Thursday 22 January 2015

For my daughter - Kisah pertama mommy and daddy

Assalamualaikum baby , 


Maybe time your mommy ni bagi link blog ni untuk dibaca , awak dah besar , dah boleh berfikir baik buruk. Time mommy taip ni awak dalam perut lagi , 5 bulan lebih. Mommy akan cerita dari awal mommy kenal daddy until ke peringkat awak ada nanti. Kisah throwback kali ni. 


                       \


My dear ,


Time tu awal zaman facebook. Mommy first year , daddy senior tapi lain faculty. Macam member lelaki yang lain. Takde perasaan apa-apa pun. umur mommy pun time tu 18 baru. Sebab bukan mesej2 kat phone pun , no phone pun takde , tapi taulah ada dalam senarai friends kat facebook tu. Your daddy time universiti pakai motor superbike , color biru , kawasaki Ninja 250. Senanglah cam tapi bukan tegur pun kalau kat luar. Mommy pun bukan minat pun motor camtu. Lesen motor pun mommy takde. haha. Life kat uni memang mostly dengan kawan-kawan seclass , serumah. Dahlah your daddy tu faculty lain. Memang idokler nak jadi member kamceng , apatah lagi jadi bf. 


Anak perempuanku ,


Adalah satu weekend tu ada PC Fair kat Mitc Melaka tu. As student UTeM , beramai-ramailah pergi. Mommy pun pergi dengan kawan-kawan mommy. Daddy pergilah dengan kawan-kawan dia. Terserempak kat luar dewan PC fair tu , camlah sebab kat dahi macam ada tanda cop "student UTeM". haha. Group kawan mommy and group kawan daddy lalu la bertentangan hala , mommy macam cam je daddy as my friend facebook , rupanye daddy pun sama. Masing-masing toleh semula , nak confirmkan. Dah kalau tertoleh dua-dua camtu , sahla memang ya friend kat facebook tu. Tapi takdelah nak stop bagai tegur ke apa, jalan je terus. 



Awak nak tahu ke bila daddy tegur mommy , my dear?


Kat bangunan Cubic UTeM tu mommy and kawan mommy ada macam meeting pasal aktiviti Kerex kot. Mommy memang x ingat sangat scene ni , daddy je ingat. Sebab daddy yang tegur mommy. Sebab daddy kata ni last jumpa or nampak mommy and daddy pun nak confirmkan yang dia nampak kat Mitc haritu mommy. Lepas tu life move on. Hidup macam biasa dengan mommy sibuk kat kampus induk , your daddy kat fasa B. Terserempak semula bila daddy dah final year , ada sem tambahan untuk diorang. and mommy pun dah masuk rumah sewa. Lorong rumah je lain. Pernah jugaklah mommy bengang dengan motor daddy kat traffic light simpang 4 UTeM tu. Time tu mommy bawa vitara merah , daddy press motor dia sebelah kereta mommy. Memang mommy ingatlah sebab mommy dah cam motor tu. Time ni kenal and chat sekejap. Macam senior-junior la sebab daddy pun dah dapat kerja kat Cyberjaya time tu. Mommy cakap mommy nak dapat kerja cepat jugak.


Daddy cakap daddy nak kenal mommy sebab mommy dah berubah time final year tu. Mommy akui mommy seksi time first year dulu. Zaman gelap mommy sebab baru nak kenal dunia. So , mommy and daddy dah sepakat kalau dapat anak perempuan kena jaga elok-elok. 



Our dearest daughter ,


If nak pilih seorang lelaki jadi suami , pilihlah yang menjaga agama sebab lelaki camtu akan menjaga seorang perempuan. Mommy pilih daddy pun sebab daddy dapat menjaga mommy dengan baik. Tak pernah sentuh kulit mommy even secalit pun sebelum kahwin. Apatah lagi gambar berdua-dua. Time tunang pun takde gambar berdua. Mommy tak tipu , mommy serius pasal ni, Mommy tak nak anak perempuan mommy kecewa dengan lelaki yang teruk perangai zaman sekarang. Time tu tak pernah lagi berjumpa berborak berdepan. masing-masing dah bekerja. Mommy kata kat daddy , kalau nak jumpa datanglah raya nanti. Raya tahun 2012. Daddy cakap nanti daddy datang. Mommy suruh daddy datang sorang. terketar-ketar mommy nak cakap kat atuk awak time tu. So , your daddy datanglah raya dari Kota Bharu - Jerantut and balik ke Taiping on da same day. 



Rupanya , your nenek and atuk yang excited lebih dari mommy. Nenek tak bagi mommy masak. Nenek masak ikan patin masak tempoyak , daging masak hitam , sambal udang , sayur. Bayangkan banyak tu nenek masak untuk seorang yang datang. Time jumpa and bercakap depan , mommy segan gile. haha. Your daddy dahla penyenyap orangnya. Pasal monyet kat depan rumah pun jadi isu borak time tu. Gabra sebab first time bercakap and berborak lama depan-depan. huuu.


My dear ,


From that raya , atuk suruh family datang time raya haji untuk bertunang. Atuk bagi green light. Within 2 months , mommy dah nak jadi tunang orang. Bayangkanlah mommy settlekan semua hal tunang tu sorang sebab puas hati. Baju tunang pun baju convo je. Mommy just beli shawl lawa sikit yang harga pun RM 50 je. Kali kedua jumpa dah tunang. Cepatkan? dah jodoh daddy kata. Dalam masa 6 bulan selepas tu , mommy dah nikah. Macam tak percaya. Sebab mommy dah bilang jumpa berapa kali je.


Engagement


First : kat rumah Pahang time Raya
2nd  : Bertunang
3rd   : Beli barang kahwin
4th   : Hantar daddy ke Jepun kat Klia
5th   : Ambil daddy dari Jepun
6th   : Hari nikah. 


Tang bila dating tengok wayang semua? Lepas kahwin. haha



Hari nikah


Okey my dear , nanti mommy sambung lagi. Kiss dari mommy cikit.


No comments:

Post a Comment