Sunday 17 August 2014

Matang Mangrove & Mi Udang Kuala Sepetang

Assalamualaikum w.b.t people!

Last weekend , not last sangat lah , baru semalam pergi meronda-ronda Paya Bakau Larut Matang or Matang Mangrove. Sambil mengenyangkan tekak and perut dengan husband belanja Mi Udang Kuala Sepetang yg famous tu. 

Guna waze application , dalam 20 minit dari bandar Taiping sampailah. Tak perlu bayar , free je untuk manusia yang suka kehijauan alam flora paya bakau. Laluan pejalan kaki dalam kawasan paya bakau tu luas , both of us jalan separuh jeeee. Tak larat laa.. =p

Layan gambar je eh eh.



Paham tak time ni dah pening pusing-pusing konon-konon nak bagi effect flowy. Jubah by mama kite sponsor. hik3



See.... Belakang kite ada paya bakau. Boleh tengok crab-crab kecik banyak kat situ. 



Sooo beautiful and udara pun fresh je. Still tak faham kenapa kite suka tempat yang tak crowded , sejuk , aman , tenang dan jauh dari kesesakan dan keserabutan. Nama pun manusia , hambaNya yang dhoif ni , bila kat sini rasa besarnya nikmat yang Dia bagi. Paya bakau ni banyak fungsi terutama pada ekosistem kita. Cuma , ntahlah. Kawasan ni memang diselenggara cuma tak berapa famous. So that's why nampak macam takde orang ( time datang ada lawatan student sekolah ). Ada deretan chalet-chalet kat situ tapi mestilah tak berani nak tidur situ malam-malam. hehe.



One of their chalet. 













Selepas menghabiskan masa almost 1 hour kat situ , perut dah berbunyi mintak diisi. Teringat kedai yang sama pernah abah and mama bawa makan mi udang kuala sepetang dulu , maka ajak suami kite lunch kat situ. Sedap. Tak macam yang pernah makan kat wangsa maju dulu. Yang ni yang original punya , udang lagi sedap , kuah dia memang yummy. RM 10 semangkuk. 






Close-up sikit.


Selepas menikmati lunch yang sedap ni , maka balik la rumah dengan happy and kemengantukkan. hihi. See you olls next week. InsyaAllah.


As-salam people.

No comments:

Post a Comment