Sunday 24 August 2014

Lost World of Tambun_Diary of Yana and Hafiz

Assalamualaikum w.b.t

As mentioned last week , after a week I will update my blog. Here our story! Lost World Of Tambun that located at Tambun which is near with Ipoh.

A day before pergi , perkara wajib buat sekarang sebelum travel or buat aktiviti mesti buat pregnancy test. And dapat -ve result , so that's mean kite tak preggy. Kira boleh la melompat-lompat kat sana. Tahulah kite dah 24 tahun tapi kite rasa kite muda kot. Orang selalu ingat kite tak kahwin lagi. heeee.... 




Nanti if dari arah utara , exit kat tol Ipoh. Nanti jumpa signboard color coklat camni , just follow je. Nanti sampailah. Lost World of Tambun buka jam 10am until 6pm tapi biasalah dah excited and tak nak rasa membazir masa ( value da money okeyh ) , so both of us dah sampai sana jam 9.50am. Tak lah ramai sangat tapi 'penyambut tetamu' memang dah tunggu visitors. 


penyambut tetamu

'penyambut tetamu' tu awal-awal lagi dah panggil kite nak suruh ambil gambar sesama la kononnya. Kite tak ambil pun , husband je. Tapi time kite leka baca info-info kat situ , 'penyambut tetamu' ni boleh bulak letak muka dia sebelah muka kite. Fine! terkejut ya amat , memang mujur tak kena lempang sebab selalunya bila kite terkejut akan buat tindakan refleks. haha. Then pergi kaunter nak bayar tiket. 


Dewasa : RM 50/person

Kanak-kanak : RM 43/ person

If ada credit card Citibank ataupun kad isi minyak Mesra Petronas tu , boleh tunjukkan kat kaunter tiket. Sebab kite jenis manusia yang tak pakai credit card  , kite pakailah kad Mesra Petronas tu , dapat less dalam RM 7.50/person. So , total 2 orang dewasa RM 85.




Nanti akan dapat wristband , so pakailah sebab nak masuk kena scan barcode kat wristband tu dan akan check bag pakaian yang dibawa. Tak payah mimpi lah nak bawa makanan sendiri sebab mereka memang teliti cek. ( Air mineral sahaja dibenarkan ). Kite tak bawa masuk handbag pun , just bawak 2 beg ( pakaian tukar kite and suami ). Kena sewa locker. Sebab takde orang nak jaga beg time both of us mandi.  Locker agak besar sebab muat nak masukkan 2 beg tu , beg camera and kasut kite. Kite kaki ayam je okay. Kena ingat no locker dan password. Electronic system.


Sewa locker : RM 10 

( not refundable )


Sebelum mandi kenalah ambik gambar dulu. Layannnn.


Jadual animal show.

Memang layaklah sunburn. Sebab tak pakai sunblock.










Lepas tu mandi kat area bawah dulu. Ada ombak-ombak gitu. Tapi okla untuk berendam. Ni tempat part-part yang ada anak kecil nak main air.


Tempat mandi area bawah


Sekeliling Lost World Tambun akan ada 'aliran sungai' yang berombak macam ni





Sewa pelampung : RM 25 

( refundable )


Pelampung yang disewa hanya boleh digunakan di kawasan 3 gambar yang atas info ni. Kawasan lain guna pelampung free yang disediakan.


Kite tak sewa pun pelampung tu sebab tak thrill la untuk kami 2 orang husband-wife main kat kawasan family ada anak-anak kecil ni. hehe. Rendam badan je kat situ kejap. Jom main air tempat lain pulak.





Tapi masalahnya sebab tak tahu , seluar kite ada zip diorang cek , tak boleh main air part gelongsor tu. Sebab area tu ada pelampung yang diorang sediakan. So , diorang risaulah if zip tu boleh bocorkan pelampung tu. Hurmmm... pergi kedai diorang and beli seluar. RM 38.90 just untuk seluar mandi! Bayar je lah sebab nak main air kan even mulut dah membebel-bebel kat suami menyuarakan ketidak puashatian sebab seluar mandi yang mahal tu. Ni dah inform ni , anyone yang nak pergi sila alert. 



