Thursday 1 January 2015

RESIPI : Laksa Lemak

Assalamualaikum 


Salam Tahun Baru 2015. Semoga negeri-negeri di Pantai Timur dapat pulih banjir dengan segera. Memang tak pernah lihat air yang deras sama paras dengan jalanraya ( *terbayang air naik time nak keluar dari Pahang haritu ). Balik hari tu pun x dapat jumpa my parent sebab jalan ke Jerantut semua stuck , x boleh lalu air naik. Tidur satu malam di Jengka , rumah nenek and esoknya gerak ke K.L rumah abang ipar sebab settlekan Plkn ( *dah 3 kali penangguhan , alhamdulillah dengan adanya baby dalam perut ni boleh buat pengecualian terus. Yeay! )


Mukadimah first pharagraph of my first post in 2015 ni pasal bencana alam. Sebab hari ni public holiday maka terajin nak buat Laksa Lemak macam mama selalu buat. Sebab kat Taiping ni selalu laksa utara or laksa penang. Takde Laksa Lemak macam pantai timur. Tu yang terpaksa buat sendiri tu. sobs.


LAKSA LEMAK


Bahan kuah :

*ikan selayang / selar / tamban ( lagi banyak lagi sedap )
* Santan
* Asam keping
* Lada Hitam ( tumbuk kasar )
* Bawang merah/besar
* Halia
* Bawang putih
* Jintan putih


- Ikan direbus , selepas tu , asingkan isi dengan tulang
- Tumis Bawang merah + bawang putih + halia + jintan putih sekejap
- Then , blender bahan tumis tu
- Ambil periuk , masukkan bahan tumis yang dah diblender tu , masukkan santan selepas tu.
- Blender isi ikan tu
- Kemudian , masukkan isi ikan yang dah diblender dalam santan
- Letak lada hitam dan asam keping last sekali



Ikan yang hendak direbus


Ulam-ulaman :


* kacang panjang
* daun kesom
* bawang besar 
* taugeh
* lada besar
* cili api
* timun 
* bunga kantan


Then , tambah la dengan telur rebus dan limau kasturi =)





Buku resipi dari zaman dulu-dulu lagi. Salin rajin , buat ikut mood. hehe

Telur tu sebelum guna , basuh tau. Jangan lupa.





Selepas bertungkus lumus , maka hasilnya dapat makan camni. Craving yang dalam perut ni tertunai. Patutlah baru ni jumpa doctor untuk 5 months berat naik 2.2 kg dalam sebulan. Tapi lega jugak sebab gula semua normal. Cuma nafsu makan tu je menaik macam graf suhu global dunia. Phewww.









Dah boleh makan dah! Bismillah....



As-salam people.

1 comment:

  1. waaaaa.. sedap.. :)

    Jemput Join "Trip ke Sabah naik Myvi" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete