainya. Just explain it by words or your act. InsyaAllah orang akan faham.


Your baby is your rule.


apa la mama cakap ni...



First time mommy - Yana

No comments:

Post a Comment