Friday, 18 March 2016

ELAK ANAK DEMAM?

Assalamualaikum semua...


Musim panas kembali tiba , panas bahang tak sama macam zaman kita time kecik-kecik dulu. Camne lah yang memang bekerja di bawah terik matahari. Kesiannya Ya Allah. Semoga dimurahkan rezeki mereka semua.


Sebagai ibu dan wife memang aku alert sikit bila musim panas ni. Lebih lagi ada anak kecil kan. Aufa pun dah 10 bulan. Alhamdulillah si kecil ni ikut antibodi mamanya. Tapi risau jugak sebab Aufa tak pernah demam , dan hanya sekali sahaja selesema. Tapi bila selesema pun macam mama dia jugak , tak bermaya and  xde mood sepanjang hari. Senyum kat daddy dia pun senyum terpaksa. hihi


Cara Elak Anak Demam 



1) MAKE SURE MINUM BANYAK AIR


Ya , aku pun jarang minum air tapi sebab dah ada anak kecil ni aku terpaksa jugak minum. Beri anak minum air kosong atau pada yg breastfeeding kerapkan penyusuan. Takpelah anak nak bergayut ke nak beri ebm dalam botol ke asalkan anak minum. Inilah hikmah penyusuan anak dengan susu ibu , baby dapat antibodi. Pada anak yg dah besar boleh bagi jus buah tanpa gula. Sedap weyh jus tembikai sejuk-sejuk bila hari panas. ngeh3


2) ELAKKAN TEMPAT PANAS


Boleh pergi shopping mall or duduk dalam rumah diam-diam. Jadilah puteri ais kejap kan. Tapi dalam rumah pun make sure rumah tak berbahang or berkewap , kalau tak haba panas still ada and macam sauna. Pengudaraan yang bagus maksudnya. Pengudaraan yg bagus juga dapat elak anak kecil dari demam.


3) NYAHKAN SEMUA DEBU


Aku ni sejak ada anak kecil even rasa malas tu ada tapi still wajib vacuum rumah setiap hari and mop 2 hari sekali. Aku dah berjangkit perangai mama aku dah ni. Dulu time bujang bila mama suruh tu bengang jugaklah kan , tapi bila dah ada anak kecil tu rasa protective pulak. Kalau ikut definisi rumah yang bersih mama , dapur tu boleh berbaring-baring. Debu and habuk tu boleh buat asthma tau. Nyahkan debu dari rumah anda.


4) KERAP MANDI


Aku kalau dah panas aku mandi je. Tak kira lah jam berapa pun. haha. Untuk anak kecil , tengahari tu time salin pampers mandikan je. Si kenit pun akan lena tidur lepas tu. 


5) PAKAIAN


Aku paham bab menghias anak perempuan ni sebab anak aku pun perempuan. Tapi time panas ni tak perlu nak pakai baju 2-3 lapis. Ini bukan negara sejuk , Malaysia di garisan Khatulistiwa tau. Pakaikan pakaian longgar and nipis. Budak kecil memang fitrah dia tak suka berbaju. Kadang tu pakai pampers je. ( dia lari dulu before sempat pakai baju )


6) JANGAN JUMPA ORANG YG SAKIT


Elakkan bawa anak kecil berjumpa orang demam , selesema ni. Orang lain pun paham-paham la sendiri bila dah demam or selesema tak payahlah nak cium or dekat dengan anak kecil. Daddy Aufa pun aku suruh duk jauh-jauh bila demam , jangan dekat anak. Husband pun faham. hehe. Sebab kalau anak sakit , malam tak tidur lena , mamanya pun tak cukup tidur. Aku memang protective sikit bab anak sebab aku perlukan tidur yg cukup, nanti emosi terganggu. haha



Tapi kalau prevention semua dah buat , tapi still demam jugak maka lakukan apa yg sepatutnya , lemon bath , bawa jumpa doctor ( wajib ) , minum air banyak-banyak. Aku pun menuntut ilmu dari kawan-kawan and mama bab ni. Aku dah la takde pengalaman lagi. 



Sedapnya bila musim panas ni...





Okey , nak tengok cheesecake untuk adik kesayangan pulak. Salam semua. 




1 comment:

  1. Sedap plak aku tengok cendol ko ni. Hahahaha.

    ReplyDelete