Thursday 10 March 2016

JALAN-JALAN : MELAKA

Assalamualaikum


Weyh jam dah tunjuk jam 11 malam dah ni. Memalam camni Aufa dah sleep baru la sibuk dengan kerja and baru nak mengupdate blog. Update blog pun sebab nak simpan memories and gambar. Mana tau tetiba gambar hilang dalam simpanan. Ngeh3.



Last weekend pergi ke Melaka. Saje nak mengimbau nostalgia and makan. Aah , kerja aku memang makan pun. Pastu booking hotel last minute. Stay kat Ramarama designer boutique hotel ( area depan Aeon ). Okla untuk yang jenis tak tinggal sangat dekat hotel , jenis berjalan je keja or jenis booking last minute and hotel yang lebih best dah habis promo orang rembat. Aku la tu yang jenis lambat booking. Haha.


My little princess with her daddy






Husband cakap nak pergi Big Bad Wolf kat Melaka. Okey , aku follow je cadangan tu. Dalam kepala ni fikir MiTC tu tempat first kami terserempak. Mengimbau memori manis. Hihi. Beli buku untuk Aufa. Sampai hotel dia koyakkan. Nasib baik buku lain beli yang board book yang keras tu. So sepanjang minggu ni aku kena bacakan buku “ That’s not my teddy. Bla bla bla...” “ D for duck … Green color , Blue color , Red color… bla bla bla ”. Aufa suka bila orang bacakan buku kat dia.



After dah beli buku kat Big Bad Wolf , terus pergi check in dan  ke Aeon , tempat aku and kawan2 menghabiskan masa dulu-dulu. Balik hotel mandikan Aufa and keluar balik sebab nak pergi Berkat Salam makan asam pedas. Puas hati makan asam pedas and otak-otak kat sini. Dulu harga 1 set RM 6.50. Sekarang dah RM9/set. Selepas a few years and gst , terus naik harga sampai RM 9. Teruk betul zaman pm sekarang ni. Okeyh , gambar kat Berkat Salam ada kat instagram. Hewhewhew.


Aku printscreen nak tunjuk bukti aku makan kat situ. ecece..


Cendol sedap depan bangunan merah






Cendol depan bangunan merah pun pergi jugak. Ramai ya manusia. Aku pun kena tunggu meja. Banyak pilihan. Cendol durian sedap! Sebab ada anak kecil , tempat favaurite aku memang tak dapat pegi la kan , how I miss you Jonker Walk. Ntah kenapa aku suka tempat tu. Maybe aku suka tengok kedai Jonker Gallery tu sebab unik barang-barang dia.  Jalan-jalan tepi sungai Melaka and depan Casa Del Rio tu ada satu hotel baru yang cantik. Quayside Hotel. Cantik , lain kali pergi Melaka kena awal-awal booking. Pergila survey kat Agoda or Booking.com. Kalau takde credit card , minta tolong kengkawan yang ada. Aku la tu yang kena minta tolong kat orang sebab credit card takde. haha


Tu Casa Del Rio Hotel

Aufa tidur. ngeh3



Lepas dinner memang ngantuk and tidur awal. Zaman remaja dulu-dulu balik tengok wayang and karok memang takde dah. Haha.



Esok nya breakfast nasi lemak. Rindu nasi lemak yang ada kangkung. Haha. Then kami gerak ke Freeport yang macam JPO kat Johor tu. Exit kat tol Simpang Ampat and ramai jugak pergi. Murah jugak barang kat situ. Beli mainan Aufa and husband pun dapat jugak beli kasut sukan dia. Tak sabar letteww nak berfutsal and main badminton. Kih3


Aufa tak minat mainan pink belakang tu. haha






Singgah sekejap Cendol Bakar kat Simpang Ampat ni. Macam food court dah haa..sebab macam-macam ada selain cendol. Ada coconut shake , yong tau fu , pisang goreng cheese , western food , tauhu bakar , keropok and macam-macam lagi. Nak drive thru pun ada. Aku tak tipu weyh. Bagi aku sedap la untuk tekak aku.Orang lain aku tak tau. Then , gerak balik Puchong. Sepanjang jalan Aufa tidur. Penat agaknya. 









Aufa dah makin besar boleh la jalan lagi. Jom tidur. Good nite everybody!

As-salam.




No comments:

Post a Comment