Tuesday 21 June 2011

Kenapa Lelaki Di Pahang Ramai?

Oleh Rosli Abdul Jalil  ( Berita Harian )

KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup. 

Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita. 

Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.

Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus. 
 
 

 ( Riwayat Abu Asakir ) Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :
 
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti."  
 

Maybe dalam hal camni , negeri lain jugak turut alami problem serupa. For me , mostly gurls negeri ni belajar , bekerja atau berhijrah ke negeri lain dalam bilangan yg ramai. Yana sendiri belajar di Melaka. Selepas SPM dulu ( tahun 2006 ) yana dah start keluar ke Negeri Sembilan tym matrikulasi. Kadang2 , kita perlukan penghijrahan dari tempat asal untuk menimba pengalaman hidup yg tidak sama dengan tempat lahir negeri kita. Even yana x kuar ke oversea tapi kat negeri lain pun we can be an independent person. Is it right?

Faktor kedua , mungkin lepas kuar dari negeri asal tu , ramai yg berkenalan dengan lelaki dari negeri lain2. Jodoh itu milik Allah. Lagipun ramai parents dah terbuka bab ni.. Tidak spesifik nak menantu negeri yg sama je. Asalkan orang itu bekerja , baik budi pekerti & agamanya , eloklah diterima. 

Tak sangka pulak yana coz negeri yana ni ramai lelaki sebab setau yana kat bandar2 tengok okay je nisbahnya. Tapi yg kita xtau adakah lelaki itu berkualiti atau tidak. Kalau setakat ramai tapi x berkualiti apa gunanya jugak kan? fikirkan...
 

4 comments:

  1. fuyoo ade blog..haha..ltak la shoutbox.senang org nk tgalkn link.buang lagu nih..bising jer.hahha

    ReplyDelete
  2. okeh2... nnt ak letak shoutbox..da la x follow ak..cesss

    ReplyDelete
  3. Ha'a.. ada terbaca jugak kat paper pasal ni.. Susah jugak macam tu kan. pandai² la bawak diri ye..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.everyone kena pndai jga diri x kire man or woman.

    ReplyDelete