Monday 26 May 2014

For Married People Only

Assalamualaikum semua


Miss someone? Macam bila kita semua rindu parent kita confirm la kan nak call and balik selalu. Like me , seminggu wajib call 3-4 kali. Even dah khawin. haha. Gosip dengan mama , abah and nenek. Orang tua ni bukan nak duit kita pun tapi mereka nak perhatian. Anyone yg liat sangat nak call tu better pergi call. Even dengan my mother in law pon kite borak-borak lama jugak sebab anggap macam mama kite jugak. 


Kite dah jadi mak ngah! ( husband anak no.2 so ikut pangkat jadi mak ngah ). yeay! dapat anak sedara boy. Tak sabarnya nak jumpe nak tenyeh2 baby tu. haha. Btw, husband outstation coz ada kursus kat Penang. Kena pergi outstation time  hari anniversary first! 5 hari pun dah terseksa jiwa raga. Yang tak khawin lagi rasalah azabnya nanti lepas khawin. Rindu..... haha ( *kite tak sanggup nak pjj lepas khawin. pernah 4 bulan je dulu ). 


Apa yang kite boleh untuk menghangatkan perkhawinan kita semua? ( UNTUK ORANG YANG SUDAH BERKHAWIN SAHAJA ). Ada cara-caranya. Ni cara yana. =p



26 May 2013

1. LUNCH DATE

Yup. Kadang-kadang whatsapp husband "Abang , jom kite lunch sesama". Sambil-sambil nak jumpe tailor, kite selit jugak lunch date. haha. Lagipun boring kot lunch sensorang ( sebab keja sendiri ).


2. MASAK MAKANAN YANG PASANGAN SUKA

Even tak seperfect his mother, tapi kira ada usaha la jugak. But, my husband ni suka kuih pulut ( kuih lopez ). Tang pulut tu memang kena belajar dengan nenek. Lauk pun macam dah discover husband tak suka gulai-gulai. Ikot pada pasangan ye puan-puan sekalian. At least masak even simple pun. Tapi dalam seminggu , adalah jugak tak masak , ambil angin kedai. hehe.


3. MANJA

Sebelum pergi keja , bolehla ada sesi salam-salam, peluk-peluk and cium-cium pipi. muahh.. Tanda kasih sayang. yang salah pada yg belum khawin. Dah khawin halal tapi janganlah buat depan pintu rumah sampai jiran depan rumah nampak. Ayoooo... Nyoroklah sikit. =)

Time masak pon husband boleh tolong-tolong. Kite fail bab goreng ikan. huuuu.... Nasib ada husband tolong.


4. BUAT AKTIVITI SAMA-SAMA

Pergilah mandi air terjun ke , travel ke sesama. Even ada anak , janganlah tinggal anak tu time jenjalan. Parent kite tak pernah tinggal kite kalau travel. Confirm bawa. Rancang percutian dengan pasangan. Kite memang suka planning sebab kite akan search google dulu. hehe. Tak kisahla jauh ke dekat ke tempat yang nak pergi tu tapi if pergi dengan pasangan memang happy.


5. ANGGAP PASANGAN TAK PERFECT

Sebab kite pon tak perfect right?? If tak puas hati cakap apa yg tak puas hati tu. Jangan pendam-pendam. Okey?


6. SUPRISE

On your special date boleh buat suprise. Yg tu ikot koranglah nak suprise camne pon. Tak feel la kan bagitau awal-awal kat orang. haha. Sometime beli apa yg pasangan suka. Macam yana suka barang homemade. Lagi melompat-lompat if dapat hadiah homemade. If diberi pilihan beg branded dengan beg homemade. confirm yana pilih yg homemade. sebab cantikkkkk sangat. haha



Oleh sebab husband tiada 5 hari maka , dapur macam tak berasap sebab malas nak masak. haha. time ni la recharge energy , idea. Okeyla , jam dah kul 2.30pm , kite baru nak makan. Wink!. as-salam semua. Lapooooo....


2 comments:

  1. Hahaha. Kite setuju semuanya. Tp tang lunch date tu xdpt nak buat. Sbb xbrani bawak kete. Kikikikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3.. time lunch date tu kdg2 if tak sempat. sebab yana selalu masak untuk bekal husband.. zahidah boleh drive! awal2,suh ewan monitor kt jln x bnyk keta dulu...hehe

      Delete