Monday 7 July 2014

KASIH SAYANG itu PENTING

Assalamualaikum

Salam Ramadhan. How about your life in this holy month? For me yang nak adapt suasana bersahur ( pagi tadi both of us tak terbangun sahur lagi ..blergghhh .. rasa melepet dah ni ) and berbuka dengan husband fully tahun ni , rasa happy sangat . Sebab dapat main masak-masak. Tahun lepas tak boleh coz masih pjj. Tahun ni alhamdulillah. 

And rezeki Ramadhan pun alhamdulillah disebabkan mostly Jubah Cotton sold out. If ada baki pun tinggal sehelai dua. Doakan my business lebih berjaya ya. Ada target yg realistic nak dicapai before hujung tahun ni. Hopefully dipermudahkan. 


The greatest pleasure in life is doing what people say you cannot do - unknown


Back to basic ...


Kasih sayang sesama manusia. Kadang-kadang terfikir how cruel people di Malaysia bila baca di paper , news semua yang ada ibu buang anak , suami bakar isteri , ayah bunuh anak. Hurmmmm ... di mana kasih sayang sesama manusia? Kadang-kadang tercari-cari punca semua ni. Mostly disebabkan kurang rasa kasih sayang sesama manusia , kurang pendidikan agama , tekanan hidup disebabkan ekonomi yang tak stabil , suasana sekeliling yang banyak hidup "Don't disturb us".


Seeorang ibu asalnya penuh dengan kasih sayang. But nowdays dah terbalik. Kita yang melihat dan membaca rasa meluap-luap marah pada si ibu. Kejamnya dunia sekarang. Suami bakar isteri? Menyusahkan diri sendiri sebab sah-sah kena masuk penjara atas cubaan membunuh. Tiada sekelumit ke rasa kasih pada isteri sendiri? If ada masalah boleh dibawa berbincang kannnn... Banyak sebenarnya kes-kes akibat kurang kasih sayang. Bagi wanita yang bergelar isteri , tak banyak yang dia minta tapi hanya kasih sayang dan perhatian. 


Lucky for me sebab dapat suami yang memang penyayang. Tapi malang sekiranya seorang wanita mempunyai lelaki yang bergelar suami yang tidak tahu nak menghargai. I'm pity for them. Tekanan hidup disebabkan ekonomi tidak stabil jugak penyumbang kepada emosi yang tidak stabil. Ya , tidak dinafikan life cost zaman sekarang sangat tinggi. Kami berdua sahaja pun barang dapur + lauk segar semua dah RM 400 sebulan. Belum pada siapa yang ada anak lagi , bagaimanalah nak survive if hidup di bandar besar, rumah sewa mahal , gaji kecil , anak ramai. Anak itu rezeki tapi perlu merancang agar mereka mendapat pendidikan terbaik , hidup yang baik , cukup keperluan semua. 


Bila lihat sekeliling , melihat orang yg lebih susah rasa insaf dan bersyukur sebab cukup semua keperluan yang mama dan abah sediakan dulu dalam membesarkan diri ni. Dilahirkan dalam 3 beradik sahaja ( seorang dah meninggal , now tinggal dua beradik ) , memang agak manja , tapi if nak something kena dapat keputusan exam yg baik , if tak , my parent tak akan belikan. So , struggle macam nak mati sebab nak hadiah. Ape punya student la camni. Haisshhh.


Khawin pun suami manjakan dengan kasih sayang, tak pernah kena marah ( kena tegur lembut adalah ) , bangun sahur pun kadang-kadang suami yang perangatkan lauk pauk sebab wife dia ni bangun and jalan pun pejam mata , and suami siap cakap boleh je raya kat rumah Pahang tahun ni ( tahun lepas dah Pahang , patutnya this year Kelantan ) , tapi fikir balik kenalah adil kan gilir-gilir. So , cakap kat suami , kena gilir-gilir , nanti apa pulak family fikir nanti. Ya , perkhawinan tu mengajar erti matang. Kalau ikutkan perangai zaman bujang , kita ni memang jenis keras hati , kalau nak yang tu , yang tu lah. Tapi sebab kita sayang suami kita , ikut giliran okey. haha. Suami faham isteri dia khawin muda. =)


So , conclusionnya marilah berkasih sayang sesama manusia. Kita tolong mana yang boleh. Contohnya , derma kepada orang susah or mangsa kekejaman Israel di Syria , Gaza. Boleh follow instagram artis yatthamzah tu coz dia selalu promote pasal ni , siap ada no akaun lagi boleh transfer untuk derma. Semoga kita dapat saham akhirat, InsyaAllah.






Nak masak untuk berbuka. Love you olls! As-salam. 

No comments:

Post a Comment