Monday 7 November 2011

----- seriously ?? -----

Assalamualaikum.

raya korban atau raya haji atau Aidiladha telah diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan di atas kisah pengorbanan Nabi Ibrahim. semalam ari ahad kan? 
ya betul tu.. semalam 10 zulhijjah. 

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." 
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

ari jumaat aritu kepenatan after drive maka sabtu je yg tinggal untuk prepare raya haji tahun ni. 
 tapi... cuti midsem kali ni yana bawa sekali segunung keja + assignment + PSM yg membukit tu.
plus , kena study ethics lagi.
so, preparation bermula tengahari. ( esok nak raye tau... huuu )

mama cakap x yah nak wat cake sebab macam x sempat.

yana cakap : " xpe mama , akak wat yg simple2 je "

mama : " seriously?? kalau camtu , mama wat rendang , akak wat cake. wat yg senang2 je "

yana : " orait mama! "

caption : sebab tu entry ni title seriously.hehe.



tym ni wat muffin. sebab x sempat nak cek bahan. 
fuhh... nasib baik bekalan telur cukup.
esen vanilla pulak habis.plus malas nak gi bandar setakat nak beli esen vanilla yg saiz botol die pon setakat besar botol minyak sapu2 kat perut tu.
maka... guna je coffee flavour... keh3
yg penting muffin jadi and nenek suke.alhamdulillah. =)


cake marble yg simple ni. sekejap je da siap.jimat masa.

yana nak share resipi yg simple ni. resipi ni mestilah dari buku resipi mama. sejak yana kecik, ni la resipinye.

CAKE MARBLE 

bahan2 : 

1) 250 gm butter
2) 250 gm gula halus
3) 4 biji telur ( buang tali pusat telur )
4) 250 gm tepung gandum diayak
5) 1/1/2 sudu teh serbuk penaik
6) 1 sudu besar susu UHT
7) 2 sudu besar serbuk koko diayak

caption : serbuk penaik tu masuk dalam tepung gandum tym ayak ( nak bagi seia sekata )

cara2 : 

1) pukul sampai kembang butter + gula
2) masukkan telur sebijik demi sebijik
3) masukkan tepung gandum + serbuk penaik 
4) masukkan susu UHT 
5) pastu, buat dua bahagian. satu bahagian tu masukkan serbuk koko
6) then wat selang2 color tu dalam loyang.
7) then,gi bakar dalam oven.

petang da siap da muffin , cake , rendang , nasi himpit and lemang ( lemang beli..hehe ).

yana nak wish Salam Aidiladha jugak even semalam pon and jom sambung wat assignment.

Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

salam semua!

3 comments: