Friday 17 April 2015

Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD )

Assalamaualaikum.


Now dah 36 weeks 5 days. Wuohhh. Almost there baby!


Amost there but yana x sure bila baby nak keluar sebab no contraction at all , no blody show or whatever yang boleh dikesan sebagai tanda bersalin. But yana baru keluar wad semalam. Pity for me.


Chronology :



Isnin 

dah mula rasa sakit pada celah paha , kelangkang bila jalan. 



Selasa 

 Jalan semakin slow tapi boleh drive kereta lagi pergi klinik kesihatan untuk check-up mengandung. Doc and nurse dah mention baby 3/4 engaged. Kira masuk laluan dah la. 



Rabu 


Settlekan kerja sebelum cuti panjang , pergi beli phone lain sebab phone lama tak boleh on langsung. And on that time drive sendiri , lepas settle , nak makan Secret Recipe sebab macam nak makan kek before bersalin. Makan Durian Cheese and Caramel Latte. Belasah je la sebab dah boleh bersalin dah ni nak makan durian and minum coffee. haha ( yana pantang durian and coffee sepanjang mengandung ya sebab durian boleh menyebabkan miscarriage and coffee boleh sebabkan HB rendah ). Inform suami cakap dah x boleh jalan. Nasib ofis suami dekat dengan mall tu. Suami datang , but I can drive cuma jalan je x boleh masa ni.


Malam tu rasa nak pergi cek sesaja kat hospital sebab rasa macam makin teruk pulak tak boleh jalan. Jalan pegang dinding and nangis-nangis naik tangga rumah. T T


Pergi cek kat dewan bersalin , doc cakap kena admit wad for 1 night. Puas pujuk doc tu cakap xnak masuk wad. Sebab memang niat di hati nak cek je pastu nak balik. Doc kata procedure sebab nanti doc senior boleh cek esoknya. ( Doc tu umur 25 . sama umur pulak ) Fine fine.. Nasib baik beg hospital untuk mommy and baby dah letak siap-siap kat dalam bonet kereta. Jam 1.20 pagi tu admit wad. 



Khamis 

Doc pakar cek , Dr Farah ( malay ) and sorang lagi lupa nama apa , indian woman doctor. Scan nak tahu baby kat mana. 2 doc pakar cek and diorang memang baik. Admire Dr Farah tu sebab cantik macam model , bergaya habis , cek patient kat wad dengan sling bag lagi. Tapi time dia cek jalan 'bawah' punyalah rase sakit and on that time rase nak sepak je dia. Sorry doctor. and she said , jalan tak buka langsung lagi and tanda pun xde nak bersalin. Dia cakap kalau berdasarkan details yang diberi , ini namanya Symphysis Pubis Dysfunction ( SPD ). Tiada ubat , ubat nya tunggu lepas bersalin , hilang lah sakit ni. Sobs2. Dr Farah cakap yana boleh discharge petang nanti. Sebab bukan boleh buat ape-ape pun kat wad. Siap pakai wheelchair okey. Discharge. Yeay!


Jumaat

Berehat-rehat di rumah



Okey berdasarkan Dr Farah explain to me : 


Tak semua pregnant woman kena SPD ni. Sebilangan je kena. Dalam wad tu yana sorang je kena SPD ni , yang lain releks je boleh jalan laju-laju lagi even tengah contraction. Let explain dengan gambar bagi senang faham. Gambar and info by Google. Tapi lebih kurang je Dr Farah explain kan pada yana.



Gambar Google
SPD ni sakit more di bahagian tulang kemaluan dan tulang duduk tu ( refer gambar atas )



Gambar Google



Kedua-dua tulang pelvis anda bersambung pada bahagian hadapan oleh sendi tegang yang dipanggil simfisis pubis. Sendi ini dikuatkan oleh satu jaringan padat tisu yang kental dan fleksibel yang dipanggil ligamen. Untuk membantu bayi anda melalui pelvik anda semudah yang boleh, badan anda menghasilkan hormon yang dipanggil relaksin yang dapat melembutkan ligamen.







So , semasa dalam wad tu diorang bagi painkiller. Makan sekali je. Pastu time lain diorang bagi ubat tu , yana campak dalam beg , x nak makan. Makan pun bukan hilang sakit . Dr Farah pun cakap sakit ni hilang lepas bersalin. Redha je la tunggu baby keluar baru hilang sakit ni. hehe




Tanda - tanda SPD  ialah : 


- Sakit di bahagian hadapan kemaluan.

- Sakit bila berjalan , nak alih baring ( nak pusing badan ) , nak bangun dari katil , asal bila bergerak je sakit. Tak sakit bila statik. 

- Sakit paha





Yana memang nangis-nangis nak naik tangga rumah , so stay kat satu floor je. apa-apa panggil suami , jalan pun tak boleh angkat kaki , suami pun x boleh nak dukung sebab rasa tulang bergesel-gesel. Papah je boleh. Sedih sebab rasa banyak susahkan suami. Now , semua kerja dia buat. Tapi lega jugak sebab semua kerja production dah settlekan hari tu , lega sebab barang baby semua dah berbasuh and dah prepare ( ini la salah satu sebab sila shopping barang baby awal-awal ya , sebab kita tak tahu apa jadi hujung-hujung trimester tu ). 


Yana memang tak bagi suami inform parent yana sebab takut mama risau , pastu nanti nak datang Perak yang jauh ni dengan abah yang tak sihat sangat nak jalan jauh.  Cannot.. jalan terbaik jangan inform pape. Even bila call pun borak macam biasa cakap sihat je. Situasi setiap orang tak sama kan. So , beruntung lah pada yang awal-awal mak datang jaga. Yana and suami memang tak nak susahkan family , selagi boleh urus , urus sendiri. Nak inform bila baby keluar je nanti. Alhamdulillah dapat suami yang banyak sangat tolong and jaga isterinya yang emosi ni. hehe.



So , from now , on this time , yana declare yang yana cuti panjanggggggggg. until raya!




Regards , 

Nur Dayana 



2 comments:

  1. salam yana...
    selepas bersalin hilang tak SPD ni?
    boleh kongsi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. yup. hilang. ada satu hormon yang menyebabkan sakit SPD ni. memang hilang after bersalin. Dalam majalah Pa & Ma edisi Ogos or September 2015 ada jugak explain tentang SPD ni =)

      Delete