Thursday 6 August 2015

RESIPI : Victoria Sandwich Cake Aidilfitri 2015

Assalamualaikum w.b.t


Selepas habis pantang haritu , dah dekat nak raya. Mama  suruh buat cake banyak sikit sebab nak bagi nenek , my mother in law sebab tahun lepas first day raya bukan kat Pahang. Contract cake sahaja tahun ni yang yana buat. Contract rendang , mama suruh adik buat. cewwaahhh adik , belajar buat rendang dengan mama. Mama jadi mandur. Sejak kecil mama dah train anak perempuan dia buat menda-menda camni. Nasib ada adik beradik sikit , Tak tolong kesian pulak tak sampai hati. 

Semua kena buat dari kemas rumah , prepare untuk raya , masak semua lah. Disebabkan my mama ni pengemas orangnya , sampai garaj belakang rumah pun mama suruh sapu padahal banyaaaakkkkk lagi kerja tak siapppp ni. Terpaksa yana dengan adik cakap " Mama, takde orang pun nak tengok garaj belakang ni , kita skip mana yg boleh , buat yg penting dulu , makanan ". haha.


 One day tu macam nak tercabut badan. Ada anak bukan alasan bermalasan , anak nak susu je mama bagi pelepasan sekejap. So , adalah 6 biji cake kena buat. Cheesecake Apple , Rainbow cake and Victoria Sandwich Cake. Nasib biskut raya buat seminggu awal. 



Banyak pulak cite pasal raya ni kan. Meh nak share 1 resipi coz yang cake Victoria Sandwich ni yana ambil resipi dari blog Victoria Sandwich Cake masam manis . Terima kasih pada owner blog coz jadi cakenya itu bila yana try resipi tu. Esok dah raya kot , mana sempat kalau nak ada failure time saat genting camni.


BAHAN - BAHAN


220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Rajinkan diri ayak 3 kali bahan yang kat atas ni.

250 gm gula castor
250gm butter
2 sudu besar golden syrup ( yana letak madu )
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur gred A



CARA - CARA

Campur gula castor , butter dan golden syrup/madu and pukul sampai kembang , gebu gebas.
Masukkan telur sebiji demi sebiji ( jangan lupa basuh telur tu sebelum guna )
Tambah esen vanilla and pukul kasi rata lagi
Masukkan tepung yang kita dah ayak 3 kali tadi tu sikit demi sikit.
Kaup sekeliling bekas kasi rata.
Loyang make sure dah griskan. If cake nak tinggi guna loyang 8 inch. Yana guna yang 9 inch. So , tak tinggi sangat.










Untuk hiasan cream , ada yang guna whipping cream. yana guna buttercream + blueberry syrup. So bau and rasa buttercream yana macam blueberry. Buah strawberry tak sempat nak beli , tabur je rainbow rice yang colourful tu. Yang penting cake jadi. hahaha.




Ni gambar raya time petang Raya Pertama with belah my mama punya family. Even macam terlambat , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin !



Ok. Goodnyte. As-salam.

5 comments:

  1. Simple resepinya. TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  2. resepinya memang nampak mudah...tapi last time buat aritu, tak jadi jugak. Susah sangat nak membaking. Selalu tak jadi kalo kek. Nak buat kek coklat pun selalu tak jadi. Takde seni baking. Tapi kalo buat scones, first time buat pun jadi. Berkali-kali buat pun, jadi jugak. Yang kek tu memang tak faham. Tiap kali buat mesti tak jadi. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite pun cuak-cuak jugak tiap kali baking. hehe..wow, scones tuu. saya tak pernah lagi buat scones. nak try la nanti.

      Delete