Gelongsor ni ada level semuanya.


Gelongsor air ni memang best and thrill. Ikut level , ada yang tiada bumbung , paling pendek , paling panjang dan gelap. Hoihhh... scary betol. Kanak-kanak ada measurement yang dibenarkan. Untuk keselamatan kan. 9 tahun lepas time Lost World of Tambun baru-baru buka , pergi dengan my family. Kite dulu main gelongsor air ni dengan mama. Pastu sekarang kite story dengan mama kite by call yang kite main ni semula. heee...

Ada satu lagi jenis gelongsor air. Lupa pulak nak snap gambar. huhu.



Kolam Air Panas

Ni area kolam air panas. Best jugak if berendam kat sini. Berendam kejap je sebab tak best langsung berendam bila hari panas terik jam 12 tengahari. Macam kena masak dalam periuk. haha.. Best berendam kat area ni bila petang sikit. Pastu dah kebulur lapar sebab penat main air , mehla mencari makanan lunch. 



Nasi Vanggey

Nasi Vanggey : RM 10 /per plate



Banyak kedai-kedai makan , stalls area tengah. Cuma a little bit pricey la. Kalau dah seluar mandi pun dah RM 38.90 , korang nak harapkan apa kan? Nasib baik sedap. So , kite x membebel sebab kenyang. haha.


Lepas lepak lunch and membersihkan diri , jam dah tunjuk kul 1pm , jomlah kita pergi surau sebab Zuhur pun dah nak masuk. Settekan solat dulu ya kawan-kawan even bersuka ria. Toilet dan surau bersih. Thumbs up!


Then , meneruskan aktiviti lain pulak. Main buaian pusing kat atas langit. Sesuka hati je bagi nama. Sorryla , gambar Google buaian pusing yang kite pinjam dari satu blog ni ( dah minta permission ) sebab lupa nak ambil gambar.. heee... 


Ni  buaian pusing. Gambar pinjam











weee... ada tiger photobomb gambar kite. 

Ada show bagi makan tiger. Ramai betul. Ada chicken dance lagi bila ayam-ayam keluar. Tak terbang pulak ayam-ayam tu. Ada lion lrt ( sesuka hati bagi nama sebab kat atas lion lrt tu ) , ada hounted chambers ( tak masuk pun ) , Kepura Cave ( ada fish dalam gua tu ) , swan lake ( naik bot swan tu , pastu kayuh ) , feeding fish. Banyak sebenarnya  , boleh pilih nak buat dan tengok yang mana. 



Dulang Tea House


Jangan risau, semua kedai makan kat sini halal ya. Dulang Tea House jauh sikit , sebab area dekat dengan Tin Valley. Tapi saja nak lepak sini pulak untuk minum petang. Tak dapat kat tempat lain suasana tu. 






Roasted Rice Tea dan Kopi Kampung




Roasted Rice Tea ni memang sedap. Telur separuh masak pun guna telur kampung. Roti tu dibakar dan disapu dengan homemade kaya. 


Set A 
( Kopi kampung , Roti bakar with handmade kaya , 'telur kampung' half boiled  ) : RM 9 / set

Roasted Rice Tea : RM 3 


Then jalan lagi tengok haiwan lain. Tengok yellow anaconda , Raccoons , landak , ostrich and macam-macam lagi. Elok if bawa anak-anak ke sini untuk pembelajaran secara terus , tak sama langsung tengok tv dengan yang real. Sebab anak-anak kecil ni selalunya teruja. Kira parent-children bonding la. Jangan sibuk dengan hal kerja je , then anak-anak terbiar rumah pengasuh. Weekend pulak lepak rumah and jalan mall je. Tak berkembang la anak-anak tu. Saving sikit part untuk travel semua. Bawa pergi mandi air terjun pun kira okay dah. 






Aaaaaa..... comels!


Till we meet again!




Dulu - dulu , my parent bawa ke sini , nanti nak bawa my children pulak if ada rezeki dapat baby. hehe.
Nak rest a few days , then bekerja lagi kite.


As-salam.

No comments:

Post a Comment